backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Buat 5 Benda Ini - Bagus Untuk PEROKOK!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2024

Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Buat 5 Benda Ini - Bagus Untuk PEROKOK!

Perlu ke untuk bersihkan paru-paru? Mestilah perlu dengan kualiti udara pada masa kini yang tidak sihat.

Ingin tahu bagaimana cara bersihkan paru-paru? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan menjaga paru-paru

Kes pencemaran udara yang berlaku sehingga menyebabkan bencana seperti jerebu, ternyata memberi implikasi yang negatif dan kurang menyenangkan kepada manusia terutamanya paru-paru. 

Pendedahan terhadap pencemaran udara sama ada di luar atau di dalam rumah, telah menyebabkan partikel-partikel bendasing memasuki saluran pernafasan kita, sekali gus menyebabkan komplikasi yang amat tidak diinginkan.

Perkara ini bukan satu hal yang ringan. Ini kerana, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 4.2 juta kematian direkodkan di seluruh dunia akibat pendedahan terhadap udara tercemar setiap tahun.

penyakit paru-paru
Penyakit pneumonia atau bronkitis?

Teknik mudah bersihkan paru-paru

Tip untuk membersihkan paru-paru

Bagi mereka yang sering terdedah dengan pencemaran udara atau mereka yang menghisap rokok, mungkin anda boleh mempraktikkan kaedah-kaedah mudah ini untuk membersihkan organ pernafasan secara semula jadi.

Berikut adalah langkah bersihkan paru-paru yang boleh anda amalkan:

Terapi stim

Terapi stim atau penyedutan stim adalah satu teknik menyedut wap air yang bertujuan membuka saluran udara selain membantu organ ini mengeluarkan mukus.

Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan paru-paru, simptom mereka akan menjadi lebih buruk dalam persekitaran udara yang sejuk dan kering.

Oleh itu, terapi stim ini boleh melembapkan udara sekali gus memperbaiki pernafasan individu yang bermasalah dengan pernafasan mereka.

Senaman rutin ringan

Senaman akan memaksa otot anda untuk bekerja lebih keras. Ini akan menjadikan kadar pernafasan anda meningkat dan menyebabkan peningkatan bekalan oksigen kepada otot anda.

Ia juga akan memperbaiki peredaran darah, dan menjadikan tubuh bertindak dengan lebih berkesan dalam menyingkirkan karbon dioksida berlebihan yang dihasilkan semasa anda bersenam.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai COPD, fibrosis cyst atau asma, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan rutin senaman anda.

Minuman teh hijau

Teh hijau diketahui mempunyai banyak kandungan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam paru-paru.

Sebatian teh hijau juga berpotensi melindungi tisu paru-paru daripada kesan negatif penyedutan asap ke dalam paru-paru.

Satu kajian menyatakan bahawa, individu yang meminum sekurang-kurangnya 2 cawan teh hijau sehari mempunyai fungsi paru-paru yang lebih baik daripada mereka yang langsung tidak meminumnya. 

bersihkan paru-paru
Minuman teh hijau.

Bersihkan paru-paru dengan makan makanan bersifat antiradang

Keradangan pada saluran pernafasan boleh menyebabkan kesukaran bernafas selain menyebabkan dada berasa berat dan sesak.

Dengan cara memakan makanan yang dikategorikan sebagai antiradang, ia boleh mengurangkan simptom-simptom berkaitan.

Antara makanan antiradang yang boleh jadi petua tradisional cuci paru-paru adalah:

  • Kunyit
  • Sayuran berdaun
  • Buah ceri
  • Bluberi
  • Buah zaitun
  • Kacang walnut
  • Kekacang
  • Lentil
  • Buah oren
  • Betik
  • Brokoli
  • Bawang putih

Jika anda merupakan salah seorang individu yang kerap terdedah kepada persekitaran udara yang kurang menyihatkan, cubalah untuk memakai topeng muka selain mempraktikkan cara membersihkan paru-paru perokok dengan cepat di atas.

Namun, kaedah di atas boleh membantu anda memperbaiki bersihkan paru-paru bukan pulihkan ia ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan