Hindari dari memakai kanta yang rosak atau mengalami koyakan. Keadaan ini boleh mendatangkan kerengsaan kepada mata anda. Sebaiknya jika kanta anda sudah rosak, gantikan dengan yang baru.

Mata Berasa Kering?
Kebanyakan individu yang memakai kanta sentuh akan berasa mata mereka menjadi lebih kering di sekitar penyaman udara, asap, habuk atau jika mereka menghabiskan tempoh masa yang panjang menggunakan komputer. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu jika anda juga memakai kanta sentuh.
- Menggunakan titisan pembasahan semula (rewetting) yang disyorkan oleh pengamal penjagaan mata untuk menjaga mata anda terhidrat. Jangan gunakan titisan mata yang tidak dikhaskan untuk kanta sentuh.
- Minum banyak air untuk memastikan bahawa tubuh anda juga terhidrat.
- Kerap berkelip, untuk kekal sebagai lapisan kelembapan pada mata anda, terutamanya apabila bekerja dengan skrin komputer atau menonton televisyen.
- Pilih untuk memakai kanta sentuh yang direka untuk mengekalkan kelembapan.
Tempoh Masa Pemakaian Kanta Lekap
Setiap kanta mempunyai tempoh pemakaian tertentu yang telah ditetapkan dan semua individu yang menggunakannya amat disarankan untuk mematuhi tempoh masa penggunaannya. Anda boleh merujuk kepada kotak kanta sentuh sebelum memakainya.
Umumnya, kanta sentuh jenis lembut boleh dipakai sehingga tempoh 8 hingga 12 jam sehari. Terdapat dua jenis tempoh pemakaian kanta bagi jenis ini, iaitu:
- Daily wear contact lenses. Kanta jenis ini biasanya dipakai pada waktu pagi dan ditanggalkan pada waktu malam. Ia merupakan jenis kanta yang paling banyak di jual di pasaran dan bertahan sehingga satu tahun. Ia wajib ditanggalkan sebelum tidur walaupun sekejap.
- Extended wear soft contact lens. Kanta ini diperbuat daripada silikon lembut berkelembapan tinggi. Sifat ini benarkan kanta lekap jenis ini dipakai lebih 14 jam. Kanta ini juga boleh dipakai berterusan beberapa hari. Hanya perlu dibuka sekali dalam satu minggu untuk rehatkan mata.
Manakala kanta jenis RGP boleh dipakai sehingga tempoh 16 jam sehari. Tetapi harus diingatkan tidak semua mata individu boleh memakai kanta sehingga waktu maksimum. Jadi harus berhati-hati
Sekiranya anda mendapati mata menjadi merah selepas tempoh masa tertentu, tanggalkan kanta sentuh. Kemungkinan, ia adalah had tempoh masa yang boleh diterima mata anda untuk memakai kanta.
Adalah penting untuk merehatkan mata daripada memakai kanta sentuh sehari dalam seminggu. Sebaiknya pastikan cermin mata anda sentiasa berada dengan anda untuk kegunaan ketikan keadaan kecemasan. Ini bagi pastikan kesihatan kornea terjamin.
Masalah berkaitan mata akan berlaku apabila kornea pada mata tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Kornea akan menjadi lemah dan bakteria akan mudah menembusi mata. Ia sekali gus meningkatkan risiko jangkitan. Komplikasi lain yang boleh berlaku adalah seperti parut, kornea jadi legap, tumbuhnya salur darah baru dan ulser kornea. Untuk sesetengah kes yang serius dan kronik, boleh menyebabkan mata menjadi buta secara kekal.
Cegah Jangkitan
Hampir semua individu boleh memakai kanta lekap tetapi dalam beberapa kes, anda disyorkan untuk tidak menggunakannya. Keadaan ini termasuklah jika anda:
- Mempunyai jangkitan
- Mempunyai tindak balas alahan yang teruk
- Memiliki spesifik tentang masalah penglihatan
- Terdedah kepada habuk atau asap
Anda perlu mengetahui risiko mengguna dan memakai kanta sentuh. Apabila objek asing berada pada mata anda, ia boleh menyebabkan mata anda cedera atau dijangkiti. Itulah sebabnya anda mesti mengikuti arahan doktor mata anda untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga kanta sentuh anda. Sekiranya anda mengalami masalah termasuk ketidakselesaan mata, rasa sakit, kemerahan, mata berair, perubahan penglihatan, dan lain-lain, dapatkan ujian doktor anda secepat mungkin.
Risiko Bahaya
Tidak dinafikan terdapat sesetengah individu yang mengambil mudah aspek pemakaian kanta lekap ini sehingga berani memakainya ketika tidur. Tahukah anda terdapat beberapa risiko bahaya yang menanti jika anda tegar tidur dengan memakai kanta sentuh? Berikut adalah beberapa masalah kesihatan berkaitan mata yang berisiko untuk berlaku:
1. Mata merah (konjuktivitis)
Mata merah atau konjuktivitis adalah salah satu masalah mata yang paling sering dialami oleh pemakai kanta lekap. Ini disebabkan pemakaian kanta lekap dapat merangsang bakteria masuk hingga menyebabkan jangkitan pada konjuktiva mata (lapisan nipis di atas bahagian putih mata).

Doktor biasanya akan memberikan ubat titis mata yang mengandungi antibiotik untuk mengurangkan simptomya. Anda mungkin juga disarankan untuk berhenti memakai kanta lekap untuk sementara waktu, setidaknya sehingga jangkitan mata berkurang.
2. Mata jadi sensitif
Kornea mata memerlukan oksigen untuk menjaga kelembapan dan mencegah jangkitan pada mata. Namun, tabiat tidur memakai kanta lekap semalaman boleh menghalang oksigen menuju kornea mata dan membuatnya jadi sensitif, seperti yang disampaikan oleh Dr. Rebecca Taylor, M.D, seorang doktor mata sekaligus jurucakap American Academy of Ophthalmology (AAO), kepada Huffington Post.
Akibatnya, keadaan ini dapat menggalakkan pertumbuhan saluran darah baru di kornea dan menyebabkan keradangan. Kesan buruknya, anda mungkin tidak boleh lagi memakai kanta lekap meskipun masalah ini sudah diubati dan pulih.
3. Mata merah akut
Mereka yang mempunyai kebiasaan tidur memakai kanta lekap boleh mengalami CLARE atau Contact Lens Acute Red Eye. CLARE adalah jangkitan mata merah akut akibat pengeluaran racun oleh bakteria pada mata. Hal ini mengakibatkan sakit mata, mata merah, dan sensitif dengan cahaya.
4. Ulser atau luka pada mata
Gesekan antara kanta lekap dengan permukaan mata boleh melukakan mata dan membuatnya mudah terkena jangkitan bakteria atau parasit. Kemasukan bakteria acanthamoeba, contohnya, boleh menyebabkan ulser atau luka terbuka pada lapisan kornea.
Jika tidak segera diubati, hal ini boleh meningkatkan risiko kebutaan kekal, bahkan sehingga memerlukan pembedahan pemindahan kornea untuk merawatnya.
Simptom awal luka pada mata meliputi mata merah, pandangan kabur, dan sakit mata. Jika anda mengalaminya, segera menemui doktor mata terdekat untuk mencegahnya semakin parah.
5. Benjolan pada mata
Giant papillary conjunctivities (GPC) adalah kondisi yang biasa ditemukan pada orang yang memiliki kebiasaan tidur memakai kanta lekap. Hal ini ditemui dengan munculnya benjolan dalam kelopak mata bagian atas dan membuat anda tidak lagi boleh memakai kanta lekap.
Jika tertidur memakai kanta lekap
Langkah pertama yang harus anda lakukan sewaktu tertidur memakai kanta lekap adalah menanggalkannya secepat mungkin. Setelah itu, sebaiknya elakkan menggunakan kanta lekap pada hari berikutnya dan ganti dengan kaca mata untuk menenangkan kornea mata anda.
Biarkan mata anda “bernafas” dan melembapkan dirinya terlebih dahulu untuk meredakan jangkitan yang mungkin terjadi. Anda juga boleh menggunakan ubat titis mata untuk membantu melembapkan mata anda yang meradang.
Yang lebih penting lagi, jangan lupa menjalani periksakan mata anda secara rutin dengan doktor mata terdekat. Doktor mungkin akan menyarankan jenis kanta lekap lain yang sesuai untuk kesihatan mata anda.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen