home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jaga-jaga, Ketahui 10 Mitos Mengenai Kondom Yang Anda Tidak Boleh Percaya!

Jaga-jaga, Ketahui 10 Mitos Mengenai Kondom Yang Anda Tidak Boleh Percaya!

Anda pernah dengar tentang mitos kondom? Jangan terus percaya! baca artikel ini terlebih dahulu.

Kebanyakan pasangan lebih-lebih lagi yang winbaru sahaja berkah pasti akan mengamalkan perancangan keluarga dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk membantu mereka mencegah kehamilan serta STD. Antara kaedah yang paling terkenal tentu sekali adalah penggunaan kondom.

Pun begitu, terdapat banyak mitos kondom yang mendatangkan kerisauan kepada individu terutamanya pasangan yang bergelar suami isteri. Persoalannya, sejauh manakah kebenaran mitos-mitos ini? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mitos mengenai kondom yang anda tidak boleh percaya!

Apa itu kondom?

mitos kondom

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, apa kata kita kenali mengenai alat kontrasepsi ini terlebih dahulu?

Untuk pengetahuan anda, kondom merujuk kepada salah satu daripada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, sifilis, AIDS dan lain-lain.

Alat ini berfungsi untuk membendung sperma daripada memasuki ovari. Kondom yang pertama di dunia ini diperbuat daripada urat perut haiwan. Kini, majoriti kondom diperbuat daripada lateks.

Di pasaran sekarang, terdapat banyak jenis kondom yang boleh anda perolehi. Disebabkan itu juga, telah tersebar banyak mitos kondom. Jaga-jaga, jangan mudah terpedaya!

Mitos kondom yang anda tidak boleh percaya

Ya, ia memang mempunyai banyak manfaat. Namun, ada beberapa mitos kondom yang sering berlegar-legar dalam kalangan masyarakat kita dan malangnya ia tidak benar!

Berikut merupakan beberapa mitos kondom tersebut:

#1. Guna dua kondom serentak lebih selamat

Ada orang yang berpendapat bahawa penggunaan dua kondom serentak lebih selamat dalam mencegah kehamilan atau mencegah penyakit kelamin kerana kononnya ia lebih tebal. Pun begitu, mitos ini sama sekali tidak benar kerana penggunaan dua kondom serentak hanya akan menyebabkan ia lebih mudah untuk pecah.

#2. Saiz kondom tidak penting

Bagi kebanyakan individu, penggunaan kondom sudah memadai jika ia menutupi bahagian depan alat sulit lelaki kerana air mani hanya akan keluar pada bahagian depannya sahaja.

Hakikatnya, ini adalah tidak benar kerana kondom yang terlalu ketat akan mengakibatkannya mudah pecah manakala kondom yang terlalu longgar akan mengakibatkannya mudah tercabut daripada alat sulit lelaki atau air mani keluar melalui bahagian yang longgar.

#3. Kondom akan menyekat aliran darah

Penggunaan kondom tidak akan menyekat aliran darah dan mengakibatkan ketidakselesaan pada alat sulit anda. Ini sama sekali tidak benar kerana kondom boleh meregang sekitar 18 inci dan terdapat pelbagai saiz dan bentuk yang anda boleh cuba.

#4. Kondom kurangkan tahap sensitiviti alat sulit

Penggunaan kondom tidak akan mengurangkan sensitiviti pada alat sulit lelaki dan juga wanita kerana ia dicipta dengan bahan yang mempunyai tekstur yang lembut. Sebaliknya, penggunaan kondom mampu membuat lelaki bertahan untuk tempoh yang lebih lama.

#5. Anda memerlukan pelincir tambahan

Kebanyakan individu akan menggunakan kondom bersama dengan pelbagai jenis pelincir tambahan seperti minyak lintah, minyak belacak, krim kulit, gincu ataupun vaseline. Ini sama sekali tidak betul kerana bahan-bahan ini mempunyai kandungan minyak yang boleh menguraikan komposisi kondom lalu mengurangkan keberkesannya.

mitos kondom

#6. Anda tidak perlu memakai kondom jika pasangan anda sudah mengambil pil

Anda masih perlu memakai kondom walaupun pasangan anda sudah mengambil pil perancang kehamilan. Ini kerana pengambilan pil yang tidak tepat pada waktu atau muntah selepas mengambil pil akan menjejaskan keberkesannya dalam mencegah kehamilan.

Selain itu, pil juga tidak dapat melindungi anda daripada penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorrhea, syphilis, dan trichomoniasis.

#7. Kondom tidak diperlukan jika anda melakukan seks oral

Ia mungkin benar dari aspek mencegah kehamilan. Namun bagi mencegah penyakit, ia adalah tidak tepat. Ini kerana penyakit kelamin seperti gonorrhoea, chlamydia dan herpes boleh tersebar melalui cara ini.

#8. Hanya kondom berasaskan lateks yang efektif

Mitos ini adalah sedikit mencabar. Ini kerana ia mungkin benar berdasarkan cara penggunaannya. Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 bahan utama yang digunakan untuk membuatnya iaitu lateks, polyurethane, polyisoprene dan kulit haiwan.

Hakikatnya, kesemua bahan ini telah disahkan sebagai efektif dalam mencegah kehamilan dan STD kecuali kulit haiwan. Food And Drud Administration (FDA) telah mengesahkan hal ini. Jadi, anda tidak perlu terlalu bimbang sekiranya kondom yang digunakan diperbuat daripada bahan selain lateks ini ya?

#9. Kondom memang boleh cegah STD, tetapi bukan AIDS

Ya, kondom sememangnya boleh berfungsi mencegah pelbagai penyakit STD. Pun begitu, ada mitos kondom yang mengatakan ia tidak boleh mencegah AIDS yang disebabkan oleh virus HIV. Adakah ia benar?

Tidak, menurut kajian yang pernah dijalankan, kondom sangat efektif dalam melawan virus HIV. Dari segi statistiknya, penggunaan alat kontrasepsi ini boleh mencegah AIDS kira-kira 80 ke 87%

#10. Penggunaan kondom adalah 100% selamat

Kebanyakan individu berpendapat bahawa penggunaan kondom akan memberikan jaminan 100% dalam mencegah kehamilan atau penyakit. Ini tidak benar kerana ada kondom yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan seperti yang dijual oleh pengeluar yang tidak berdaftar. Selain itu, kondom juga boleh hilang fungsi jika ia:

  • Digunakan selepas tarikh luput
  • Telah rosak ketika pembuatan
  • Salah tempat penyimpanan
  • Salah cara penggunaan
  • Dipakai berulang kali
  • Dibuka dengan menggunakan objek tajam seperti kuku atau jarum yang boleh menyebabkan ia berlubang

Jadi, sila berhati-hati ketika membeli, menyimpan atau menggunakan kondom.

mitos kondom

Konklusi

Kesimpulannya, kondom adalah sejenis alat kontrasepsi yang sangat efektif dalam mencegah kehamilan dan STD. Pun begitu, terdapat banyak mitos kondom yang anda tidak boleh percaya.

Jadi, sila baca artikel ini terlebih dahulu sebelum mempercayai sebarang mitos kondom yang anda dengar okay!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 14/03/2019
x