backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Paru Paru Berdarah Boleh Bawa Maut? Kenal Pasti 6 Tanda Bahaya Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/04/2023

    Paru Paru Berdarah Boleh Bawa Maut? Kenal Pasti 6 Tanda Bahaya Ini!

    Tahun lalu, kita digemparkan dengan berita mengenai pelakon tanah air, Nad Zainal mengalami paru paru berdarah sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Menurut laporan, masalah kesihatan ini satu kondisi serius yang boleh membawa maut. Namun, apakah punca paru paru berdarah?

    Ia mungkin berlaku disebabkan jangkitan bakteria atau virus namun mungkin juga ada punca lain yang menjadi penyebabnya.

    Dalam artikel ini, kami akan kupas serba sedikit mengenai penyebab paru-paru berdarah dan apakah tanda-tandanya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Apakah paru paru berdarah?

    Fakta tentang paru-paru berdarah

    • Berlaku disebabkan kebocoran darah dari kawasan sekeliling paru-paru
    • Ia sangat jarang berlaku dan boleh membawa maut
    • Ada yang mengalami kondisi ini disebabkan penyakit lain atau jangkitan
    • Lazim berlaku dalam kalangan kaum Adam
    • Jika bayi pramatang, mereka perlu dipantau oleh pakar di hospital

    Seperti namanya, peparu berdarah (pulmonary haemorrhage) menandakan pendarahan yang masuk ke dalam rongga peparu.

    Penyakit yang mempunyai perkataan pulmonary menandakan ia berkaitan dengan paru-paru.

    Kondisi ini berlaku apabila darah termasuk ke dalam saluran pernafasan dan kemudiannya memasuki pula paru-paru.

    Pendarahan pulmonari merupakan satu kondisi yang sangat jarang berlaku. Namun, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

    Selain itu, ia juga boleh berlaku secara perlahan-lahan dan berlangsung dalam satu tempoh masa yang lama.

    Namun, pendarahan ini juga boleh berlaku secara tiba-tiba. Jika ini yang berlaku, ia boleh mengancam nyawa.

    Ada juga yang mengalami pendarahan disebabkan jangkitan.

    Untuk bayi pramatang pula, mereka perlu dirawat di dalam NICU sekiranya menghidap kondisi ini. Ia merupakan satu komplikasi yang sangat serius.

    Apakah punca pendarahan pulmonari?

    paru paru berdarah

    Ada banyak punca paru paru berdarah.

    Walau bagaimanapun, doktor mungkin tidak dapat menentukan punca sebenarnya.

    Sekiranya doktor tidak dapat mengenal pasti apakah penyebab pendarahan pulmonari, kondisi ini dikenali sebagai pendarahan paru paru idiopatik (idiopathic pulmonary haemorrhage).

    Pendarahan juga mungkin datang daripada satu atau lebih kawasan. Pertama sekali, doktor akan mengenal pasti dari manakah pendarahan datang.

    Mungkin ada penyakit lain yang menyebabkan pendarahan tersebut.

    Setelah pendarahan dapat dikenal pasti, doktor akan menentukan rawatan yang manakah paling sesuai bertepatan dengan kondisi pesakit.

    Tanda paru paru berdarah

    Jika anak anda mengalami pendarahan pulmonari, anda mungkin nampak darah pada kawasan hidung atau muka mereka. Dalam sesetengah kes, bayi juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas.

    Walau bagaimanapun, tanda peparu berdarah dalam kalangan orang dewasa mungkin sukar untuk dikesan.

    Sekiranya pendarahan ini berlaku secara perlahan-lahan, antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan ialah:

    1. Demam.
    2. Batuk.
    3. Kehilangan berat badan secara mendadak.
    4. Pucat disebabkan anemia.
    5. Sukar bersenam kerana terlalu cepat penat.
    6. Rasa sangat letih untuk menjalani kehidupan seharian.

    Adakah batuk berdarah tanda paru-paru juga dimasuki darah?

    paru paru berdarah

    Batuk berdarah boleh menjadi tanda pendarahan pulmonari, namun kondisi ini sangat jarang berlaku pada kanak-kanak. Selalunya, kanak-kanak akan menelan semula sebarang anasir yang keluar semasa mereka batuk.

    Sekiranya anak anda batuk berdarah, ia mungkin disebabkan perkara lain. Darah tersebut juga mungkin datang dari hidung, tekak atau perut.

    Darah yang datang dari paru-paru berwarna merah gelap dan berbuih.

    Batuk berdarah boleh menjadi serius. Namun, kebanyakan puncanya boleh dirawat.

    Pendarahan yang berat boleh mendatangkan mudarat dan membawa maut. Jadi, jika anda mengalami batuk berdarah, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

    Baca juga:

    Kesimpulan

    paru paru berdarah

    Kesembuhan daripada pendarahan pulmonari bergantung kepada banyak perkara. Antaranya:

    1. Jenis pendarahan yang dialami. Adakah ia serius? Adakah pendarahan tersebut berasal daripada satu punca atau banyak punca? Semua ini memainkan peranan penting dalam kesembuhan pesakit.
    2. Berapa teruk pendarahan yang pesakit alami?
    3. Apakah punca pendarahan?

    Paru paru berdarah merupakan satu kondisi yang serius. Ia boleh membawa maut atau menyebabkan masalah kesihatan yang total.

    Dalam kebanyakan kes, pendarahan ini berpunca daripada masalah kecil yang boleh dirawat.

    Selalunya, pendarahan akan berhenti setelah penyakit yang menjadi puncanya sembuh seperti sediakala.

    Pesakit yang mengalami pendarahan sederhana selalunya dapat sembuh. Walau bagaimanapun, peparu berdarah merupakan penyakit serius yang perlu diperiksa oleh doktor.

    Jangan pandang remeh simptom yang dialami. Jumpa doktor serta-merta sekiranya anda batuk berdarah atau mengalami simptom-simptom di atas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan