Keadaan ini akan menyebabkan anda mudah kembung.
#3 Sering ambil makanan berkanji atau tinggi natrium
Pemakanan yang melibatkan pengambilan natrium (garam) tinggi boleh menyebabkan retensi air manakala bagi makanan berkanji pula, ia boleh menghasilkan gas yang banyak.
Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza. Ini bermakna, jika anda berasa kembung selepas makan makanan berkanji, individu lain mungkin tidak mengalami perkara yang sama.
Oleh itu penting bagi anda untuk mengenal pasti jenis makanan yang boleh diambil dan setakat mana ia sesuai dimakan jika ia merupakan makanan berkanji atau tinggi garam.
Langkah ini boleh menjawab persoalan kenapa perut kembung selepas makan.
#4 Ambil terlalu banyak makanan dalam bungkusan berproses
Makanan ringan seperti keropok mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia juga dicampur dengan bahan kimia monosodium glutamate (MSG) untuk menyedapkan rasa.
Kesannya, anda mudah untuk mengalami masalah kekembungan.
MSG adalah sejenis bahan yang sering digunakan untuk mengekalkan kesegaran sesuatu bahan. Ia sering digunakan dalam hidangan bufet, makanan cina dan makanan berbungkus.
Jika anda mengalami masalah perut kembung, kurangkan pengambilan makanan seumpama ini atau, lebih baik, berhenti terus daripada mengambilnya.
#5 Makan terlalu lambat punca perut kembung

Ramai percaya bahawa makan terlalu lewat boleh menyebabkan kenaikan berat badan namun perkara tersebut hanyalah mitos.
Faktor yang boleh menyebabkan kenaikan berat berkait dengan jumlah pengambilan kalori harian.
Namun, jika anda makan terlalu lewat, ia boleh menyebabkan masalah perut kembung sehingga anda rasa berat anda bagaikan sudah meningkat walhal ia tidak sedemikian.
Tidur anda juga boleh terganggu jika anda makan terlalu lewat. Anda akan berasa tidak selesa berikutan sistem pencernaan tidak bekerja begitu keras tatkala badan anda sedang berehat.
#6 Anda minum terlalu banyak minuman bergas sehingga perut kembung
Buih yang terhasil pada air minuman bergas anda merupakan punca lazim kenapa perut kembung.
Ia boleh terperangkap di dalam perut menyebabkan simptom kekembungan dan kerap sendawa.
Anda perlu menghindarkan minuman bergas dan cuba gantikan ia dengan minuman yang lebih sihat seperti air lemon, air timun atau lebih baik, air kosong.
Bukan sahaja anda akan dapat atasi masalah perut kembung, ia juga boleh menurunkan berat badan anda.
#7 Telan terlalu banyak udara
Bukan semasa bernafas je kita menghirup udara masuk, aktiviti lain seperti minum air menggunakan straw, mengunyah gula-gula getah dan makan terlalu laju juga boleh mengundang udara ke dalam badan.
Apa yang lebih teruk, udara tersebut tidak masuk ke dalam sistem pernafasan, sebaliknya ke dalam sistem pencernaan mengakibatkan perut kembung.
Anda perlu mengenal pasti faktor yang menyebabkan badan anda menyimpan banyak udara dan cuba elakkan perkara tersebut.
Jika anda suka kunyah gula-gula getah, kurangkan kekerapannya.
Konklusi
Jika anda sering alami perut kembung, mungkin ini masanya untuk anda lebih peka dengan apa yang anda makan.
Walaupun masalah kekembungan boleh berlaku berikutan masalah kesihatan, ia juga boleh terjadi akibat gaya pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ajukannya kepada doktor perubatan bertauliah sekarang.