Apa itu Rabun Dekat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Rabun Dekat?

Rabun dekat ialah masalah penglihatan yang kerap berlaku di mana anda boleh melihat objek jauh lebih jelas daripada objek dekat. Kadar rabun dekat anda mempengaruhi kebolehan anda untuk fokus. Mereka yang mengalami rabun jauh yang teruk boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang sangat jauh, manakala mereka yang rabun jauh ringan boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang lebih dekat.

Rabun jauh kebiasaannya berlaku di waktu lahir dan cederung untuk berlaku di dalam keluarga. Ia boleh disertai dengan beberapa masalah seperti:

  • Mata juling;
  • Kualai hidup berkurang;
  • Mata letih.

Apakah kebarangkalian Rabun Dekat?

Keadaan ini adalah sangat kerap beralku dan melibatkan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Rabun Dekat?

Simptom-simptom yang kerap ialah:

  • Objek dekat kelihatan kabur.
  • Anda perlu menjulingkan mata untuk melihat dengan jelas.
  • Anda mengalami mata letih, termasuk bata rasa terbakar dan sakit di sekeliling mata.
  • Anda mengalami ketidakselesaaan pada mata atau sakit kepala selepas membuat kerja jarak dekat dalam tempoh yang lama seperti membaca, menulis, kerja menggunakan komputer atau melukis.

Kanak-kanak mungkin tidak mempunyai simptom. Tetapi kanak-kanak dengan rabun yang teruk mungkin:

  • Mengalami sakit kepala.
  • Menggosok mata selalu.
  • Mengalami masalah membaca atau tidak menunjukkan minat dalam membaca.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila berjumpa doktor jika kualiti penglihatan anda mengganggu anda menikmati sebarang aktiviti. Doktor boleh menentukan kadar rabun dekat anda dan memberikan pilihan untuk membetulkan maslaah tersebut.

Jika anda tidak memakai cermin mata atau kanta sentuh, tidak mempunyai simptom mata bermasalah dan berisiko rendah mengalami penyakit mata, dapatkan pemeriksaan mata yang asas di umur 40 tahun. Kemudian, dapatan pemeriksaan pada jarak waktu berikut:

  • Setiap 2 ke 4 tahun antara 40 dan 54 tahun;
  • Setiap 1 ke 3 tahun antara 55 dan 64 tahun;
  • Setiap 1 ke 2 tahun bermula 65 tahun.

Jika anda berisiko kepada penyakit mata tertentu seperti glaukoma, kekerapan pemeriksaan perlu ditingkatkan kepada:

  • Setiap 2 ke 4 tahun sehingga umur 40 tahun;
  • Setiap 1 ke 3 tahun antara 40 ke 54 tahun;
  • Setiap 1 ke 2 tahun bermula 22 tahun dan seterusnya.

Kanak-kanak dan belia disyorkan untuk disaring sekitar setiap 2 tahun bagu mengesan masalah penglihatan.

Punca

Apakah Punca Rabun Dekat?

Rabun dekat berlaku apa cahaya yang memasuki mata difokuskan di belakang retina, bukannya langsung di atasnya. Ini menyebabkan mata yang terlalu pendek, kornea tidak cukup lekuk atau kanta terletak lebih belakang dari kedudukan normal.

Rabun dekat kebiasaannya berlaku dalam kalangan keluarga. Dalam kes yang jarang, sesetengah penyakit seperti retinopati dan tumor mata boleh menyebabkannya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Rabun Dekat?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Berumur;
  • Genetik.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Rabun Dekat didiagnosis?

Ia didiagnosis melalui pemeriksaan mata asas. Pemeriksaan mata yang lengkap melibatkan rangkaian ujian. Doktor mata anda mungkin menggunakan alatan yang nampak pelik yang memfokuskan cahaya terang langsung ke mata anda dan meminta anda melihat melalui kanta yang berbeza. Setiap ujian membolehkan doktor memeriksa aspek yang berbeza pada mata anda termasuk penglihatan anda.

Bagaimana pesakit Rabun Dekat dirawat?

Kebanyakan rabun jauh tidak memerlukan rawatan. Mata anda kebiasaannya boleh melaraskan dirinya bagi menyelsaikan masalah tersebut. Tetapi apabila anda semakin berumur, mata anda semakin hilang kemampuannya dan anda berkemungkinan memerlukan cermin mata atau kanta sentuh.

  • Pelbagai jenis cermin mata termasuk bifokal, trifokal, kanta progresif dan kanta membaca.
  • Kanta sentuh. Terdapat pelbagai jenis – keras, lembut, pemakaian lanjut, boleh dibuang dan bifokal. Sila bertanya doktor mata anda tentang kebaikan dan keburukan kanta sentuh dan apa yang terbaik untuk anda.

Walaupun kebanyakan prosedur pembedahan refraktif digunakan untuk merawat rabun jauh, ia uga boleh digunakan untuk rabun dekat. Rawatan pembedahan ini membetulkan rabun dekat dengan membentuk semula lekuk kornea anda. Ia termasuk:

  • Laser-assisted in-situ keratomileusis (LASIK).
  • Laser-assisted subepitheial keratectomy (LASEK).
  • Photorefractive keratectomy (PRK).
  • Conductive keratoplaty (CK).

Antara komplikasi yang mungkin berlaku selepas pembedahan refraktif termasuk:

  • Terlebih atau terkurang membetulkan masalah asal anda;
  • Kesan sampingan penglihatan seperti halo atau garis-garis;
  • Mata kering;
  • Jangkitan;
  • Hilang penglihatan (jarang berlaku).

Bincang risiko dan manfaat prosedur ini dengan doktor mata anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Rabun Dekat?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi rabun dekat:

  • Dapatkan pemeriksaan mata. Tanpa mengira sebaik mana penglihatan anda, dapatkan pemeriksaan mata secara berkala.
  • Kawal sakit kronik. Keadaan tertentu seperti diabetes dan tekanan darah tinggi boleh mengesani penglihatan anda atau anda jika tidak menerima rawatan yang betul.
  • Kenal pasti simptom-simptomnya. Hilang penglihatan secara mengejut di satu mata, penglihatan menjadi samar-samar dan kabur secara tiba-tiba, cahaya berkelip, tompok hitam atau halo atau pelangi di sekeliling cahaya mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang serius. Dapatkan rawatan peruabatan serta merta jika anda mengalami mana-mana tanda atau simptom ini.
  • Lindungi mata anda dari matahari pakai cermin mata hitam yang menghalang radiasi ultraviolet (UV). Ini khususnya penting jika anda menghabiskan masa yang lama di bawah matahari atau mengambil ubat preskripsi yang meningkatkan sensitiviti anda teradap radiasi UV.
  • Makan makanan yang sihat. Kekalkan diet yang sihat yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang mengandungi makanan ini diperlukan bagi mengekalkan kesihatan retina dan berkemungkinan melambatkan kemajuan degenerasi makula. Makan makanan berwarna hijau gelap dan buah dan sayur berwarna cerah seperti bayam, kobis, lobak merah, ubi kentang dan tembikai susu.
  • Jangan merokok. Ia boleh merosakkan mata kesihatan mata anda. Merokok adalah salah satu dari risiko boleh dicegah yang paling penting bagi mengahalang degenerasi makula.
  • Gunakan cermin mata yang betul. Cermin mata yang betul mengoptimumkan penglihatan anda. Pemeriksaan secara berkala akan memastikan preskripsi cermin mata ada betul.
  • Gunakan cahaya yang mencukupi. Membuka lampu boleh meningkatkan kontras dan membantu anda melihat dengan lebih baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Rujukan