Keseimbangan kalori keluar dan masuk

Pada tahun 1958, pengkaji Max Wishnofsky telah mencipta satu algoritma bagi memudahkan penjangkaan penurunan berat badan.
Menurutnya, 1 paun lemak badan bersamaan dengan 3,500 kalori dan jika anda mengambil 500 kalori kurang daripada keperluan badan harian, anda akan mengalami penurunan berat badan sebanyak 1 paun seminggu.
Namun, pengkaji pada masa kini merasakan algoritma ini terlalu mudah. Tubuh badan manusia bukanlah satu sistem yang statik.
Ia merupakan sistem yang dinamik dan penggunaan kalori boleh berubah mengikut keperluan semasa.
Sebagai contoh, selepas melakukan aktiviti senaman, sesetengah individu mengalami kelembapan reaksi, menjurus kepada penggunaan tenaga yang sedikit pada aktiviti yang tidak melibatkan senaman.
Mereka terdorong untuk menggunakan lif, tidur selepas aktiviti senaman dan melakukan aktiviti yang tidak melibatkan banyak pergerakan disebabkan oleh keletihan.
Fenomena ini dipanggil sebagai compensatory behaviours. Ia bagi mengimbangi penggunaan kalori harian.
Akibatnya, pengurangan kalori yang dianggap 500 sehari sebenarnya lebih kurang daripada itu. Skala pemberat anda tidak akan menunjukkan perubahan yang ketara.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang bersenam kebiasaannya akan mengambil kalori lebih banyak daripada jumlah yang biasa mereka ambil.
Ini berikutan kurang kesedaran berkenaan dengan kalori makanan yang diambil atau membuat anggaran berlebihan berkenaan dengan jumlah kalori yang digunakan semasa bersenam.
Bayangkan, sepotong piza, boleh membuatkan senaman selama 1 jam sia-sia, begitu juga dengan minuman kopi mocha dan kon aiskrim.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen