backup og meta

MENARIK! Dengan Hanya 1, 2 Semburan, Bantu Hentikan Keinginan Anda Merokok

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2024

    MENARIK! Dengan Hanya 1, 2 Semburan, Bantu Hentikan Keinginan Anda Merokok

    Sudah cuba banyak kali untuk tinggalkan tabiat merokok tapi tidak berjaya? Kami faham apa yang kebanyakan perokok lalui. Tidak dinafikan agak sukar untuk meninggalkan tabiat merokok disebabkan ketagihan kepada nikotin. Namun, ia tidak bermaksud bahawa usaha anda sudah berakhir. Ada satu lagi cara yang boleh anda pertimbangkan jika anda benar-benar mahu mencari cara nak berhenti merokok. Apakah cara tersebut?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Cara nak berhenti merokok: Hanya guna semburan mulut?

    semburan mulut nicorette
    Nicorette® QuickMist baharu.

    Bagaimana jika kami beritahu anda bahawa dengan satu atau dua semburan sahaja, anda boleh meninggalkan tabiat merokok secara perlahan-lahan?

    Sememangnya terdapat cara untuk berhenti merokok dengan cepat dan mudah.

    Kini, terdapat satu produk terbaharu yang boleh membantu anda dalam matlamat ini.

    Baru-baru ini, Nicorette Malaysia telah melancarkan kempen azam tahun baharu #NEWYEARNOBUTTS dengan memperkenalkan Nicorette® QuickMist, penyembur mulut dengan perisa pudina.

    Apa yang menarik mengenai semburan ini?

    Nicorette® QuickMist adalah salah satu produk terapi penggantian nikotin terbaharu yang dikeluarkan oleh Nicorette, yang bertujuan membantu perokok-perokok di luar sana dalam usaha mereka menghentikan tabiat merokok.

    Ia antara cara efektif untuk berhenti merokok dengan melegakan gejala penarikan nikotin, seperti keinginan untuk terus merokok semasa percubaan untuk berhenti atau mengurangkan merokok, sebelum berhenti merokok sepenuhnya.

    Kempen kesedaran yang dijalankan oleh Nicorette Malaysia dan Caring Pharmacy ini adalah untuk membantu perokok-perokok di luar sana untuk mencapai cara nak berhenti merokok pada tahun 2024. 

    Cara mudah untuk berhenti merokok: Ini cara gunakannya

    cara nak berhenti merokok
    Semburan mulut keluaran Nicorette.

    Anda hanya perlu menyemburkannya ke dalam mulut sahaja dan ia akan bertindak melegakan keinginan untuk merokok dalam hanya 30 saat!

    Bagi perokok tegar iaitu mereka yang merokok lebih daripada 20 batang sehari, anda mungkin memerlukan dua semburan bagi setiap kali penggunaan dalam setiap 30 minit hingga 1 jam.

    Manakala bagi perokok ringan, anda mungkin hanya memerlukan satu semburan sahaja dalam setiap 30 minit hingga 1 jam.

    Cara mudah untuk berhenti merokok ini mungkin memerlukan masa antara 1 hingga 6 minggu penggunaan sebelum dos penggunaannya akan dikurangkan pada minggu berikutnya.

    Pada minggu ketujuh hingga kesembilan, anda boleh mengurangkan jumlah semburan setiap hari.

    Dalam erti kata lain, dalam tempoh ini, anda hanya menggunakan separuh sahaja daripada jumlah semburan pada tahap pertama.

    Pada minggu ke-10 hingga 12 pula, jumlah semburan akan semakin dikurangkan dengan sasaran tidak lebih daripada empat kali semburan setiap hari pada minggu ke-12.

    Apabila anda sudah mampu mengurangkan sehingga kepada 2 – 4 semburan setiap hari, anda sudah boleh perlahan-lahan untuk tidak menggunakan semburan ini.

    Produk ini memerlukan preskripsi doktor untuk pengguna kali pertama, dan anda boleh terus membuat pembelian seterusnya di farmasi berdekatan.

    Ini adalah produk yang boleh memberikan kelegaan segera bagi menangani gejala penarikan nikotin dalam usaha anda untuk kurang merokok. 

    Bukan hanya semburan, ada juga patch dan gum sebagai cara nak berhenti merokok

    cara nak berhenti merokok
    NICORETTE® Gum

    Bagi anda yang baru mengenali jenama ini, Nicorette turut menyediakan variasi produk-produk terapi penggantian nikotin selain semburan mulut.

    Antaranya ialah NICORETTE® Gum dan NICORETTE® Invisi Transdermal Patch yang telah lama berada di pasaran sebagai cara efektif untuk berhenti merokok.

    Bagi jenis gum atau gula-gula getah, ia memberi kesan pantas bagi melegakan ketagihan terhadap tabiat merokok dan gejala penarikan diri.

    Nikotin daripada gum berperisa pudina ini akan diserap melalui mulut apabila dikunyah.

    Ia disarankan untuk dikunyah jika timbul keinginan untuk merokok, dan diletakkan di belakang mulut jika keinginan merokok tersebut telah hilang.

    cara nak berhenti merokok
    NICORETTE® Invisi Transdermal Patch

    Untuk jenis patch pula, ia hanya perlu ditampal pada badan anda sekali sehari untuk melegakan keinginan terhadap nikotin.

    Nikotin akan diserap daripada patch terus ke dalam aliran darah anda menerusi kulit.

    Ia perlu ditampal di waktu pagi pada permukaan kulit yang kering, dan ditanggalkan pada waktu malam sebelum tidur.

    Kedua-dua patch dan gum sebagai cara nak berhenti merokok ini boleh dibeli terus di farmasi tanpa preskripsi doktor. 

    Gaya hidup lebih sihat untuk tahun baharu

    Tahun 2024 baru sahaja bermula dan masih tidak terlambat untuk anda memulakan perubahan gaya hidup yang lebih sihat.

    Sekecil-kecil perubahan untuk mula meninggalkan tabiat merokok pastinya akan memberikan impak positif terhadap kesihatan keseluruhan tubuh anda.

    Jika anda mengenali rakan atau saudara mara terdekat yang merokok, ajak mereka untuk mencuba semburan mulut baharu keluaran Nicorette ini sebagai cara nak berhenti merokok ke arah hidup yang lebih sihat.

    Ia juga adalah cara untuk berhenti merokok dengan cepat yang telah terbukti.

    #NEWYEARNOBUTTS

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan