backup og meta

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/01/2024

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan

    Tahukah anda, penggunaan kondom bukan sahaja khusus untuk kaum lelaki, tetapi juga tersedia untuk orang perempuan. Adakah kondom perempuan ini serupa dengan kondom untuk lelaki? Bagaimanakah cara untuk menggunakan kondom wanita ini? 

    Lihat penerangan kami di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Perbezaan antara kondom lelaki dan kondom perempuan

    Penggunaan kondom amat penting sebagai usaha untuk mempromosikan kesihatan seksual dan mencegah kehamilan 1

    Walaupun kondom untuk lelaki dan kondom perempuan ini mempunyai fungsi atau tujuan yang sama, namun ciri-ciri dan cara penggunaannya adalah berbeza. 

    Berikut adalah perbezaan antara kondom untuk lelaki dan wanita, cara penggunaan serta tip berguna tentang kondom untuk anda.

    Kondom orang lelaki

    kondom lelaki
    Jenis kondom untuk orang lelaki.

    Kondom orang lelaki biasanya dihasilkan daripada lateks, poliuretana, atau bahan lain yang selamat, direka untuk dipakai pada zakar 2

    Ciri utama kondom ini adalah untuk melindungi pasangan daripada kehamilan dan penyakit kelamin dengan membentuk halangan fizikal.

    Saiz kondom ini biasanya agak kecil kerana ia disarungkan dengan ketat pada zakar lelaki.

    Cara menggunakan kondom orang lelaki

    Berikut adalah cara-cara yang betul untuk menggunakan kondom bagi orang lelaki:

    • Periksa tarikh luput dan kemasan: Pastikan kondom yang ingin digunakan tidak luput dan kemasannya tidak rosak
    • Buka bungkusan dengan berhati-hati: Elakkan menggunakan benda tajam yang boleh merosakkan kondom seperti gunting atau pisau. Seeloknya, siat kemasan dengan menggunakan tangan
    • Pakai kondom pada zakar yang tegang: Kondom hanya sesuai dipakai saat zakar sedang mengalami ereksi. Letakkan kondom di hujung zakar dan picit bahagian hujungnya untuk mengeluarkan udara
    • Tarik kondom secara perlahan: Tarik gulungan kondom dari hujung zakar sehingga ke pangkal zakar secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada udara yang terperangkap dan kondom dipasang dengan betul
    • Selepas ejakulasi: Pegang bahagian pangkal kondom semasa menarik keluar kondom dari zakar untuk mengelakkan kebocoran
    • Buang dengan betul: Bungkus dalam tisu dan buang ke dalam tong sampah

    Kelebihan kondom orang lelaki

    Antara kelebihan kondom orang lelaki adalah ia mudah untuk didapati di farmasi atau kedai serbaneka. 

    Ia juga terbukti boleh mengelakkan kehamilan sehingga 98%, selain memberikan perlindungan yang efektif daripada penyakit kelamin 3

    Kondom orang lelaki turut membantu dalam perancangan keluarga dan tidak memerlukan preskripsi doktor.

    Kondom perempuan

    kondom perempuan
    Kondom untuk orang perempuan.

    Kondom untuk wanita adalah pilihan kontraseptif yang direka khusus untuk golongan wanita. 

    Ia biasanya dihasilkan daripada nitrile, lateks, atau poliuretana dan dimasukkan ke dalam faraj sebelum bermulanya hubungan seksual 2.

    Saiz kondom ini pula biasanya agak besar berbanding kondom orang lelaki kerana ia dimasukkan ke dalam faraj wanita.

    Cara menggunakan kondom perempuan

    Untuk kondom perempuan pula, cara penggunaannya sedikit berbeza daripada kondom orang lelaki. Lihat kaedahnya di bawah ini: 

    • Periksa tarikh luput dan pek kemasan: Seperti juga kondom orang lelaki, pastikan kondom orang perempuan dalam keadaan baik dan belum melepasi tarikh luput
    • Buka kemasan dengan berhati-hati: Gunakan tangan anda untuk membuka bungkusan dan elakkan daripada menggunakan alatan tajam seperti gunting
    • Cara masukkan kondom: Pegang hujung kondom yang kecil. Kemudian picit dan masukkannya ke dalam faraj. Pastikan bahagian luar kondom menutupi bahagian luar faraj sepenuhnya
    • Semasa hubungan seksual: Pastikan kondom berada tetap di tempatnya dan tidak terselit ke dalam
    • Keluarkan kondom: Untuk mengeluarkan kondom, tarik perlahan-lahan untuk mengeluarkannya daripada faraj. Pastikan tidak ada cecair yang tumpah
    • Buang di tempat yang betul: Buang kondom ke dalam tong sampah dan jangan dibuang ke dalam tandas

    Kelebihan kondom wanita

    Kondom perempuan memberikan wanita lebih banyak kawalan dalam perlindungan kontraseptif 4

    Ia juga pilihan yang baik bagi mereka yang alah kepada lateks atau tidak boleh menggunakan kontraseptif yang mengandungi hormon 5

    Selain itu, kondom orang perempuan juga membantu melindungi diri daripada jangkitan penyakit kelamin.

    durex

    Memilih antara kondom orang lelaki dan wanita

    Pemilihan antara kondom orang lelaki dan wanita bergantung kepada keperluan individu, keselesaan dan keadaan tertentu. 

    Sesetengah individu mendapati, kondom orang lelaki lebih mudah digunakan, manakala ada juga yang berpendapat kondom wanita lebih selesa untuk digunakan. 

    Kondom orang lelaki juga lebih mudah didapati di kebanyakan farmasi dan kedai, sementara kondom untuk wanita mungkin agak kurang tersedia. 

    Bagi wanita, kondom perempuan memberikan lebih banyak kawalan terhadap perlindungan kontraseptif mereka sendiri. 

    Untuk individu yang alah kepada lateks pula, kondom perempuan yang biasanya dibuat daripada nitrile atau poliuretana mungkin menjadi pilihan yang lebih baik. 

    Apa yang penting, sewaktu memilih kondom yang ingin digunakan, anda mestilah mengutamakan kualiti dan keselesaan yang ditawarkan oleh produk tersebut. 

    Sebagai contoh, antara ciri-ciri kondom orang lelaki yang baik termasuklah kekuatan dan ketahanan untuk mencegah kondom daripada terkoyak, keupayaan untuk menyediakan sensasi semula jadi, dan kesesuaian saiz untuk mengelakkan kondom tergelincir atau terlalu ketat. 

    Selain itu, kondom juga perlu dihasilkan daripada bahan yang selamat dan hipoalergenik seperti lateks atau alternatif bahan lain bagi mereka yang alah kepada lateks. 

    alahan kondom
    Simptom-simptom jika anda alami alahan lateks.

    Kondom yang baik juga harus efektif dalam melindungi daripada jangkitan kelamin serta kehamilan yang tidak diingini. 

    Durex, sebagai jenama kondom terkemuka, menawarkan pelbagai pilihan produk kondom untuk lelaki yang memenuhi semua ciri-ciri ini. 

    Dengan pelbagai variasi kondom seperti ultra nipis, bertekstur dan berperisa, Durex menyediakan pengalaman yang selamat, memuaskan serta memenuhi keperluan dan keutamaan pelbagai pengguna.

    Jika anda mahukan kondom yang nipis, anda boleh menggunakan kondom seperti Durex Invisible dan Durex Fetherlite

    Mahukan pengalaman baharu dengan lebih kenikmatan? Anda mungkin mahu mencuba Durex Pleasuremax, dan Durex Sensation

    Ada juga kondom berperisa seperti Durex Strawberry dan Durex Chocolate!

    Bagi mereka yang alah kepada lateks, jangan risau kerana Durex turut mengeluarkan kondom tanpa lateks iaitu Durex Real Feel.

    Kesimpulan

    Memahami perbezaan antara kondom orang lelaki dan wanita serta cara penggunaannya adalah penting dalam memastikan pengalaman seksual yang selamat dan memuaskan. 

    Sama ada anda memilih kondom orang lelaki atau wanita, aspek terpenting adalah penggunaan yang betul dan konsisten untuk perlindungan maksimum terhadap kehamilan yang tidak diingini dan penyakit kelamin. 

    Jenama seperti Durex menawarkan pelbagai pilihan kondom untuk lelaki yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pelbagai pengguna, di samping memastikan setiap individu dapat menikmati hubungan intim yang sihat, selamat dan memuaskan.

    Jangan risau, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan variasi kondom dan pelincir Durex secara online sahaja!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan