Masalah mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Masalah mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap.
Namun begitu, ada juga cara penyelesaian yang lain seperti rawatan surgeri laser seperti LASIK atau PRK yang memang akan membuahkan hasil tetapi memakan kos yang sangat tinggi.
Disebabkan itu, anda mesti tertanya-tanya adakah terdapat petua merawat rabun mata dengan sendiri di rumah? Jawapannya, ya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.
Paling penting, pelihara mata anda melalui pemakanan. Ini kerana, mata memerlukan beberapa nutrien tertentu untuk berfungsi sepenuhnya.
Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin.
Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata dan elak mata rabun:
Selain pemakanan untuk elak mata menjadi rabun, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal.
Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:
Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.
Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan.
Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen