backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

10 Gejala Darah Tinggi Yang Patut Anda Tahu & Buat Pemeriksaan Segera!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2023

    10 Gejala Darah Tinggi Yang Patut Anda Tahu & Buat Pemeriksaan Segera!

    Tekanan darah tinggi adalah antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan individu di Malaysia. Adakah terdapat cara untuk membantu mengenal pasti gejala darah tinggi dan kolesterol?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Memahami apa itu darah tinggi? 

    gejala darah tinggi

    Sebelum mengenal pasti jika terdapat sebarang simptom atau gejala darah tinggi yang wujud, sudah tentu perkara utama lain yang perlu diketahui adalah memahami mengenai tekanan darah tinggi. Jadi berikut adalah ringkasan mengenai isu kesihatan ini.

    Tekanan darah tinggi atau turut dikenali sebagai hipertensi, berlaku apabila tekanan darah meningkat kepada tahap yang tidak sihat.

    Pengukuran tahap tekanan darah akan mengambil kira jumlah darah yang melalui saluran darah dan jumlah rintangan yang dilalui ketika jantung mengepam darah.

    Mempunyai keadaan arteri yang sempit akan menyebabkan peningkatan rintangan. Semakin sempit saluran arteri, maka akan semakin meningkat tekanan darah anda.

    Untuk tempoh jangka masa panjang, peningkatan tekanan ini cenderung mengakibatkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung.

    Mengalami hipertensi adalah satu keadaan yang biasa. Ia selalunya mengambil masa untuk berkembang dalam tempoh beberapa tahun.

    Sering kali, tiada sebarang simptom atau tanda-tanda yang dapat diperhatikan. Walau bagaimanapun, masalah tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan melibatkan saluran darah dan organ, khususnya jantung, otak, mata dan buah pinggang. 

    Melakukan pemeriksaan untuk pengesanan awal adalah satu perkara penting. Melakukan pembacaan tahap tekanan darah secara kerap dan berkala akan dapat membantu anda dan doktor untuk melihat sebarang perubahan. 

    Jika tekanan darah anda meningkat, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan tekanan darah selama beberapa minggu untuk mengenal pasti sama ada tahap tekanan itu kekal tinggi atau menurun semula kepada paras normal. 

    Apakah gejala darah tinggi?

    Jadi selain pemeriksaan tekanan darah yang perlu dilakukan secara berkala, adakah terdapat sebarang gejala darah tinggi yang boleh diperhatikan?

    Pada umumnya, hipertensi adalah satu penyakit senyap. Malahan kebanyakan individu yang mengalami keadaan ini tidak berdepan sebarang simptom ataupun gejala.

    Ia mungkin memerlukan tempoh masa yang lama sehingga masalah kesihatan itu berada pada tahap yang kritikal untuk menampakkan sebarang simptom darah tinggi yang wujud.

    Walau bagaimanapun,  gejala darah tinggi yang berlaku itu mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain. 

    Antara gejala darah tinggi yang kronik adalah seperti:

    Sekiranya mengalami gejala darah tinggi seperti yang dinyatakan, ini bermakna anda memerlukan pemeriksaan dan rawatan perubatan pada kadar yang segera.

    Namun, harus diingatkan, tidak semua individu yang menghidapi hipertensi akan mengalami simptom. Tetapi jika anda menunggu sebarang simptom darah tinggi muncul untuk melakukan pemeriksaan, ia mungkin sudah terlambat dan berisiko untuk menyebabkan kematian. 

    Baca juga:

    Bacaan tekanan darah

    gejala darah tinggi

    Sememangnya satu-satunya cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda berkemungkinan untuk mempunyai masalah tekanan darah yang tinggi adalah dengan melakukan bacaan tekanan darah secara berkala.

    Biasanya proses ini dilakukan oleh doktor apabila anda mempunyai temu janji pemeriksaan di klinik atau hospital. 

    Sekiranya anda mempunyai pemeriksaan fizikal tahunan, anda boleh berbincang dengan doktor mengenai risiko untuk anda mengalami hipertensi atau sebarang bacaan lain yang dapat membantu mengawal tahap tekanan darah anda.

    Sebagai contoh, jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga dengan masalah penyakit jantung atau mengalami sebarang faktor risiko untuk mengembangkan keadaan berkaitan tekanan darah tinggi, berkemungkinan doktor anda akan mengesyorkan untuk anda melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi dua kali setahun.

    Ini sudah tentu akan dapat membantu doktor anda untuk berada dalam keadaan berwaspada terhadap sebarang isu sebelum ia menjadi satu masalah kronik. 

    Memahami bacaan tekanan darah

    gejala darah tinggi

    Apa yang boleh kita simpulkan setakat ini adalah mendapatkan pemeriksaan bacaan tekanan darah penting sebagai salah satu langkah berwaspada terhadap sebarang peningkatan tekanan darah.

    Tetapi adakah anda memahami cara membaca bacaan darah tinggi?

    Ketika melakukan pemeriksaan bacaan gejala darah tinggi dan tekanan, akan muncul dua nombor, iaitu:

  • Tekanan sistolik – Ia adalah nombor pertama atau pada bahagian atas. Biasanya ia adalah lebih tinggi daripada bacaan nombor kedua. Fungsinya adalah untuk menunjukkan tahap tekanan dalam arteri apabila jantung anda berdegup dan mengepam darah
  • Tekanan diastolik – Ia merupakan nombor kedua atau pada bahagian bawah. Fungsinya adalah untuk menunjukkan bacaan tekanan arteri yang terletak di antara degupan jantung
  • Terdapat lima kategori untuk menentukan tahap bacaan tekanan darah bagi individu dewasa:

    1. Sihat – Bacaan tekanan darah yang normal adalah kurang daripada 120/80 milimeter merkuri (mm Hg)
    2. Meningkat – Nombor sistolik antara 120 dan 129 mm Hg, dan bilangan diastolik kurang daripada 80 mm Hg. biasanya jika keadaan ini berlaku, doktor tidak akan merawatnya dengan memberikan ubat tekanan darah tinggi. Tetapi doktor akan menasihatkan anda untuk melakukan perubahan dalam gaya hidup bagi membantu menurunkan nombor anda.
    3. Tekanan darah tinggi tahap 1 – Nombor bacaan sistolik antara 130 dan 139 mm Hg, manakala bacaan tekanan diastolik adalah antara 80 dan 89 mm Hg.
    4. Tekanan darah tinggi tahap 2 – Nombor sistolik ialah 140 mm Hg atau lebih tinggi, dan nombor diastolik adalah 90 mm Hg dan ke atas.
    5. Krisis tekanan darah tinggi –  Bacaan nombor sistolik melebihi 180 mm Hg dan bacaan tekanan diastolik adalah melebihi 120 mm Hg. Jika bacaan tekanan darah adalah dalam julat ini, ia bermakna anda memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika terdapat simptom darah tinggi seperti sakit dada, sakit kepala, sesak nafas atau berlaku sebarang perubahan visual, rawatan perubatan kecemasan adalah diperlukan.

    Sekiranya bacaan yang diperolehi berada di atas paras normal, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan cara menurunkan tekanan darah tinggi anda.

    Jika bacaan tekanan anda adalah pada 140/90 mm Hg atau lebih untuk tempoh yang panjang, ini bermakna anda mempunyai masalah tekanan dan ada gejala darah tinggi atau hipertensi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan