backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Buah Dada Selalu Sakit & Bengkak? Selain Haid, Ini 6 Punca Lain Yang Menyebabkannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2022

    Buah Dada Selalu Sakit & Bengkak? Selain Haid, Ini 6 Punca Lain Yang Menyebabkannya!

    Anda selalu alami kesakitan pada buah dada? Adakah ia simptom kesihatan yang perlu dibimbangkan? Jom ketahui 7 punca utama kenapa payudara bengkak dan sakit.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini

    Payudara bengkak, adakah perlu risau?

    Apabila berlaku sesuatu yang luar daripada kebiasaan, sudah pasti secara tidak langsung ia akan mewujudkan rasa bimbang dalam diri. Apatah lagi jika ia melibatkan kesihatan badan.

    Usah risau, kesakitan pada buah dada yang dialami tidak bermakna ia disebabkan masalah kesihatan serius.

    Tetapi buah dada yang mengalami bengkak dan sakit boleh berlaku kerana pelbagai punca.

    Antara punca rasa sakit, bengkak atau kerengsaan yang berlaku mungkin disebabkan perubahan hormon, jangkitan mahupun kehamilan yang anda lalui. 

    Punca payudara bengkak

    Jika anda masih bimbang, tidak mengapa. Ia adalah petanda baik bahawa anda menyayangi badan anda.

    Berikut dikongsikan 7 punca biasa penyebab kesakitan pada buah dada yang dialami:

    1. Mastalgia

    Terdapat 2 jenis mastalgia:

    • Kesakitan kitaran (cyclical breast pain)

    Kesakitan kitaran biasanya disebabkan kedatangan haid. Ia berlaku pada masa ovulasi dan akan berterusan sehingga kitaran haid bermula.

    payudara bengkak

    Rasa sakit yang dialami mungkin ringan atau teruk dan berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Kesakitan ini juga boleh berlaku pada bahagian ketiak.

    • Kesakitan tidak berkitaran (noncyclical breast pain)

    Kesakitan tidak berkitaran pula berpunca daripada payudara atau otot dan sendi di sekitarnya. Rasa sakit yang dialami hanya berlaku pada satu bahagian dan tidak akan hilang. 

    Antara punca kesakitan pada buah dada ini adalah disebabkan trauma, pukulan pada dada mahupun sakit arthritis.

    2. Perubahan payudara Fibrosistik

    Ia dikatakan satu perubahan biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita pada 1 tahap kehidupan.

    Keadaan ini tidak berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai perubahan sebagai tahap pengumpulan air dalam tisu payudara.

    Jika keadaan ini berlaku, anda akan mendapati payudara bengkak dan berasa lebih berat daripada biasa.

    Masalah bengkak boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua payudara anda. 

    Situasi sista yang muncul dan hilang pada buah dada boleh menyebabkan wujudnya parut dan penebalan pada tisu payudara – keadaan ini dipanggil fibrosis.

    Ia adalah 1 perubahan yang tidak dapat dilihat tetapi anda akan berasa payudara semakin kental atau berat daripada sebelumnya.

    3. Kehamilan 

    payudara bengkak

    Payudara yang membengkak juga adalah salah 1 petanda awal kehamilan. Buah dada anda akan mula membengkak dalam tempoh 1 atau 2 minggu selepas persenyawaan berlaku.

    Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan.

    Anda mungkin akan berasa berat, sakit dan lembut pada bahagian payudara. Saiznya juga mungkin lebih besar daripada biasa.

    Sekiranya anda mengalami pembengkakan payudara dan kenaikan berat badan yang disertai dengan tempoh haid yang lewat, maka anda mungkin ingin mengambil ujian kehamilan.

    4. Menyusu badan

    Jika anda sedang menyusu badan, mungkin anda sudah biasa dengan keadaan payudara bengkak, berat dan kesakitan pada buah dada khususnya bahagian puting.

    Proses penyusuan adalah sesuatu yang mencabar, tetapi ia sangat menyakitkan apabila anda mengalami keadaan bengkak susu atau penghasilan susu yang berlebihan. Ia dikenali sebagai engorgement.

    Ia dikatakan satu keadaan biasa berlaku pada minggu pertama penyusuan, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Jarang menyusukan bayi atau mengepam susu boleh menjadi punca terjadi masalah kesakitan pada buah dada ini. 

    5. Jangkitan 

    Jangkitan juga boleh menyebabkan wujudnya kesakitan pada buah dada. Dua jangkitan paling kerap berlaku adalah:

    • Mastitis

    Kerap berlaku dalam kalangan wanita yang menyusu badan. Mastitis boleh mengakibatkan keradangan, bengkak dan pemberatan pada payudara yang terjejas.

    Ia cenderung terjadi apabila susu terperangkap di dalam buah dada, sekali gus membolehkan bakteria membiak tanpa kawalan.

    Punca keadaan ini disebabkan saluran susu tersumbat atau bakteria daripada kulit anda atau mulut bayi masuk ke dalam payudara melalui puting susu.

    • Jangkitan yis

    Merupakan sejenis jangkitan kulat. Antara simptom yang mungkin dialami adalah seperti:

    • Kesakitan pada puting dan payudara
    • Puting menjadi bersisik, berkilat, merekah dan gatal
    • Muncul bintik putih pada lidah, gusi atau pipi bayi

    Ibu yang menyusu mungkin akan mengalami rasa terbakar pada payudara selepas penyusuan.

    6. Kesan ubatan

    payudara bengkak

    Pengambilan ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada payudara anda.

    Antaranya melibatkan ubat dengan kandungan hormon seperti pil kawalan kehamilan, rawatan kesuburan dan terapi penggantian hormon.

    Ubat hormon mempunyai fungsi yang berbeza dalam mengawal tahap hormon badan.

    Naik turun tahap hormon sama ada estrogen atau progesteron boleh menyebabkan payudara bengkak kerana pengekalan air dan menjadikannya lebih berat.

    7. Kerengsaan kanser payudara

    Payudara yang berat bukan 1 simptom kanser payudara, tetapi mungkin berkaitan kerengsaan kanser payudara.

    Menurut Institut Kanser Kebangsaan (NIH), ia adalah 1 keadaan yang jarang berlaku antara 1 hingga 5% dalam semua kanser payudara. 

    Masalah berkaitan kanser ini adalah 1 kanser agresif yang boleh menyebabkan kemerahan dan pembengkakan pada payudara. Pertambahan saiz dan berat juga akan ketara dalam beberapa minggu.

    Rawatan doktor

    Kebanyakan masalah payudara bengkak akan hilang dengan sendiri. Ia 1 keadaan normal untuk buah dada terasa berat.

    Namun jika anda bimbang keadaan tersebut disebabkan masalah kesihatan yang serius, pilihan terbaik adalah untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan