backup og meta

Mata Juling VS Mata Malas: Benarkah Hanya Kanak-kanak Yang Berisiko Alaminya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2022

    Mata Juling VS Mata Malas: Benarkah Hanya Kanak-kanak Yang Berisiko Alaminya?

    Masih ada individu yang terkeliru atau tertukar di antara kondisi yang dikenali sebagai mata juling dengan mata malas.

    Kenyataannya, kedua-dua keadaan kesihatan ini adalah berbeza sama sekali meskipun ia berlaku pada organ mata juga.

    Untuk mengetahui apa beza simptom, punca dan risiko mata juling dengan mata malas, teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Definisi mata juling & mata malas

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi penyakit mata ini terlebih dahulu.

    Sesuai dengan namanya, kedua-dua keadaan kesihatan ini boleh berlaku pada mata serta akan menjejaskan penglihatan penderitanya.

    Mata juling

    Turut dikenali sebagai Strabismus, ia merupakan kondisi di mana kedua-dua belah mata tidak melihat pada arah yang sama.

    Untuk lebih faham, ia akan menyebabkan sebelah mata menunjuk ke sebelah lain manakala sebelah lagi menunjuk ke sebelah lain.

    Contohnya, mata kanan sedang menunjuk ke atas tetapi mata kiri pula menunjuk ke bawah.

    Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita akan fokus kepada 2 imej yang berbeza.

    Mata malas

    Juga dikenali sebagai Amblyopia, ia merupakan kondisi di mana otak anda mengutamakan satu mata dan mengabaikan mata lain.

    Ia berlaku disebabkan wujud satu mata yang ‘lemah’ dan ‘malas’ sekali gus menyebabkan otak tidak menganggapnya berfungsi dengan normal.

    Akibatnya, ia akan membuat sebelah mata itu terlihat berbeza dan seakan terapung sahaja.

    Bukan sahaja kondisi ini akan menjejaskan penampilan malah penglihatan kerana mata penderita terpaksa bergantung kepada 1 belah sahaja.

    Simptom mata juling dan mata malas

    Berikut adalah simptom-simptom kondisi Strabismus & Amblyopia:

    Mata juling

  • Posisi anak mata yang berbeza
  • Penglihatan terjejas
  • Penglihatan berganda
  • Penurunan persepsi kedalaman imej
  • Sering sakit mata
  • Kerap pening kepala
  • Mata malas

    • Satu mata terlihat berbeza
    • Satu mata seakan terapung
    • Penglihatan terjejas
    • Penglihatan berganda
    • Penurunan persepsi kedalaman imej
    • Cenderung terlanggar objek

    Baca juga:

    Punca kondisi ini berlaku?

    Berikut pula adalah punca-punca kondisi Strabismus & Amblyopia:

    Mata juling

    Kondisi mata ini berlaku akibat kerosakan saraf mata ataupun otot mata tidak mampu untuk bekerjasama dalam satu pasukan.

    Wujud beberapa faktor risiko lain yang boleh menjadi dalang termasuklah:

    Mata malas

    penyakit mata

    Kondisi mata ini berlaku akibat masalah perkembangan pada otak yang menyebabkan saraf ke mata tidak berfungsi dengan baik.

    Ada beberapa faktor risiko lain yang mungkin menjadi dalang termasuklah:

    • Genetik
    • Golongan kanak-kanak
    • Kecederaan pada sebelah mata
    • Kekerapan guna sebelah mata
    • Kekurangan ambil vitamin A
    • Kerabunan
    • Glaukoma

    Persoalannya, apakah risiko penyakit ini pada mata penderita? Adakah benar ia banyak terjadi kepada golongan kanak-kanak?

    Risiko penyakit ini pada mata anda

    Untuk pengetahuan anda, kedua-dua jenis penyakit mata ini memang benar banyak berlaku kepada golongan kanak-kanak mahupun bayi atau remaja.

    Namun itu bukanlah bermakna orang dewasa tidak berisiko terutamanya buat mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan penyakit sama.

    Sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera, ada kemungkinan besar bahawa kondisi ini akan kekal sehingga anda tua kelak.

    Ada juga risiko di mana akan berlaku pelbagai lagi masalah pada aspek penampilan serta penglihatan seperti kerabunan dan kebutaan.

    Bolehkah kedua-duanya dirawat?

    mata malas

    Sebenarnya, cara untuk merawat 2 kondisi mata yang berbeza ini adalah hampir serupa sahaja. Ia adalah seperti berikut:

    #1. Penggunaan cermin mata/kanta lekap

    Sekiranya masalah mata juling atau mata malas anda itu adalah didalangi oleh kerabunan, maka cermin mata atau kanta lekap mungkin boleh membantu.

    #2. Penyuntikan steroid

    Kondisi strabismus yang disebabkan oleh kemerosotan otot mata mungkin boleh diselesaikan dengan menyuntik steroid ke dalam otot yang bermasalah.

    #3. Penggunaan eye patch

    Kondisi amblyopia mungkin boleh dirawat dengan cara mengenakan eye patch ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.

    pening kesan memakai cermin mata

    #4. Penggunaan eye drop

    Kondisi amblyopia juga boleh dirawat dengan cara mengenakan eye drop ini pada mata yang dominan untuk melatih penggunaan mata yang lemah.

    #5. Pembedahan mata

    Sekiranya sudah tiada pilihan lain lagi, maka penderita mungkin terpaksa menjalani pembedahan mata bersama pakar untuk memperbaiki dan membetulkan kondisi mata juling atau mata malas.

    Sebaik-baiknya, sila dapatkan konsultasi daripada doktor bagi mengenal pasti masalah mata anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan