8 Cara Mengurangkan Asma Punca Kulapuk

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kulapuk adalah pencetus yang selalunya membuatkan asma anda bertambah teruk. Malangnya, kulapuk boleh dijumpai hampir di semua tempat. Jadi persoalannya di sini, adakah cara yang boleh membantu anda mengurangkan asma yang berpunca daripada kulapuk ini? Ya, ikuti artikel ini untuk mendapatkan jawapannya.

Fikir sebelum buat

Kulapuk boleh dijumpai di hampir semua tempat seperti di dalam rumah anda, atau premis perniagaan (kedai bunga, ladang, taman, kedai antik, rumah hijau, sauna, lombong, tapak pembinaan dan kotej musim panas). Jadi jika anda perlu bekerja di tempat yang disebutkan ini, lindungi muka anda dengan penutup muka dan ambil ubat alergik anda.

Elakkan pencetus

Jika kuantiti kulapuk adalah tinggi, cuba untuk tidak keluar rumah. Ini boleh membantu mengurangkan kuantiti spora kulapuk yang anda sedut. Jika anda perlu menanam pokok, menyapu dedaun, memotong rumput; anda perlu memakai topeng penghalang habuk. Selepas bekerja, terus mandi untuk membuang semua spora kulapuk yang melekat pada kulit anda.

Elakkan dan buang kulapuk

Untuk mencegah kulapuk dari bangunan rumah anda, buka tingkap dengan kerap untuk memastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang baik. Apabila anda mandi atau memasak, gunakan kipas ekstraktor dan tutup pintu-pintu. Ini boleh mengelakkan udara lembap dari merebak ke seluruh rumah anda. Keluarkan baju yang telah dibasuh dari mesin basuh dengan segera. Elakkan dari menjemur pakaian di dalam rumah, jangan menyimpan pakaian di dalam almari yang lembab, atau menyimpan pakaian terlalu padat. Dan ingat untuk sentiasa membersihkan tong sampah dan peti ais anda dengan kerap.

Jika anda rasa anda mempunyai asma berkaitan kulapuk, anda tidak sepatutnya cuba membuang kulapuk itu sendiri.

Kurangkan kelembapan di dalam rumah

Terlalu tinggi kelembapan yang ada di dalam rumah anda boleh membina persekitaran yang mesra-kulapuk. Cuba untuk mengekalkannya pada tahap di bawah 60%. Jika kelembapan berada pada tahap antara 30% dan 50% adalah lebih baik. Alat penyahlembapan dan penyaman udara boleh membantu. Anda juga boleh membeli sejenis meter yang dapat mengukur kelembapan di dalam rumah anda.

Periksa ruang bawah tanah dan landskap anda

Pastikan tingkat bawah rumah anda sentiasa kering. Penggunaan alat penyahlembapan boleh membantu mengurangkan kelembapan di ruang bawah tanah anda. Apabila anda membuat lantai, pilih linoleum atau konkrit. Ia tidak memerangkap kelembapan. Dan periksa apa yang anda simpan di bahagian ruang bawah tanah anda. Kertas-kertas lama, pakaian atau cadar adalah mesra-kulapuk. Anda perlu menyimpan barang anda di dalam tempat simpanan yang kedap air untuk mencegah kulapuk.

Jika terdapat dedaun kering di sekeliling rumah anda, buanglah ia. Bersihkan tumbuhan di kawasan tersebut dan alirkan air hujan dari rumah anda. Langkah-langkah ini boleh membantu kawasan tersebut mendapat cahaya matahari secukupnya. Dan air juga boleh kering dengan cepat.

Periksa jika terdapat kebocoran

Periksa jika terdapat kebocoran pada sinki, peti ais, mesin basuh, sekeliling dapur anda, tandas, kolah mandi, dan pancuran air. Betulkan sebarang paip yang bocor secepat mungkin. Kulapuk boleh tumbuh di tempat yang lembap seperti ini.

Guna penyaman udara

Apabila anda membeli penyaman udara, pertimbangkan pusat penyaman udara yang mempunyai penapis High-Efficiency Particulate air (HEPA). Ini boleh membantu anda memelihara kelembapan di dalam rumah dan menghapuskan kulapuk di dalam udara sekeliling. Sentiasa ingat untuk mengganti relau dan juga penapisnya secara berkala bagi memastikan penyaman udara tersebut berfungsi dengan baik.

Ambil ubat yang betul

Anda boleh mengambil ubatan alergik anda sebelum pergi ke tempat yang dikhuatiri mempunyai banyak spora kulapuk. Doktor juga mungkin akan mengesyorkan beberapa jenis ubat jika anda mempunyai asma berkaitan kulapuk untuk membantu anda mengawalnya. Sentiasa patuhi perskripsi yang diberikan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 21, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 28, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut