Nak Sihat? Ini 13 Jenis Makanan Yang Anda Perlu ELAK Dalam Menu Harian, Banyak Kesan Buruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 5 minit bacaan

Siapa yang tidak gemar menikmati makanan ringan. Tetapi sedarkah anda pengambilan makanan tidak berkhasiat ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan?

Apa itu makanan tidak berkhasiat?

Tanpa anda sedari, kebanyakan makanan yang anda makan dan yang berada di pasaran berkemungkinan makanan tidak berkhasiat, tetapi diuar-uarkan sebagai makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Ini disebabkan oleh teknik pemasaran yang berjaya mengubah dan mempengaruhi kepercayaan dan pemikiran kebanyakan individu.

Untuk menentukan apa yang berkhasiat dan apa yang tidak, mungkin merupakan satu perkara yang sukar untuk ditentukan. Namun, hakikatnya, makanan tidak berkhasiat atau makanan ringan, kebanyakannya merupakan dari makanan yang diproses.

 Makanan yang diproses cenderung untuk mempunyai kandungan nutrien, seperti vitamin, mineral dan antioksidan yang sangat rendah. Ia juga mempunyai kandungan kalori kosong yang sangat tinggi kerana kandungan bahan seperti tepung, natrium dan gula halus. 

kesan kepada kesihatan

Jenis makanan tidak berkhasiat

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, atau menghindari masalah kesihatan yang kronik, anda mungkin perlu menghindari atau sekurang-kurangnya tidak mengambil secara keterlaluan makanan yang disenaraikan sebagai makanan tidak berkhasiat. 

Berikut adalah antara senarai makanan tersebut:

  1. Minuman bergula

Sebarang makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula tambahan merupakan antara bahan yang paling tidak sihat pada masa kini. Apabila seseorang individu mengambil minuman berkalori gula, otak anda tidak ‘mendaftarnya’ sebagai makanan. 

Minuman manis ini merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah kegemukan pada masa kini dan meminumnya dalam jumlah yang tinggi boleh memacu kepada pertambahan lemak dan masalah obesiti. 

  1. Piza

Kebanyakan piza yang dihasilkan secara komersial diperbuat daripada bahan yang tidak sihat. Doh piza tersebut kebanyakannya diperbuat daripada tepung gandum halus dan daging yang digunakan kebiasaannya adalah daging yang diproses.

  1. Roti putih

Kebanyakan roti komersial adalah tidak sihat, walaupun kepada individu yang tidak mempunyai masalah dengan pengambilan gluten.

Ini kerana, kebanyakan roti putih diperbuat daripada gandum halus, yang mempunyai kandungan nutrien penting yang sangat rendah dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak pada tahap kandungan gula dalam darah.

  1. Jus buah-buahan

Jus buah-buahan biasanya lebih banyak kandungan air gula berperisa buah-buahan berbanding buah-buahan yang sebenar. 

 Malahan, sebenarnya, jus buah-buahan mengandungi kandungan gula yang sama seperti minuman air berkarbonat yang terdapat di pasaran dan adakalanya kandungan gulanya adalah lebih tinggi lagi.

Perlu ditekankan di sini, jus buah-buahan yang dimaksudkan adalah jus buah-buahan segera dalam kotak, manakala jus buah-buahan yang menggunakan buah-buahan segar masih dikira berkhasiat dan baik untuk diamalkan.

  1. Marjerin

makanan-tidak-berkhasiat-impak-kesihatan

Ia seringkali dianggap sebagai alternatif yang sihat kepada mentega. Sebaliknya, ia adalah satu fakta yang tidak benar sama sekali.

Marjerin adalah pseudo-makanan (pseudo-food) yang diproses sehingga menghasilkan rasa dan tekstur seperti mentega. Ia sarat dengan kandungan bahan buatan dan kebiasaannya dihasilkan daripada minyak sayuran industri yang telah dihidrogenasi untuk menjadikannya lebih padat.

Ini sekali gus meningkatkan kandungan lemak trans dengan tinggi sekali. 

  1. Pastri, biskut dan kek

Kebanyakan pastri, biskut dan kek merupakan antara makanan tidak berkhasiat yang sering dimakan oleh kebanyakan individu.

Makanan jenis ini diperbuat daripada gula halus, tepung gandum halus dan tambahan lemak, yang kebiasaannya terkandung lemak trans yang tinggi.

Ia hampir langsung tidak mengandungi nutrien, tetapi lebih banyak kandungan kalori dan bahan yang tidak sihat. 

  1. Kentang goreng, kerepek kentang

Kentang adalah sejenis makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan. Namun, hakikat ini berubah apabila ia adalah mengenai produk makanan yang terhasil daripadanya, seperti kentang goreng dan kerepek kentang. 

Kedua-dua makanan ini mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi, dan seringkali diambil dalam jumlah yang berlebihan dan banyak.

Makanan ini juga boleh mengandungi acrylamides dalam jumlah yang tinggi, iaitu bahan karsinogen yang terbentuk apabila kentang digoreng, dibakar atau dipanggang.

  1. Makanan ringan bebas gluten

Kebanyakan individu pada masa kini cuba untuk menggantikan makanan yang mengandungi gluten dengan makanan bebas gluten. 

Malangnya, dalam pencarian dan usaha menggantikan makanan yang mengandungi gluten kepada makanan yang bebas gluten, seringkali kebanyakan individu memilih untuk menggantikannya dengan makanan ringan yang diproses yang bebas gluten.

Lebih memburukkan keadaan apabila makanan pengganti bebas gluten ini adalah lebih tinggi kandungan gula, minyak tidak sihat dan bijirin halus seperti kanji jagung atau kanji ubi kayu.

Penggunaan kanji halus ini akan cenderung meningkatkan tahap gula dalam darah dengan mendadak, malahan ia adalah sangat rendah dalam kandungan nutrien penting.

  1. Yogurt rendah lemak

Yogurt sememangnya merupakan antara makanan yang berkhasiat. Tetapi, sangat menyedihkan apabila kebanyakan yogurt yang berada di pasaran, yang dijual di pasar raya dan kedai runcit, adalah tidak mendatangkan khasiat seperti yang diharapkan. 

Kebanyakan yogurt tidak mengandungi bakteria probiotik seperti yang dipercaya umum. Ini kerana apabila yogurt menjalani prosedur pempasteuran selepas penapaian, ia akan membunuh semua bakteria.

  1. Makanan ringan rendah karbohidrat

Mengamalkan diet rendah karbohidrat merupakan antara pilihan diet yang sering dilakukan. Terdapat pelbagai pilihan makanan sebenar boleh anda makan ketika sedang dalam diet rendah karbohidrat ini yang kebanyakannya adalah berkhasiat.

Namun, sebaliknya bagi produk makanan pengganti rendah karbohidrat yang diproses, seperti bar coklat rendah karbohidrat tidak sebagus yang dicanangkan.

Ini kerana makanan yang diproses sebegini akan mengandungi jumlah makanan sebenar yang sedikit tetapi mempunyai campuran kandungan ramuan tiruan yang tinggi, yang pastinya menjadikan ia sebagai makanan tidak berkhasiat yang perlu dielakkan.

  1. Aiskrim

makanan-tidak-berkhasiat-impak-kesihatan

Ia merupakan antara makanan yang tidak menyihatkan. Ini kerana kebanyakan aiskrim komersial mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Lebih memburukkan keadaan, aiskrim mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi dan membuatkan individu yang memakannya akan lebih terpengaruh untuk mengambilnya dalam jumlah yang berlebihan dan banyak. 

  1. Bar coklat

Ia mengandungi gula, tepung gandum halus dan lemak diproses yang tinggi serta rendah kandungan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. 

Kerap kali bar coklat akan membuat individu yang memakannya berasa kenyang, tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek dan anda akan kembali lapar tidak lama selepas itu. 

  1. Daging diproses

Pengambilan daging diproses dalam jumlah banyak dan kerap mempunyai risiko untuk meningkatkan kecenderungan mendapat penyakit kronik seperti kanser kolon, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

Impak junk food kepada badan

Mengambil makanan tidak berkhasiat secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak boleh mewujudkan kesan kepada kesihatan, seperti penyakit kronik. Terdapat kajian yang menunjukkan kesan negatif daripada produk makanan yang tidak berkhasiat ini. 

  • Obesiti

Selain disebabkan oleh individu yang tidak aktif dan masalah perubatan lain, obesiti boleh terjadi apabila mengamalkan pemakanan yang tidak sihat atau berkhasiat.

Makanan yang mengandungi jumlah lemak trans yang tinggi, lemak tepu dan gula yang berlebihan, akan menyumbang kepada peningkatan risiko obesiti.

  • Kesihatan jantung

Kualiti diet pemakanan yang anda amalkan akan mempunyai kesan signifikan terhadap kesihatan kardiovaskular anda. Garam dan makanan berlemak boleh menjadi sangat memudaratkan apabila diambil secara kerap dan berlebihan. 

Untuk mendapatkan kesihatan jantung maksimum, pastikan anda mengehadkan pengambilan garam kepada 2,400 mg setiap hari. Makanan lain  yang harus dihindari antaranya termasuklah minuman berkarbonat, marjerin, daging tinggi kandungan lemak dan makanan bergoreng.

  • Penyakit kronik

Kesan kepada kesihatan yang mungkin berlaku adalah peningkatan terhadap penyakit dan jangkitan kronik.

Pengambilan diet yang tidak sihat akan menyebabkan kekurangan nutrien dalam badan yang sekali gus tidak memenuhi keperluan kalori harian. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kekurangan nutrien yang paling bahaya adalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi, kekurangan vitamin A dan gangguan kekurangan iodin.

Diet pemakanan yang sihat membantu menghalang penyakit jantung, mencegah diabetes jenis 2, osteroporosis dan juga kanser

  • Kesihatan mental

Mengambil terlalu banyak makanan ringan boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan dengan memburukkan simptom penyakit mental seperti kemurungan dan kegelisahan.

Makanan manis dan mempunyai karbohidrat halus sangat berbahaya, kerana boleh menyebabkan peningkatan mendadak kepada tahap gula dalam darah.

Makanan seperti kentang, beras perang, oat dan karbohidrat kompleks lain adalah pilihan baik dan bijak untuk menjamin tahap kesihatan yang baik. Pemilihan makanan tidak berkhasiat dan tabiat pemakanan tidak sihat boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit mental seperti Alzheimer.

  • Masalah usus

kesan kepada kesihatan

Mengambil makanan tidak berkhasiat boleh menyebabkan masalah kepada saluran pencernaan anda. Lemak berlebihan dalam makanan yang anda makan akan memudaratkan saluran pencernaan anda.

Makan makanan yang tidak sihat akan meningkatkan risiko untuk mengalami perut kembung, cirit-birit atau sembelit. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Mengandung, JANGAN Ambil 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak…

    Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 9 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Jom semak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 31/03/2020 . 3 minit bacaan

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 3 minit bacaan

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos berkaitan kesihatan perut ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/02/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

    Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/02/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    denyutan nadi

    Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    tanda serangan jantung

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    sakit dada

    Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan
    ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan