backup og meta

Bahaya Ke Orang Rabun Pakai Cermin Mata Dan Kanta Lekap Serentak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/07/2022

    Bahaya Ke Orang Rabun Pakai Cermin Mata Dan Kanta Lekap Serentak?

    Mungkin ada individu yang buat tapi tidak tahu sama ada boleh atau tidak pakai kanta lekap dengan cermin mata rabun secara serentak.

    Meskipun kedua-duanya mempunyai keupayaan yang sama yakni memperbaiki keupayaan mata untuk melihat, bolehkah ia dipakai secara serentak?

    Untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanyakan ini, jom sama-sama kita semua teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Apa fungsi kanta lekap & cermin mata rabun?

    Tidak semua individu mempunyai tahap penglihatan yang baik ekoran wujudnya masalah pada mata seperti kebutaan dan kerabunan.

    Malangnya, kondisi buta itu tidak mungkin dapat dipulihkan dengan kaedah perubatan namun itu bukan halnya dengan kondisi rabun (myopic).

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kaedah perubatan untuk memperbaiki penglihatan jika individu ada masalah mata ini.

    Antara cara yang paling mudah dan selamat untuk digunakan oleh penderita adalah dengan memakai kanta lekap ataupun cermin mata rabun.

    Kanta lekap

    Ia merupakan sejenis alat yang mempunyai keupayaan pembetulan penglihatan dan diletakkan atau dilekatkan pada kawasan kornea mata.

    Alat ini akan berupaya memperbaiki masalah rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau, sesuai dengan jenis dan kuasa yang diperlukan.

    Namun ada juga individu bukan rabun yang menggunakannya untuk tujuan kosmetik kerana ia mempunyai pelbagai warna yang menarik.

    Cermin mata

    cermin mata rabun

    Ia merupakan alat yang mempunyai keupayaan pembetulan penglihatan dan diletakkan di hadapan mata dengan batang penyangkut di telinga.

    Alat ini juga berupaya memperbaiki masalah rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau, sesuai dengan jenis dan kuasa yang diperlukan.

    Dalam pada itu juga, versi cermin mata gelap atau hitam sering digunakan apabila individu berada di luar rumah ketika cuaca terlalu panas.

    Ada juga individu yang menggunakannya secara serentak. Jadi, adakah ia berbahaya?

    Bolehkah kedua-duanya dipakai secara serentak?

    cermin mata rabun

    Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kanta lekap dan cermin mata akan mempunyai fungsi spesifik dalam usaha memperbaiki penglihatan.

    Sebagai contoh, satu set kanta lekap atau cermin mata itu mungkin hanya boleh memperbetulkan masalah rabun jauh atau rabun dekat sahaja.

    Disebabkan itu, mereka yang mempunyai lebih daripada satu masalah penglihatan cenderung memilih untuk memakai lebih satu alat bantu penglihatan.

    Ada individu yang mempunyai pelbagai set cermin mata atau kanta mata yang perlu ditukar ganti bergantung kepada keperluan penggunaannya.

    Namun ada juga individu yang terus sahaja menggunakan kanta lekap dan cermin mata rabun ini secara serentak dan ia mungkin tidak pelik.

    Ini kerana mungkin tidak wujud sebarang masalah jika kedua-duanya digunakan secara serentak!

    Baca juga:

    Adakah berbahaya jika ia terus dilakukan?

    Penggunaan kedua-duanya secara serentak adalah mungkin boleh dan perlu dilakukan untuk memperbetulkan lebih daripada satu masalah penglihatan.

    Misalnya, kanta lekap yang digunakan boleh memperbaiki masalah rabun jauh manakala cermin mata boleh memperbaiki masalah rabun dekat.

    Dengan teknik ini, maka kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan dalam masa yang sama!

    Dalam pada itu, teknik ini juga mungkin disarankan oleh pakar mata buat mereka yang mempunyai masalah presbyopia dan astigmatism.

    Pun begitu, adalah sangat disarankan untuk anda berjumpa dan berbincang dengan doktor oftalmologi sebelum memutuskan untuk menggunakan kedua-duanya.

    Apa cara lain untuk mengelakkan pemakaian cermin mata rabun?

    cermin mata rabun

    Umum mengetahui bahawa pemakaian kanta lekap ataupun cermin mata adalah jalan termudah dan tercepat untuk menyelesaikan masalah mata.

    Pun begitu, ia adalah kaedah yang memerlukan kita untuk bergantung kepada sesuatu bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

    Disebabkan itu, tidak kurang juga individu dengan masalah penglihatan cuba untuk mencari alternatif yang boleh berfungsi untuk jangka masa panjang.

    Sebenarnya, memang wujud beberapa cara lain untuk memperbaiki masalah mata dan antaranya adalah pembedahan laser.

    Tidak dinafikan bahawa ia agak berisiko dan berkos tinggi, namun ia ternyata adalah pilihan yang berbaloi untuk anda cuba.

    Konklusi

    Kesimpulannya, adalah tidak menjadi masalah untuk mereka yang bermasalah mata ini memakai kanta lekap dan cermin mata rabun secara serentak.

    Pun begitu, kami sangat menyarankan untuk anda berjumpa dan berbincang dengan pakar mata terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan