backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jaga-jaga, Serangan Asma Boleh Terjadi Jika Ada Alergi Makanan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/07/2022

    Jaga-jaga, Serangan Asma Boleh Terjadi Jika Ada Alergi Makanan!

    Alergi makanan merupakan jenis alahan yang biasa kita dengar. Namun, alergi dan asma mungkin berkait antara satu sama lain. Apakah kaitan antara kedua-duanya?

    Untuk mengetahuinya, teruskan pembacaan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Alahan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu alergi dan asma?

    Alahan merupakan tindak balas sistem imun badan secara berlebihan (hypersensitivity) apabila didedahkan kepada alergen, iaitu bahan yang menyebabkan alahan.

    Antara alergen yang ada seperti makanan dan yang wujud daripada persekitaran kita, contohnya habuk, debunga, kulat atau bulu haiwan.

    Alahan jenis ini selalunya bergejala kulit gatal dan timbul ruam-ruam merah di badan, bengkak mata, gatal mulut atau telinga, hidung berair dan bersin.

    Kadangkala, jika lebih teruk alahan boleh menyebabkan sukar bernafas dan payah menelan.

    Asma pula adalah penyakit kronik paru-paru yang disebabkan oleh keradangan.

    Salur udara menjadi sempit dan rembesan mukus (lendir) berlebihan mengakibatkan batuk, susah bernafas (lelah) dan berbunyi berdehit (wheezing).

    Penyebab serangan asma adalah alergen, aktiviti sukan, asap, cuaca yang sejuk, bau yang kuat dan jangkitan salur pernafasan.

    Asma, alahan makanan, resdung dan ekzema adalah satu kumpulan di bawah payung kategori penyakit alahan.

    Selalunya,alergi dan asma berkait antara satu sama lain dan boleh wujud secara bertindan bagi sesetengah individu.

    Alergi makanan boleh menyebabkan serangan asma

    alergi makanan

    Alergi makanan atan bahan tambahan di dalam produk makanan boleh menjurus kepada penyakit asma. Namun, bukan semua penghidap asma mempunyai alahan terhadap makanan.

    Keliru? Baca selanjutnya.

    Walaupun ada beberapa jenis makanan yang disaran untuk dielakkan bagi penghidap asma, namun tidak bermakna individu tersebut alah kepada makanan itu.

    Memang benar alergi makanan juga adalah penyebab datangnya serangan asma lebih-lebih lagi jika alahan yang teruk.

    Alahan makanan yang dialami semasa bayi meningkatkan kebarangkalian mendapat penyakit asma kanak-kanak apabila membesar.

    Ada juga antara kita yang menghidap kedua-dua asma dan alergi makanan, dan ini sangat mustahak untuk kita fahami bagi mengelakkan risiko serangan asma yang lebih teruk disebabkan alahan makanan.

    Memahami hubungan alergi dan asma

    alergi dan asma

    Kajian menunjukkan alahan makanan boleh bermula seawal umur bayi kurang setahun, manakala asma hanya boleh didiagnosis selepas umur beberapa tahun.

    Asma selalunya berlatarbelakangkan sejarah keluarga yang ahlinya penghidap asma sama ada dalam rawatan atau tidak.

    Terdapat juga laporan penyelidikan di luar negara yang mengatakan kanak-kanak lebih mudah menghidap asma seawal umur 7 tahun apabila mempunyai sejarah alahan makanan jika dibandingkan dengan yang tiada sejarah alergi makan.

    Penyebab utama asma datangnya dari faktor persekitaran seperti hama, kutu, habuk, debunga dan bulu haiwan peliharaan.

    Bahan-bahan tambahan dalam makanan seperti pengawet, pewarna dan penambah perisa juga boleh menjadi penyebab serangan asma.

    Antara makanan yang boleh menyebabkan asma ialah:

    1. Makanan yang mengandungi sulphite seperti buah-buahan yang dikeringkan (dried fruits), kentang yang diawet, jem dan arak.
    2. Makanan berasaskan produk tenusu seperti susu, keju, yogurt.
    3. Daging yang diproses seperti sosej, ham dan bakon.
    4. Makanan tinggi kandungan garam

    Baca juga:

    Komplikasi asma apabila ada alahan pada makanan

    Menurut laporan penyelidikan yang dijalankan di Amerika, asma juga dikenal pasti sebagai faktor risiko bagi anafilaksis, yang dikaitkan dengan kesan yang lebih buruk jika dibandingkan dengan kanak-kanak tanpa alahan makanan.

    Alahan kepada makanan yang dimaksudkan termasuk alah pada produk kekacang, produk tenusu dan lain-lain.

    Rawatan alergi dan asma

    alergi dan asma

    Bagi mereka yang ada kedua-dua alahan makanan dan juga asma, kebiasaannya doktor akan berbincang dengan anda untuk membuat pelan kawalan asma.

    Dalam pelan ini, doktor akan mencatatkan jenis alergen atau makanan penyebab yang mendatangkan serangan asma anda.

    Selain itu, dicatatkan juga jenis ubat, kombinasi inhaler (penyedut asma) dan bagaimana pengambilan ubat atau inhaler.

    Terdapat dua jenis inhaler- ubat penyelamat untuk digunakan ketika mendapat serangan asma, dan ubat pengawal untuk mencegah asma.

    Sudah tentunya perubahan gaya hidup juga penting dalam mengawal serangan asma dengan mengelakkan faktor pencetusnya.

    Objektif utama bagi penghidap asma yang mempunyai alahan makanan adalah mengawal frekuensi serangan asmanya.

    Jika asma terkawal, maka alahan makanan juga akan kurang serius bertindak balas. Alergi dan asma juga perlu dirawat jika ia menjadi semakin teruk.

    Sekiranya berlaku serangan asma yang teruk akibat alahan makanan, teruslah berkejar ke hospital terdekat untuk rawatan kecemasan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan