Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai pemeriksaan kendiri untuk kanser payudara, kanser kulit dan pelbagai lagi penyakit lain.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
4 pemeriksaan kendiri yang wanita lakukan di rumah
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
Bercakap mengenai penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, strok dan sebagainya, lebih baik jika semuanya dikesan awal supaya ia boleh dirawat secepat mungkin.
Sebab itulah, wanita perlu tahu cara untuk melakukan pemeriksaan kendiri di rumah. Selain cara check payudara, ada beberapa ujian lain yang boleh anda lakukan untuk pastikan kesihatan diri terjaga.
Antaranya ialah:
1. Pemeriksaan BMI
Indeks jisim badan atau BMI merupakan satu cara untuk mengira lemak dalam badan. Ia merupakan salah satu bentuk saringan yang anda boleh buat sendiri di rumah secara atas talian.
Melalui ujian BMI, anda akan disaringkan kepada beberapa kategori berat badan.
Lemak yang terlalu banyak akan meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan diabetes jenis 2.
Lemak yang terlalu sedikit pula akan membuatkan sistem imun anda lemah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen