Miss V longgar longgar akibat seks terlalu kerap?

Menurut Alyssa Dweck, pakar ginekologi dari Westchester di New York, perkara sebegini tidak akan terjadi melainkan anda melakukan praktis atau ritual seks yang terlalu luar biasa.
Beliau yang juga penulis bersama buku The Complete A to Z for Your V, menjelaskan bahawa sudah sifat faraj untuk meregang dan merapat mengikut pelbagai situasi yang dilalui oleh wanita.
Sebagai contoh, faraj akan meregang secara semula jadi di samping menjadi lebih luas dan basah apabila anda terangsang, lantas memudahkan suami untuk beraksi.
Pun begitu, ia akan kembali seperti keadaan asal sesudah sahaja hubungan kelamin itu selesai dengan jayanya, bukan? Ini adalah proses alami yang tidak boleh disangkal lagi.
Begitu juga dengan proses kelahiran bayi. Pernahkah anda bayangkan bahawa saiz kepala bayi yang begitu besar boleh keluar melalui lubang yang sangat sempit?
Jika difikirkan, sangat tidak masuk akal. Namun, perkara ini tidak mustahil kerana ia boleh meregang kepada saiz yang berkali ganda.
Apa yang ajaibnya, ia akan kembali semula kepada keadaan asalnya!
Kemaluan wanita lebih ketat ketika masih dara?

Ya, memang benar faraj boleh kembali kepada keadaan asal setiap kali selepas melakukan hubungan seks bersama suami.
Pun begitu, ada satu keadaan yang terkecuali. Menurut Dr Dweck lagi, ada perbezaan yang agak ketara mengenai tahap kerapatan faraj ketika masih dara dengan apabila sudah kehilangannya.
Keadaan ini adalah disebabkan oleh kewujudan sesuatu yang dinamakan selaput dara.
Sebagai suami, anda mungkin dapat mengesan perbezaan ini jika membandingkan hari-hari pertama anda melakukan seks dengan hari-hari seterusnya.
Pun begitu, jangan terlalu takut kerana Miss V longgar merupakan satu mitos. Untuk lebih memahaminya, anda perlu faham bahawa setiap wanita akan lahir dengan selaput dara, sekumpulan membran tisu yang menutup bukaan faraj.
Setelah ia pecah, Miss V longgar mungkin akan terjadi. Namun, anda juga perlu tahu bahawa Miss V longgar bukan sahaja kerana seks, namun juga kerana aktiviti lasak seperti berbasikal atau bersukan dan juga pemakaian tampon.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen