10 Makanan Untuk Mengelakkan Kembung Perut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Semasa diserang perut kembung, kekejangan atau pedih ulu hati, otak anda boleh membawa kepada rasa ingin membuang angin yang akan menyebabkan anda mengalami situasi yang memalukan dan tidak selesa. Dalam situasi tersebut, berbanding mengelakkan dari menambahkan sesuatu ke dala perut anda untuk mengurangkan risikonya, anda boleh ambil makanan yang boleh mengurangkan rasa tersebut. Keadaan ini sebenarnya boleh disebabkan oleh kekurangan makanan yang penting di dalam diet kita. Kita boleh membetulkannya dengan menambahkan jenis makan ini. Tambahan pula, herba dengan aroma yang kuar boleh membantu mengawal gas, mual dan kekejangan yang terkait dengan apa-apa dari mabuk laut hingga sindrom usus rengsa. Cara herba ini berfungsi adalah dengan mengembangkan otot lembut di dalam saluran penghadaman kita.

Berikut adalah beberapa makanan dan herba yang boleh memudahkan penghadaman secara semula jadi. Tambahan pula, ia juga boleh menambahkan kadar metabolisme anda dan memberikan anda kulit yang cantik.

Pudina

Bagi membantu penghadaman perut yang banyak meragam, anda boleh menggunakan pudina atau secawan teh panas atau sejuk. Kekejangan pada perut boleh dikurangkan dan ia mungkin membantu mengurangkan sindrom usus rengsa. Kajian terkini menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan minyak pudina boleh mengurangkan 1/2 dari simptom-simptom sindrom usus rengsa.

Halia

Halia dikenali sebagai salah satu dari remedi semula jadi yang terbaik untuk merawat mual. Kajian klinikal menunjukkan bahawa mual dan muntah semasa hamil boleh dikurangkan menggunakan halia. Menambah halia ke dalam teh panas atau secebis dua halia yang telah ditambah gula boleh membantu penghadaman. Halia juga adalah sejenis anti-radang dan membantu mengembangkan saluran penghadaman.

Jintan manis

Jintan manis sering dilihat di restoran India. Jintan manis dalam jumlah yang kecil boleh mengurangkan gas dan perut kembung dengan cepat. Pokoknya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami perut kembung kronik; minyaknya dipercayai mengurangkan angin lebih baik dari makanan lain. Anda boleh hancurkan atau memotongnya, makan secara mentah atau dipanggang; anda juga boleh cuba salad jintan panggang.

Cuka epal

Antara khasiat cuka epal ialah ia membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti refluks asid. Cuka menrangsang injap di bahagian bawah tekak membuatkan ia tertutup dengan ketat dan mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya. Tambahan pula, ia mengandungi banyak bakteria baik yang penting dalam mengekalkan kesihatan usus anda.

Radicchio

Rasa pahit dalam salad atau apa-apa jenis sayur yang berwarna cerah seperti chicory mempunyai kesan tertentu terhadap kesihatan. Lebih khusus lagi, rasa pahit pada sayur-sayuran ini akan membantu merangsang penghasilan enzim penghadaman dan membantu sistem penghadaman kita menguraikan secara semula jadi makanan yang diambil selepas salad tersebut. Cadangan yang baik adalah untuk menyediakan radicchio bersama minyak zaitun, cuka epal dan sedikit garam sebelum menu utama.

Susu ekstrak biji thistle

Rasa biji ini yang sedikit pahit membantu mengeluarkan jus penghadaman, bahkan befungsi sebagai anti-radang dan mendetoksifikasikan hati. Penggunaan harian meningkatkan penghasilan hempedu oleh hati dan boleh membantu mengawal aktiviti usus. Adalah baik untuk menambahkan sedikit biji ini, dalam beberapa sudu teh, ke dalam susu, oat atau sup.

Tembikai susu

Kajian menunjukkan bahawa terdapat satu bahan di dalam buah ini yang dinamakan Cucumis melo mempunyai fungsi diuretik yang signifikan dan boleh digunakan untuk merawat edema.

Artichoke

Tumbuhan ini adalah arak klasik yang digunakan untuk mengurangkan pedih ulu hati, pergerakan usus tidak sekata dan mencegah proses penapaian yang menyebabkan gas dan perut kembung. Daunnya digunakan di dalam arak tetapi anda tidak akan sanggup memakannya. Campurkan sedikit minyak zaitun dan cuka epal.

Serbuk elm

Serbuk ini adalah alternatif herba semula jadi kepada julap (laxative) yang boleh didapati melalui kaunter. Seorang pakar herba klinikal bernama Masé yang juga pemilik bersama Urban Moonshine menjelaskan: “Seratnya yang larut air membuatkan ia hebat, julap yang selamat dan tidak menyebabkan ketagihan – ia melegakan dan mengembalikan tabiat usus yang sekata tanpa melembutkan najis.” 2 sudu teh sehari, dicampurkan ke dalam susu sudah mencukupi.

Miso

Masé mengatakan bahawa, “Miso dipenuhi dengan pelbagai organisme hidup berguna dan membantu mengembakikan serta mengekalkan kesihatan usus terutamanya selepas penggunaan antibiotik.” Hanya dengan menghirup sup panasnya boleh serta merta menenangkan dan melegakan perut anda. Letakkan ia ke dalam air panas (tetapi bukan di dalam air menggelegak-letakkan betul-betul sebelum air menggelegak, atau selepas anda telah mengalihkan air menggelegak dari dapur) untuk memastikan anda tidak membunuh bakteria baik di dalam miso.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

    Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula! Sila rujuk jadual vaksinasi anda di sini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Rawatan Resdung Secara ‘Over-The Counter’, Boleh Ke Beli Ubat Di Farmasi Sahaja?

    Tahukah anda, anda boleh beli ubat untuk rawatan penyakit resdung secara over-the-counter (OTC) atau di farmasi berdekatan? Nak tahu bagaimana? Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Hidung & Mata 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Ada kepentingan untuk anda mengetahui tanda kencing manis tinggi gula ini. Kami senaraikan beberapa tanda kencing manis peringkat awal untuk makluman anda. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jantung Selalu Berdegup Laju? Atasinya Dengan 4 Cara Mudah Ini, Pasti Berkesan!

    Adakah anda selalu mengalami masalah jantung berdegup laju dan kencang secara tiba-tiba? Jantung berdegup kuat mungkin tanda masalah palpitasi jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Degupan Jantung 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pangkal rahim

    Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    tulang kaki retak

    Selain Larian Dan Sukan Lompat, Ini 9 Faktor Lain Boleh Buat Tulang Kaki Anda Retak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    suntikan vaksin pneumococcal

    Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    bila boleh buat pregnancy test

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan