backup og meta

Merungkai Mitos Penyakit Asma, Benarkah Si Gebu Boleh Jadi Punca? Pesakit Tak Boleh Bersenam?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/07/2023

    Merungkai Mitos Penyakit Asma, Benarkah Si Gebu Boleh Jadi Punca? Pesakit Tak Boleh Bersenam?

    Penyakit asthma merupakan sejenis kondisi kronik yang berkaitan dengan saluran pernafasan.

    Keradangan terbentuk mengakibatkan saluran udara menjadi sempit lantas menyukarkan keupayaan bernafas.

    Hal ini berupaya memicu simptom asma; sesak dada, nafas, batuk, dan menghasilkan bunyi pelik semasa bernafas.

    Jika parah, penyakit asthma berupaya menjejaskan aktiviti harian dan kebolehan untuk bercakap!

    Walaupun ramai di antara kalian sudah pun mempunyai pemahaman tersendiri mengenai asma, kami di Hello Doktor mendapati terdapat banyak salah faham yang wujud dalam kalangan masyarakat.

    Bersempena Hari Kesedaran Penyakit Asthma Sedunia yang jatuh pada tanggal 4 Mei, mari kita sama-sama merungkai kebenaran di sebalik mitos-mitos yang acap kali diperkatakan!

    Fakta & mitos penyakit asthma

    Disebabkan penyakit ini telah pun wujud sejak sekian lama, terdapat pelbagai mitos berlegaran yang dipercayai masyarakat sejak turun-temurun. Antaranya:

    # 1 Pesakit asma perlu elak bersenam

    asma-akibat-olahraga

    Tahukah anda, ramai atlet ternama termasuk pelari Paula Radcliffe, Jo Pavey, malah pemain bola sepak terkemuka David Beckham, menghidap asma?

    Menurut Dr Andy Whittamore, Doktor Praktikal dan Ketua Klinikal di Asthma UK, hanya sebilangan kecil penderita asma mengalami ‘exercise-induced asthma‘ yang bermaksud, individu mengalami gejala dengan aktiviti fizikal.

    Selagi asma seseorang dikawal dengan baik, maka tidak ada alasan untuk mereka tidak bersenam.

    Namun, jika anda mengalami simptom asma ketika bersenam, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

    #2 Pesakit akan sembuh dengan pertambahan usia

    1 daripada 12 orang dewasa menghidap asma, maka idea mengatakan penyakit ini akan menghilang apabila menginjak usia adalah auta.

    Penyakit asthma lebih bersifat ‘datang dan pergi’ sepanjang hidup seseorang, jelas Dr Whittamore.

    Pesakit mungkin akan lebih terdedah kepada pemicunya, seperti pencemaran udara, atau membentuk alahan yang mencetuskannya.

    Tetapi, tekanan atau perubahan tahap hormon seperti saat akil baligh, kehamilan dan menopaus juga boleh mempengaruhi keadaan ini.

    #3 Pesakit perlu mengambil inhaler apabila bergejala saja

    Kebanyakan penghidap asma bakal dipreskripsikan dengan inhaler pencegahan, biasanya berwarna coklat yang harus diambil setiap hari, menurut Dr Whittamore.

    Inhaler inilah yang dapat menghentikan seseorang daripada mengalami serangan asma dan menyelamatkan nyawa mereka!

    Ia meningkatkan perlindungan pesakit terhadap pencetus asma dari masa ke masa, lantas mengurangkan kecenderungan mereka untuk alami serangan yang berpotensi mengancam nyawa.

    Tambah Dr Whittamore, ketika penderita asma melakukan kontak dengan pemicu asma, saluran udara menjadi lebih sempit, menjadikan mereka sukar bernafas dan menimbulkan gejala seperti semput, batuk dan sesak nafas.

    Inhaler berwarna biru memberikan kelegaan segera dengan membuka saluran udara, menjadikan pesakit lebih mudah untuk bernafas.

    Sekiranya anda perlu menggunakan alat sedut inhaler lebih daripada 3 kali seminggu, berbincanglah dengan doktor.

    #4 Penyakit asthma boleh dirawat dengan mudah

    Oleh sebab kondisi ini tidak dianggap berprofil tinggi seakan penyakit lain, ramai orang mungkin menganggap bahawa penghidap asma memperolehi rawatan yang diperlukan.

    Malangnya, hal ini jauh panggang dari api. Permintaan rawatan untuk asma telah meningkat dan kematian juga sudah mencecah tahap tertinggi dalam tempoh 1 dekad!

    Lebih teruk lagi, sebilangan besar kematian telah diakibatkan oleh serangan asma yang boleh dicegah jika pesakit mendapatkan rawatan asas daripada doktor mereka, kata Dr Whittamore.

    Kesemua pesakit harus mendapatkan rancangan tindakan bertulis yang menggariskan cara pengurusan asma mereka.

    Selain itu, tinjauan tahunan untuk memeriksa sama ada ubat mereka berfungsi dan pemeriksaan untuk memastikan penggunaan inhaler yang betul juga harus dilaksanakan.

    #5 Haiwan peliharaan penyebab utama asma?

    Kebanyakan orang berpendapat bahawa haiwan peliharaan adalah pemicu asma yang terbesar!

    Semua haiwan, termasuk anjing dan kucing, menghasilkan dander (bulu/kulit halus), air kencing dan air liur, yang berisiko mencetuskan asma.

    Pun begitu, ternyata ia bukanlah pemicu yang biasa berlaku seperti yang difikirkan orang, kata Dr Whittamore.

    Kajian baharu menunjukkan, pencetus asma yang paling umum adalah udara sejuk, selesema dan flu, diikuti debu, pencemaran udara, asap rokok dan minyak wangi.

    Penyelidikan baru-baru ini turut menunjukkan, dalam beberapa kes, memiliki haiwan peliharaan sebenarnya dapat mencegah seseorang daripada membentuk asma! Menarik bukan?

    Ini kerana ‘hipotesis kebersihan’ menyatakan, pendedahan kepada pelbagai bakteria sebenarnya diperlukan untuk meningkatkan sistem imun tubuh di usia muda.

    Haiwan peliharaan dikatakan dapat meningkatkan sistem imun anda, memicu pengeluaran antibodi yang melindungi daripada alahan, yang sering menjadi pencetus penyakit asthma.

    #6 Penyakit asma, penyakit keturunan

    simptom covid

    Mitos seterusnya yang turut menjadi bualan, penyakit asma dikatakan boleh diwarisi kepada anak-anak.

    Menurut penjelasan Dr Whittamore, walaupun sejarah keluarga asma boleh menjadi indikasi yang kuat untuk seseorang menghidapnya, namun kebenarannya, penyebab sebenar kondisi ini masih belum diketahui.

    Akhir kata…

    Demikian adalah antara mitos yang sering diperkatakan dan dipercayai dalam kalangan masyarakat. Ternyata kebanyakannya adalah auta!

    Justeru, ambil iktibar dan lakukan semakan fakta dengan doktor atau golongan perubatan profesional terlebih dahulu sebelum kalian percaya bulat-bulat dengan sebarang khabar angin okey?

    Semoga ‘pembongkaran’ ini bantu meningkatkan kesedaran mengenai penyakit asthma serta menambahkan ilmu pengetahuan pembaca sekalian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan