Definisi
Apa itu Ujian Kehamilan di Rumah?
Ujian ini boleh mengesan hormon kehamilan (yang dinamakan gonadotropin korionik manusia/human chorionic gonadotropin, hCG) di dalam sampel air kencing. kadar hCG yang tinggi dihasilkan ketika hamil. Ujian di rumah mempunyai keputusan yang sama seperti ujian kehamilan yang dijalankan oleh kebanyakan pejabat doktor jika ia dilakukan seperti yang diarahkan.
Apabila seorang perempuan mengandung, telurnya secara umumnya disenyawakan di dalam tiub fallopian oleh satu sel sperma. Dalam tempoh 9 hari selepas persenyawaan, telur tersebut bergerak ke rahim dan melekat (tertanam) di dinding rahim. Apabila telur yang telah disenyawakan tertanam, plasenta (uri) mula terbentuk dan melepaskan hCG ke dalam darah perempuan. Sebahagian hCG ini turut masuk ke dalam air kencing. Dalam minggu-minggu awal kehamilan, kuantiti hCG dalam air kencing meningkat dengan sangat cepat–menjadi dua kali ganda setiap 2 ke 3 hari.
Terdapat dua jenis ujian kehamilan di rumah yang asas.
- Jenis yang paling kerap ialah menggunakan strip atau dipstick yang dipegang semasa kencing atau dicelup ke dalam sampel air kencing. Bahagian hujung dipstick atau strip bertukar warna jika terdapat hCG menunjukkan bahawa anda sedang hamil.
- Jenis ke-2 menggunakan cawan pengumpulan air kencing dengan alat penguji. Untuk menjalankan ujian ini, anda perlu meletakkan beberapa titik air kencing ke dalam lubang pada alat penguji tersebut atau letakkan alat tersebut ke dalam air kencing yang dikumpul di dalam cawan. Satu bahagian pada alat tersebut akan berubah warna jika ada hCG menunjukkan bahawa anda sedang hamil.
Air kencing pertama di waktu pagi (yang telah terkumpul di dalam pundi kencing semalaman) ialah yang terbaik untuk digunakan dan memberikan keputusan yang paling tepat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen