Diserang Senggugut Tiap Kali Datang Bulan? Legakan Rasa Sakit Itu Dengan 7 Makanan Ini, Berkesan!

    Diserang Senggugut Tiap Kali Datang Bulan? Legakan Rasa Sakit Itu Dengan 7 Makanan Ini, Berkesan!

    Tahukah anda, makanan untuk period atau datang bulan boleh memainkan peranan yang besar?

    Disebabkan itu, ramai wanita yang mengalami pelbagai masalah yang berbeza-beza ketika datang bulan.

    Ada yang akan mendapat senggugut. Tidak kurang juga, ada yang mengalami mood swing yang menjejaskan kualiti mood harian.

    Namun, sudah pasti ramai yang rasa penat dan letih ketika datang bulan. Badan pula mesti rasa sakit-sakit.

    Pening kepala juga bukan sesuatu yang asing ketika period.

    Pasti anda tertanya-tanya jika ada cara untuk mengurangkan rasa sakit dan stres ketika period. Jangan risau! Kami ada jawapannya!

    Ikuti artikel kami untuk tahu lebih lanjut tentang makanan yang PATUT anda ambil ketika datang bulan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Makanan untuk period bagi wanita

    Pada zaman ini, ramai wanita mempunyai kerjaya sendiri dan senggugut mungkin menjadi salah satu faktor untuk wanita sukar fokus semasa bekerja.

    Jadi, ada di antara wanita tersebut yang mempunyai ‘makanan istimewa’ yang diamalkan pada waktu datang bulan.

    Sebagai contoh, ada yang mengamalkan teh halia untuk mengurangkan senggugut. Ada juga yang makan coklat ataupun aiskrim untuk kurangkan rasa kejang perut.

    Makanan ketika haid seperti ini mampu mengurangkan rasa sakit yang mengganggu wanita ketika period dan membantu memperbaiki mood supaya anda tidaklah beremosi sahaja semasa haid.

    makanan untuk period

    Namun, sebelum anda ambil aiskrim di dalam peti ais, cuba fikirkan jika anda boleh tukar tabiat pemakanan itu kepada sesuatu yang lebih sihat.

    Ini ada 7 makanan yang lebih sihat dan boleh diamalkan semasa datang bulan.

    7 makanan untuk period yang PATUT anda amalkan!

    1. Sayur-sayuran hijau

    Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi banyak vitamin dan juga kaya dengan zat besi. Disebabkan wanita kehilangan banyak darah ketika haid, anda mungkin rasa lemah, pening dan penat lebih daripada biasa.

    Sayur-sayuran ini boleh membantu mengurangkan Premenstrual Syndrome (PMS) dan mengurangkan rasa letih ketika anda datang bulan.

    2. Salmon, antara makanan untuk period

    Ikan salmon mempunyai asid lemak omega-3 yang boleh mengurangkan rasa sakit ketika senggugut.

    Selain itu, asid lemak omega-3 juga sangat bagus untuk individu yang mempunyai masalah mood swing ketika datang bulan.

    Makan ikan salmon mungkin boleh membantu anda untuk mengawal simptom PMS seperti stres dan mood yang berubah-ubah.

    Semak kitaran haid dan tempoh ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Kesuburan di sini.

    3. Legakan PMS dengan makan coklat!

    makanan untuk period

    Berita baik untuk penggemar coklat!

    Menurut kajian, coklat gelap boleh melegakan sakit ketika datang bulan. Kaya dengan zat besi dan magnesium, kedua-dua komponen ini telah terbukti dapat meredakan PMS dalam kalangan wanita muda.

    Baca juga:

    4. Makanan untuk period yang sesuai: yogurt

    Yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium dapat membantu anda untuk rasa lebih baik ketika datang bulan.

    Menurut kajian, wanita yang mempunyai tahap vitamin D dan kalsium yang tinggi dalam badan akan kurang menghadapi sakit ketika haid.

    Oleh itu, cuba amalkan pengambilan yogurt secara berkala. Sebagai contoh, anda boleh cuba Greek yogurt yang mempunyai 2 kali ganda protein daripada yogurt biasa.

    Pengambilan yogurt juga akan membuatkan perut anda rasa lebih selesa. Yogurt mengandungi probiotik yang dapat membantu kesihatan perut.

    5. Amalkan minum teh halia

    Teh halia selalu dikaitkan dengan keupayaannya untuk melegakan senggugut. Sebenarnya, halia mengandungi asid mefenamic yang bertindak sebagai ubat tahan sakit semula jadi.

    Bahan antiradang ini juga boleh melegakan otot-otot yang kejang disebabkan senggugut.

    makanan untuk period

    6. Ayam sebagai sumber protein

    Ayam juga mempunyai kandungan zat besi yang tinggi, sesuai untuk wanita yang sedang datang bulan.

    Disebabkan ayam merupakan makanan yang mengenyangkan, ia boleh membantu anda untuk kurangkan rasa mengidam nak makan macam-macam!

    7. Jangan lupa untuk minum banyak air

    Paling penting sekali, jangan lupa minum air secukupnya. Minum air boleh mengurangkan risiko anda terkena dehydration headache, ataupun pening kepala disebabkan tidak cukup air.

    Jangan ambil ringan soal datang bulan

    Bukan mudah untuk jadi wanita pada abad ke-21 ini. Banyak cabaran yang perlu dihadapi sepanjang hari. Oleh itu, jangan biarkan sakit senggugut menghalang pergerakan aktif anda saban hari.

    Pemakanan yang sihat pasti akan membantu kesihatan diri anda secara menyeluruh. Jika anda amalkan makan makanan sihat, bukan sahaja senggugut akan berlalu pergi, malah anda juga pasti lebih sihat dan bertenaga!

    Apa yang penting, jaga pemakanan anda semasa datang bulan. Makanan untuk period di atas hanyalah satu cadangan untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa haid.

    Berjumpalah dengan doktor jika ada sebarang kebimbangan pada diri anda semasa datang bulan!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. What to eat and avoid during menstruation. https://www.downtoearth.org.in/news/health/what-to-eat-and-avoid-during-menstruation-63512. Accessed June 12, 2020.
    2. What Foods to Eat and Avoid on Your Period. https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/diet-and-nutrition/foods-to-eat-on-period. Accessed June 12, 2020.
    3. Kia, Afsaneh Saeedian, Reza Amani, and Bahman Cheraghian. 2015. The Association between the Risk of Premenstrual Syndrome and Vitamin D, Calcium, and Magnesium Status among University Students: A Case Control Study. Health Promot Perspect 225-230. Accessed June 12, 2020.
    4. Top 4 Foods to Help Reduce PMS Symptoms. https://www.healthywomen.org/content/article/top-4-foods-help-reduce-pms-symptoms. Accessed June 12, 2020.
    5. Rahbar, Nahid, Neda Asgharzadeh, and Raheb Ghorbani. 2015. Effect of omega-3 fatty acids on intensity of primary dysmenorrhea. International Journal of Gynecology and Obstetrics 45-47. Accessed June 12, 2020.
    6. Exercise, diet & periods. https://www.thewomens.org.au/health-information/periods/healthy-periods/exercise-diet-periods. Accessed June 12, 2020.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 06/10/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim