Apa itu Leukemia Akut?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Leukemia Akut?

Leukemia ialah kanser tisu yang menghasilkan darah dalam badan, termasuklah tulang sumsum dan sistem limfatik. Apabila anda menghidap leukemia secara am dan leukemia akut secara khusus, tulang sumsum akan mula untuk menghasilkan banyak sel darah putih yang tidak normal, dipanggil sebagai sel leukemia. Ia tidak berfungsi seperti sel darah putih yang normal. Ia membesar dengan cepat berbanding dengan sel normal, dan ia tidak berhenti membesar walaupun pada masa yang sepatutnya.

Terdapat beberapa perbezaan jenis leukemia. Secara amnya, leukemia dikelaskan dengan melihat kadar ia menjadi semakin teruk dan jenis sel darah putih yang terjejas.

  • Ia boleh dikelaskan sebagai akut atau kronik. Leukeia akut menjadi semakin teruk dengan cepat dan menyebabkan anda berasa sakit secara terus. Leukemia kronik pula menjadi teruk secara perlahan-lahan dan tidak menunjukkan simptom untuk beberapa tahun.
  • Ia boleh juga dikelaskan sebagai lymphocytic atau myelogenous. Leukemia lymphocytic (atau lymphoblastic) menjejaskan sel darah putih dipanggil sel lymphocyte. Leukemia myelogenous pula menjejaskan sel jenis lain yang secara normalnya menjadi  granulocytes, sel darah merah atau platelet.

Terdapat empat jenis leukemia utama, iaitu:

  • Acute lymphoblastic leukemia ( ALL): Acute lymphocytic leukemia (ALL) berlaku biasanya dalam kalangan kanak-kanak.
  • Acute myelogenous leukemia ( AML): ini adalah jenis yang paling lazim berlaku.
  • Chronic lymphocytic leukemia (CLL)
  • Chronic myelogenous leukemia (CML)

Apakah kebarangkalian Leukemia Akut?

Acute myelogenous leukemia (AML) boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Institut Kanser Negara (NCI), hampit 21,000 kes AML baru didiagnos secara tahunan di Amerika Syarikat.

Hampir 6,000 kes acute lymphocytic leukemia (ALL) terbaru didiagnos secara tahunan.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Leukemia Akut?

Simptom yang paling lazim ialah:

  • Peluh berlebihan, teruatama pada waktu malam (dipanggil “peluh malam”)
  • Lemah dan penat yang tidak hilang dengan rehat
  • Hilang berat badan tanpa niat
  • Sakit tulang dan berasa pedih
  • Kelenjar limfa tidak sakit, bengkak (terutama dibahagian leher dan bawah lengan)
  • Hati atau limpa membesar
  • Bintik merah pada kulit dipanggil petechiae
  • Mudah berdarah atau lebam
  • Demam atau menggigil
  • Kerap mendapat jangkitan

Leukemia boleh menyebabkan simptom pada organ yang telah terjejas dengan sel kansernya. Sebagai contoh, jika kanser merebak ke sistem saraf utama, ia akan menyebabkan sakit kepala, laya dan muntah, keliru, hilang kawalan otot dan sawan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Simptom leukemia akut biasanya tidak jelas dan tidak spesisfik. Anda mungkin tidak dapat mengesan simptom awal leukemia kerana simptomnya seperti selsema atau penyakit biasa yang lain.

Jika anda mengalami mana-mana dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Leukemia Akut?

Pakar tidak mengetahui punca leukemia akut. Tetapi, secara amnya, leukemia akut dikatakan berlaku apabila beberapa sel darah mengalami mutasi pada DNA- arahan didalam setiap sel untuk membimbing fungsinya. Terdapat perubahan lain dalam sel yang masih belum difahami boleh menyumbang kepada leukemia.

Beberapa ketaknormalan menyebabkan sel untuk membesar dan terbahagi dengan cepatnya dan hidup secara berterusan manakala sel normal akan mati. Kemuadian, sel tidak normal ini akan berkumpul bersama sel darah normal di dalam tulang sumsum, dan menyebabkan sel darah putih, sel darah merah dan platelet yang sihat menjadi semakin berkurang menyebabkan munculnya tanda-tanda dan simptom leukemia.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Leukemia Akut?

Faktor risiko untuk keadaan ini ialah:

  • Terdedah kepada radiasi paras tinggi
  • Kimoterapi atau radiasi yang digunakan untuk kanser sebelumnya
  • Keadaan disebabkan kromosom tidak normal seperti sindrom Down
  • Sejarah keluarga anda. Dalam kes tertentu, CLL mungkin dihidapi dalam ahli keluarga.
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene dan formaldehyde
  • Individu pertengahan umur atau lebih tua, lelaki dan berkulit putih
  • Mempunyai perubahan gene (mutasi) dipanggil kromosom Philadelphia.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Leukemia Akut didiagnosis?

Anda perlu menjalani pemeriksaan diagnostik berikut:

  • Pemeriksaan fizikal. Doktor akan mencari tanda-tanda fizikal leukemia seperti kulit pucat akibat anemia, bengkak pada kelenjar limfa dan hati serta limpa membesar.
  • Ujian darah. Dengan mengambil sampel darah, doktor anda akan menentukan jika anda mempunyai paras sel darah putih atau platelet yang tidak normal- berkemungkinan menghidap leukemia.
  • Ujian tulang sumsum. Doktor akan mencadangkan prosedur untuk mengambil sampel tulang sumsum daripada tulang pinggul anda. Sampel ini diambil menggunakan jarum panjang dan halus. Sampel ini kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk mengesan sel leukemia.

Anda mungkin perlu menjalani ujian tambahan untuk memastikan diagnosis dan menetukan jenis leukemia serta lanjutannya dalam badan anda. Sesetengah jenis leukemia dikelaskan kepada tahap, menunjukkan kekerasan penyakit ini. Tahap leukemia anda membantu doktor menentukan plan rawatan untuk anda.

Bagaimana pesakit Leukemia Akut dirawat?

Rawatan lazim yang digunakan untuk melawan leukemia ialah:

  • Kimoterapi: Kimoterapi ialah rawatan utama untuk leukemia. Rawatan ubat ini menggunakan bahan kima untuk membunuh sel leukemia.
  • Terapi biologi: Terapi biologi berfungsi dengan menggunakan rawatan untuk membantu sistem imuniti anda mengesan dan menyerang sel leukemia.
  • Terapi target: Terapi target menggunakan ubat yang menyerang benda khusus yang mudah dicederakan dalam sel kanser anda.
  • Terapi radiasi: Terapi radiasi menggunakan X-ray atau sinaran tenaga tinggi untuk memusnahkan sel leukemia dan menghentikan tumbesarannya. Semasa terapi ini, anda akan berbaring di atas meja sementara sebuah mesin besar bergerak disekeliling anda. Anda juga mungkin menerima radiasi pada satu bahagian khusus di mana terdapat perkumpulan sel leukemia, atau menerima radiasi pada keseluruhan badan anda. Terapi radiasi mungkin digunakan untuk bersedia bagi transplan sel stem.
  • Transplan sel stem: Transplan sel stem adalah prosedur untuk menggantikan tulang sumsum berpenyakit dengan tulang sumsum yang sihat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Leukemia Akut?

Mengekalkan gaya hidup yang sihat, terutamanya jika anda mempunyai risiko tinggi, adalah sangat penting. Ini termasuklah:

  • Elakkan radiasi berdos tinggi atau pakai pakaian keselamatan untuk mengurangkan risiko.
  • Elakkan terdedah kepada bahan kima benzene
  • Berhenti menggunakan tembakau.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.