Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Leukemia ialah kanser sel darah putih. Dalam leukemia, sumsum tulang (tisu lembut di tengah-tengah tulang) menghasilkan terlalu banyak sel darah putih. Sel darah terbentuk dan berkembang di dalam sumsum dan kemudian bergerak ke dalam aliran darah. Leukemia boleh menjejaskan sel darah putih, sel darah merah dan platelet.
Jenis leukemia bergantung kepada jenis sel darah yang menjadi kanser. Terdapat empat jenis leukemia:
Istilah “kronik” bermakna bahawa leukemia mieloid kronik cenderung untuk berkembang lebih perlahan daripada bentuk akut. CML menyebabkan sumsum tulang menghasilkan terlalu banyak sel darah putih yang tidak normal.. Sel-sel ini tidak berfungsi dengan baik, tidak boleh melawan jangkitan dan tidak akan mati. Selain itu, sel-sel kanser boleh menjejaskan sel-sel sihat, merosakkan keupayaan mereka untuk melaksanakan fungsi dengan baik.
Leukemia mieloid berlaku terhadap sel yang biasanya menghasilkan beberapa jenis sel darah putih seperti neutrofil, basophil, eosinofil dan monosit.
CML berlaku kepada sesiapa pun tanpa mengira usia, namun kebiasaannya terhadap mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Penyakit ini jarang ditemui dalam kanak-kanak. Kira-kira 20% daripada kes leukemia dewasa adalah leukemia mieloid kronik. CML tidak boleh dicegah dan biasanya tidak diwarisi daripada ibu bapa kepada anak.
CML kadangkala tidak menyebabkan sebarang simptom tetapi simptom yang mungkin berlaku ialah:
Anemia (kiraan sel darah merah rendah) dan trombocitopenia (kiraan platelet rendah) berlaku kemudian. Pesakit CML tahap teruk mungkin mengalami sakit kepala yang teruk atau sesak nafas (bilangan mieoblast tersekat dalam paru-paru dan otak tinggi).
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor jika anda mempunyai sebarang simptom berikut:
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda.
Puncanya tidak diketahui, tetapi benzena dan dos radiasi yang tinggi mungkin mempunyai kaitan. Sel-sel CML juga mengandungi keabnormalan kromosom (kromosom Philadelphia, yang ditemui dalam lebih daripada 95% pesakit CML). “kromosom Philadelphia” adalah keadaan di mana sebahagian daripada DNA dari satu kromosom bergerak ke kromosom lain. Keabnormalan ini menyebabkan sumsum tulang menghasilkan enzim yang dipanggil tyrosine kinase, yang menyebabkan pengeluaran sel-sel darah putih berlebihan.
Terdapat banyak faktor risiko leukemia mieloid kronik, seperti:
CML tidak diwarisi dalam keluarga.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dilakukan berdasarkan ujian darah dan sumsum tulang yang menunjukkan kiraan sel darah putih yang tinggi, kiraan platelet yang tinggi, dan kromosom Philadelphia dalam sel sumsum. Untuk biopsi sumsum tulang, jarum berongga yang panjang dimasukkan ke dalam tulang untuk mengeluarkan sampel sumsum untuk diteliti dengan mikroskop.
Pakar hematologi (pakar dalam penyakit darah) atau pakar onkologi (pakar kanser) bertanggungjawab terhadap pesakit CML. Rawatan biasa terdiri daripada ubat-ubatan atau pemindahan sumsum tulang (penggantian sumsum berpenyakit).
Rawatan ubat terbaik adalah imatinib (Gleevec). Dalam pemindahan sumsum, sumsum tulang tidak normal digantikan dengan sumsum sihat atau dirawat dengan ubat-ubatan. Penderma sumsum biasanya ialah saudara terdekat (abang, kakak) atau sukarelawan dengan sumsum yang padan. Terdapat banyak kesan sampingan pemindahan atau komplikasi termasuklah keguguran rambut dan sakit mulut, jangkitan, dan penyakit cantuman lawan perumah (graft versus host disease) yang mengancam nyawa.
Bergantung kepada keadaan anda, doktor juga boleh mencadangkan kemoterapi atau terapi biologi untuk merawat CML. Rawatan ini biasanya diberikan sebagai tablet diambil melalui mulut, yang boleh mengurangkan pertumbuhan sel-sel leukemia.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani leukemia mieloid kronik:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen