Tetapi tangisan ini hampir keseluruhan kandungannya adalah air, ia tidak bertindak sama seperti air mata yang normal. Ia hanya berfungsi untuk menghilang kekeringan dan menyingkirkan kotoran, tetapi tidak berfungsi untuk melapisi dan melindungi permukaan mata.
Apakah punca mata kering?
Ada masanya, berlaku kekurangan keseimbangan dalam sistem aliran air mata. Atau keadaan sekeliling, seperti penghawa dingin, pemanas suhu, atau benda lain di sekitar anda yang turut boleh mengeringkan air mata.
Penghasilan air mata yang tidak mencukupi ini dipanggil sebagai keratoconjunctivitis sicca. Punca umum yang menyebabkan berlakunya keadaan ini, termasuk:
- Proses penuaan semula jadi, terutamanya menopaus
- Kesan sampingan ubatan seperti antihistamin
- Keadaan kesihatan yang menjejaskan keupayaan mata untuk menghasilkan air mata, seperti sindrom Sjogren, arthritis rheumatiod, kencing manis, kekurangan vitamin A dan penyakit vaskular kolagen
- Keadaan mata yang tidak membenarkan kelopak mata menutup dengan cara yang sepatutnya
- Pembedahan mata secara laser, tetapi simptom mata kering disebabkan prosedur ini hanya bersifat sementara
- Kerosakan kelenjar air mata disebabkan keradangan atau radiasi
Walaupun bagi sesetengah individu, mata kering berpunca kerana pengeluaran air mata yang tidak mencukupi, namun, terdapat juga sesetengah individu, mata kering menyebabkan mereka berdepan dengan peningkatan dan ketidakseimbangan air mata.
Punca umum yang menyebabkan berlakunya keadaan ini, termasuk:
- Angin, asap, udara kering
- Mata kurang berkedip, cenderung berlaku apabila anda fokus kepada sesuatu, seperti membaca, memandu atau menghadap komputer
- Masalah pada kelopak mata, kelopak mata ke luar (out-turning of the lids, ectropion) atau kelopak mata ke dalam (in-turning of the lids, entropion)
Ketidakseimbangan dalam komposisi air mata juga, seperti kelenjar pada kelopak mata tersumbat, juga boleh menyebabkan berlakunya mata kering.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen