backup og meta

Info Lengkap Mengenai Kembung Perut

Info Lengkap Mengenai Kembung Perut

Kembung perut juga dikenali sebagai kembung abdomen atau kembung di mana angin terbentuk di dalam perut dan usus yang menyebabkan perut berasa penuh.

Dalam sesetengah keadaan, perut kembung dan keras akan kelihatan sedikit besar.

Kembung atau sendawa biasanya disebabkan tertelan angin atau makanan yang dicernakan melalui sistem penghadaman.

Anda mungkin berasa kurang selesa untuk beberapa keadaan atau rasa perut kembung dan keras berulang kali dalam sehari.

Apa punca perut kembung dan keras? Apa punca kembung bagi wanita? Apa petua hilangkan kembung?

Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.

Apakah kebarangkalian kembung perut?

Apa punca perut kembung dan keras? Apa punca kembung bagi wanita? Apa petua hilangkan kembung?

Ia merupakan aduan biasa dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Ia biasanya mengganggu lebih ramai wanita berbanding lelaki.

Kembung kebiasaannya berkaitan dengan keadaan sistem gastrointestine (perut dan usus) seperti Sindrom Rengsa Usus (IBS) atau pedih ulu hati (GERD).

Perut masuk angin bukanlah keadaan yang serius dan mudah untuk ditangani. Jika masalah kembung tidak pulih, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptomnya?

Simptom lazim perut masuk angin sukar untuk dikenal pasti, tetapi kebanyakan individu menyatakan perasaan kurang selesa ketika perut kembung dan keras, rasa ketat atau bengkak pada bahagian abdomen.

kembung perut
Minum air gas sebabkan perut masuk angin.

Selalunya, ia disertai dengan rasa sakit, angin berlebihan (flatulence), kerap sendawa dan abdomen berbunyi.

Terdapat beberapa tanda dan simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempuyai sebarang kemusykilan berkaitan simptom yang dialami, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Kebiasaannya, masalah kembung perut, sendawa dan angin boleh selesai dengan sendirinya. Anda perlu berunding dengan doktor secepat mungkin sekiranya simptom tersebut tidak pulih dengan penukaran diet dan tabiat pemakanan anda.

Anda juga perlu menghubungi doktor jika mengalami keadaan di bawah:

  • Sakit dada
  • Hilang berat badan tanpa tujuan
  • Cirit-birit
  • Sakit abdomen secara berterusan
  • Perubahan pada warna dan kekerapan buang air besar
  • Demam panas
  • Sakit abdomen

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda.

Ketahuilah, setiap badan individu berbeza tindak balas. Simptom-simptom ini mungkin menjadi petanda kepada masalah penghadaman yang lebih serius.

Sebaik-baiknya, berbincang dengan doktor tentang solusi terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca perut masuk angin?

Apa punca perut kembung dan keras? Apa punca kembung bagi wanita?

Ia boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan lain seperti penyakit GERD atau IBS. Selain daripada punca perubatan, punca lain yang lazim menjadi penyebab perut kembung dan keras ialah:

  • Terlebih makan
  • Makan makanan berlemak atau minuman berkarbonat
  • Makan terlalu cepat dan berkuantiti banyak
  • Mengunyah gula-gula getah
  • Tertekan dan gelisah
  • Merokok
  • Bercakap semasa makan
kembung perut
Cara mencegah perut masuk angin.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat masalah kembung perut?

Faktor risiko lazim yang meningkatkan peluang anda untuk mengalami kembung adalah aspek gaya hidup. Faktor ini termasuklah:

  • Jika anda mengamalkan diet yang mengandungi terlalu tinggi fiber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang
  • Jika badan anda tidak boleh menghadam laktosa dan gluten. Laktosa terdapat dalam produk tenusu seperti susu, keju dan aiskrim. Gluten pula ialah campuran protein yang terdapat di dalam produk gandum seperti pasta dan roti
  • Jika anda kurang aktif, ia akan melambatkan sistem penghadaman anda
  • Jika anda minum minuman berkarbonat

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kembung perut didiagnosis?

Langkah pertama yang dilakukan untuk membuat diagnosis ialah pemeriksaan fizikal termasuk sejarah perubatan.

Anda perlu memaklumkan kepada doktor segala maklumat tentang sejarah kembung yang lepas dan juga maklumat berkaitan permakanan anda, sama ada anda mempunyai sebarang kesakitan atau simptom sampingan.

Anda juga perlu memaklumkan kepada doktor sekiranya anda sedang mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan atau suplemen herba.

Bagaimana cara rawatan?

kembung perut
Awasi diet harian anda.

Pilihan rawatan termasuklah perubahan diet dan gaya hidup. Perubahan ini termasuklah:

  • Kenal pasti makanan yang menjadi punca kembung pada perut anda. Membuat diari makanan merupakan idea yang bagus kerana ia membantu anda mengenali makanan yang menjadi penyebab kembung 
  • Anda perlu mengehadkan pengambilan makanan tinggi kandungan lemak. Lemak akan melambatkan proses penghadaman dan membuatkan anda berasa cepat kenyang
  • Anda perlu mengehadkan pengambilan makanan tinggi fiber buat sementara waktu. Fiber biasanya bagus untuk diet yang sihat tetapi badan anda mungkin sensitif kepada pengambilan fiber berlebihan. Kadangkala, badan mengambil masa tiga minggu untuk menerima fiber
  • Hadkan produk tenusu. Anda boleh mencuba untuk mengambil produk tenusu dalam kuantiti yang sedikit pada satu masa. Anda juga boleh mengambil produk yang membantu anda menghadam laktosa seperti lactase, iaitu sejenis enzim yang memecahkan laktosa

Sekiranya perubahan pada diet dan gaya hidup anda tidak melegakan kembung perut, anda mungkin perlukan rawatan ubat-ubatan. Beberapa ubat yang boleh membantu untuk melegakan kembung perut ialah:

  • Arang aktif. Tablet arang ini kadangkala membantu untuk mengurangkan angina
  • Suplemen lactase. Lactase ialah enzim yang membantu anda menghadam makanan yang mengandungi laktosa

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menanganinya?

Jika anda mengalami kembung perut disebabkan oleh keadaan kesihatan, doktor akan merawat anda mengikut keadaan tersebut.

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda menghadapi masalah kembung:

Kesimpulan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gas and gas pains. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739?pg=2. Accessed June 10, 2016.

Symptoms & Causes of Gas in the Digestive Tract. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/gas-digestive-tract/symptoms-causes. Accessed June 16, 2022.

Gas: Beat The Bloat. https://www.brighamandwomens.org/patients-and-families/meals-and-nutrition/bwh-nutrition-and-wellness-hub/special-topics/gas-beat-the-bloat. Accessed June 16, 2022.

Probiotics: What You Need To Know. https://www.nccih.nih.gov/health/probiotics-what-you-need-to-know. Accessed June 16, 2022.

Understanding Bloating and Distension. https://iffgd.org/gi-disorders/symptoms-causes/bloating-and-distension/. Accessed June 16, 2022.

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sukar 'Buang Angin' Mungkin Petanda USUS TERSUMBAT! Ada 3 Diet Untuk Atasinya

Pedih Perut, Sesak Nafas, Ini Antara 6 Petanda Gastrik Anda Perlu Jaga-jaga!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan