Demam denggi boleh berlaku dalam dua keadaan, sama ada demam denggi yang ringan atau yang lebih teruk. Tahukah anda, apakah tanda tanda demam denggi yang teruk? Berikut kami senaraikan beberapa simptom denggi yang teruk untuk perhatian anda.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Demam denggi boleh berlaku dalam dua keadaan, sama ada demam denggi yang ringan atau yang lebih teruk. Tahukah anda, apakah tanda tanda demam denggi yang teruk? Berikut kami senaraikan beberapa simptom denggi yang teruk untuk perhatian anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.
Walaupun kes jangkitan COVID-19 sudah mula semakin reda dan terkawal, berlainan pula dengan kes-kes demam denggi.
Malaysia kini mula mencatatkan peningkatan kes-kes jangkitan demam denggi di seluruh negeri.
Di Kedah, kes demam denggi telah meningkat sehingga 143.8% dalam tempoh enam bulan pertama 2022, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.
Malah, satu kematian telah direkodkan di Kedah akibat jangkitan demam denggi pada tahun ini.
Begitu juga di Selangor, peningkatan kes jangkitan denggi telah berlaku sebanyak 87.2% dalam tempoh lima bulan pertama 2022, berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Walaupun tiada kes kematian direkodkan di Selangor setakat ini, namun pesakit demam denggi yang teruk berisiko tinggi untuk maut jika tidak mendapat rawatan yang pantas.
Anda pasti ingin tahu mengenai tanda tanda demam denggi.
Sebelum mengetahui berkenaan tanda demam denggi, adalah lebih baik untuk anda ambil tahu mengenai cara jangkitan denggi terlebih dahulu.
Demam denggi boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan empat jenis virus denggi.
Anda tidak akan mendapat jangkitan denggi daripada individu yang telah dijangkiti. Ini kerana demam denggi hanya boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes.
Terdapat dua jenis nyamuk yang sering menyebarkan virus denggi ini, dan kedua-dua jenis nyamuk ini sering berada di sekitar tempat kediaman manusia.
Sekiranya nyamuk Aedes menggigit individu yang telah dijangkiti, virus denggi akan memasuki nyamuk tersebut.
Apabila nyamuk tersebut menggigit individu lain pula, maka virus denggi akan memasuki tubuh dan menjangkiti individu yang lain.
Inilah cara bagaimana demam denggi tersebar.
Walaupun majoriti kes denggi berlaku tanpa sebarang gejala atau menunjukkan simptom ringan, namun ia juga boleh menunjukkan simptom yang teruk seperti selesema.
Ini boleh memberi kesan terhadap bayi, kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, ia jarang menyebabkan kematian.
Gejala biasanya berlangsung dalam tempoh dua hingga tujuh hari, dengan tempoh inkubasi antara empat hingga 10 hari selepas digigit nyamuk Aedes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan demam denggi kepada dua kategori utama iaitu denggi (dengan/tanpa tanda amaran) dan denggi teruk.
Seseorang itu boleh mengalami demam denggi tanpa sebarang tanda.
Walau bagaimanapun, individu tersebut boleh dianggap terkena denggi jika mengalami demam panas dengan suhu badan 40 darjah Celsius atau lebih.
Selain itu, seseorang itu juga mungkin menunjukkan dua simptom ketika demam daripada simptom-simptom di bawah ini:
Jika seseorang itu mengalami demam denggi yang teruk, ia akan memasuki satu fasa yang disebut sebagai fasa kritikal.
Ia biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga tujuh hari selepas demam bermula.
Dalam tempoh 24 hingga 48 jam fasa kritikal ini, sebahagian kecil pesakit mungkin akan menunjukkan kemerosotan gejala secara tiba-tiba.
Pada waktu inilah demam mula menurun (di bawah suhu 38°C) pada pesakit, dan tanda-tanda amaran yang berkaitan dengan denggi teruk juga mula akan berlaku.
Denggi yang teruk merupakan satu komplikasi yang boleh membawa maut, disebabkan oleh kebocoran plasma, pengumpulan cecair, gangguan pernafasan, pendarahan teruk atau kerosakan organ.
Antara simptom demam denggi yang teruk ialah:
Jika pesakit menunjukkan tanda tanda demam denggi seperti ini, doktor perlu melakukan pemerhatian dengan lebih kerap dalam tempoh 24 hingga 48 jam berikutnya agar rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.
Ini bagi mengurangkan sebarang komplikasi lain dan juga risiko kematian.
Setakat ini, tiada penawar atau kaedah rawatan khusus bagi merawat demam denggi. Seseorang yang telah dijangkiti hanya boleh melegakan simptom yang dialaminya sehinggalah jangkitan tersebut kembali pulih.
Namun, bagi demam denggi yang ringan, anda boleh melakukan beberapa langkah seperti berikut untuk melegakan simptom anda:
Namun bagi mereka yang mengalami tanda tanda demam denggi yang teruk, sila pergi ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan dan pemerhatian yang sewajarnya daripada doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen