backup og meta

Bakteria H. pylori Jadi Sebab Kanser Perut? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2022

    Bakteria H. pylori Jadi Sebab Kanser Perut? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku di banyak bahagian pada tubuh badan termasuk perut. Persoalannya, apa sebab kanser perut itu terjadi?

    Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang boleh jadi punca seperti masalah autoimun. Selain itu, bakteria dalam perut dipercayai adalah dalangnya!

    Untuk mengetahui sama ada bakteria dalam perut juga boleh jadi sebab kanser perut atau tidak, jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut lagi.

    Kanser perut, kanser yang tiada simptom?

    Kanser perut adalah sejenis barah yang wujud di dalam organ ini. Ia turut dikenali sebagai kanser gastrik dan akan menjejaskan sistem dan fungsi perut.

    Sama seperti kebanyakan jenis kanser yang lain juga, penderita kanser perut mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom pada peringkat awalnya.

    Ini kerana proses patologi yang mendorong kanser perut berlaku pada kadar sangat perlahan selain perubahan prakanser hanya bermula pada permukaan.

    sebab kanser perut

    Pun begitu, masih ada simptom yang mungkin boleh berlaku kepada diri anda, iaitu:

  • Sakit abdomen terutamanya pada kawasan atas pusat
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Hilang selera makan
  • Cepat rasa kenyang
  • Turun berat badan
  • Pedih ulu hati
  • Najis berdarah dan berwarna hitam
  • Persoalannya, apakah sebab kanser perut ini terjadi? Ada yang percaya bakteria adalah dalangnya!

    Bakteria jenis ini juga adalah dalangnya?

    Menurut Pakar Gastroenterologi Patrick Lynch, ada bakteria dalam perut yang mungkin boleh jadi punca kanser perut iaitu Helicobacter pylori (H. pylori).

    Untuk pengetahuan anda, H. pylori adalah sejenis bakterium dengan pelbagai strain, dengan setiap strain akan menyebabkan efek berbeza pada perut.

    Bagi kebanyakan individu, keberadaan bakteria ini di dalam perut tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan atau penyakit, namun tidak semua bernasib baik.

    Ini kerana ada juga individu yang akan mengalami keradangan akibatnya. Keradangan ini pula seterusnya boleh membawa kepada masalah lain seperti kanser.

    “Bakteria H. pylori akan menyebabkan keradangan pada perut yang akan pulih dan hadir semula. Kitaran proses berkaitan regenerasi sel secara berulang kali inilah yang akan jadi sebab kanser perut”, jelas Patrick Lynch lagi.

    Bagaimana untuk tahu perut ada bakteria?

    Walaupun tidak semua sebab kanser perut itu berpunca daripada bakteria, namun individu masih perlu lebih berwaspada dengannya untuk elak penyakit berbahaya ini.

    sebab kanser perut

    Lebih-lebih lagi, bakteria jenis H. pylori yang boleh jadi punca dispepsia kronik dengan simptom:

  • Ketidakhadaman
  • Pedih ulu hati
  • Sakit perut
  • Kembung perut
  • Asid refluks
  • Ada kemungkinan bahawa gejala-gejala di atas yang disebabkan oleh H. pylori adalah sekadar jangkitan bakteria biasa dan tidak akan membawa penyakit.

    Namun masih ada risiko bahawa ia adalah petanda bakteria itu telah membiak dan memberi kesan kepada perut lantas mengakibatkan komplikasi kronik.

    Jadi, hanya melihat kepada gejala tersebut mungkin tidak mencukupi. Sila berjumpa doktor untuk diagnosis dan dapatkan ubatan atau rawatan sesuai untuknya.

    Siapa yang berisiko menghidap penyakit ini?

    Selain jangkitan bakteria H. pylori kronik, terdapat beberapa faktor risiko lain yang mungkin boleh jadi sebab kanser perut terjadi kepada anda termasuklah:

    1. Berusia 50 tahun ke atas.
    2. Berjantina lelaki, yang lebih berisiko berbanding wanita.
    3. Mengalami masalah limfoma pada organ perut.
    4. Mengalami masalah obesiti.
    5. Mempunyai sejarah kanser perut dalam keluarga.
    6. Mempunyai tabiat menghisap rokok.
    7. Mempunyai tabiat meminum alkohol.
    8. Menjalani diet yang tinggi kompaun nitrit dan nitrat.
    9. Menjalani pembedahan yang melibatkan organ perut.
    10. Menghidap penyakit Anemia Pernisius (kekurangan sel darah merah).
    11. Menghidap penyakit Menetrier (lapisan permukaan perut tebal).
    12. Bekerja di dalam bidang industri pembuatan besi atau getah.

    sebab kanser perut

    Sekiranya anda ada faktor risiko di atas ini dan ditambah pula dengan jangkitan bakteria H.pylori, maka risiko kanser perut mungkin adalah lebih tinggi.

    Disebabkan itu, adalah wajar untuk anda cuba mengubah dan mengawal faktor-faktor risiko tersebut bagi menurunkan risiko kanser jenis ini daripada berlaku.

    Apa yang anda mungkin boleh lakukan?

    Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah berjumpa dengan doktor untuk diagnosis sama ada terdapat jangkitan bakteria dalam perut atau tidak.

    Kemudian, cuba untuk mengubah dan mengawal faktor-faktor risiko kanser jenis ini dengan cara mendapatkan ubatan atau rawatan daripada doktor pakar.

    Apa yang paling penting, jangan pandang ringan jangkitan bakteria seperti H. pylori atau lain-lain kerana ia mungkin boleh membawa penyakit lebih teruk!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan