Sesak nafas adalah sukar untuk bernafas, dan pengalaman psikologi yang berkaitan dengan situasi sesak nafas, walaupun tidak ada asas fisiologi pada keadaan sedemikian. Terdapat beberapa punca sesak nafas yang akan dihuraikan dalam artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Sesak nafas adalah sukar untuk bernafas, dan pengalaman psikologi yang berkaitan dengan situasi sesak nafas, walaupun tidak ada asas fisiologi pada keadaan sedemikian. Terdapat beberapa punca sesak nafas yang akan dihuraikan dalam artikel ini.
Penampilan fizikal sesak nafas secara amnya merujuk kepada pernafasan yang sukar, sementara rasa terhadap kesusahan pernafasan disebut sebagai nafas pendek atau dyspnea.
Kesukaran bernafas berlaku atas kaitan dengan pelbagai penyakit fizikal, seperti sindrom kesukaran pernafasan akut, suatu tindak balas yang serius terhadap pelbagai bentuk kecederaan pada paru-paru; dan sindrom kesukaran pernafasan bayi, suatu sindrom pada bayi pramatang yang disebabkan oleh ketidakcukupan tumbesaran pada pengeluaran surfaktan serta ketidakstabilan struktur dalam paru-paru.
Wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah ini berbanding lelaki.
Keadaan ini biasanya berlaku pada orang yang sakit pada tahap kritikal atau yang mengalami kecederaan yang ketara.
Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang punca sesak nafas dan cara atasinya.
Gejala-gejala gangguan pernafasan biasanya muncul antara satu hingga tiga hari selepas kecederaan atau trauma.
Simptom umum dan tanda-tanda gangguan pernafasan termasuklah:
Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan simptom sukar bernafas daripada menjadi parah dan mencegah keadaan perubatan kecemasan lain, jadi berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan ini daripada menjadi lebih serius.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Jadi, adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca sesak nafas yang utama adalah kerosakan pada saluran darah kecil di paru-paru anda.
Cecair dari saluran darah ini bocor ke dalam kantung udara di dalam paru-paru anda.
Di dalam kantung udara inilah di mana darah anda mendapatkan oksigen.
Apabila kantung udara ini terisi dengan cecair, ia akan menyebabkan kurangnya oksigen dan cecair akan menyerap masuk ke dalam darah anda.
Beberapa perkara biasa yang boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru ini termasuklah:
Kesukaran bernafas biasanya adalah komplikasi kepada keadaan lain. Orang yang lebih cenderung untuk mendapat masalah sukar bernafas termasuklah:
Kesusahan pernafasan boleh menjadi lebih serius pada orang yang:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Seorang doktor boleh mendiagnosis kesukaran bernafas dalam beberapa cara yang berbeza.
Tiada lagi ujian definitif untuk mendiagnosis keadaan ini.
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mengalami masalah pernafasan, dia mungkin akan mengambil tekanan darah, melakukan ujian fizikal, dan melakukan mana-mana yang berikut:
Tekanan darah rendah dan kadar oksigen darah yang rendah dapat membantu doktor anda mengesyaki masalah pernafasan.
Elektrokardiogram dan ekokardiogram boleh digunakan untuk menyingkirkan masalah jantung.
Sekiranya imbasan X-ray atau CT kemudiannya mendedahkan kantung udara yang dipenuhi cecair di dalam paru-paru, maka diagnosis untuk masalah pernafasan boleh disahkan.
Biopsi paru-paru juga boleh dilakukan untuk mengesahkan diagnosis bagi masalah ini.
Terdapat beberapa rawatan umum untuk menyembuhkan masalah kesukaran bernafas, termasuklah:
Sebenarnya, tidak ada cara untuk mencegah masalah kesukaran bernafas.
Walau bagaimanapun, anda mungkin dapat mengurangkan risiko gangguan pernafasan dengan melakukan beberapa perkara berikut:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen