backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sekejap Marah, Sekejap Lagi Gelisah, Emosi Wanita Nak Datang Bulan Memang Kena Banyak Sabar!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 10/12/2020

    Sekejap Marah, Sekejap Lagi Gelisah, Emosi Wanita Nak Datang Bulan Memang Kena Banyak Sabar!

    Hormon! Dari (sindrom prahaid) PMS ke menopaus, merupakan fasa kewanitaan yang dapat mempengaruhi perubahan emosi semasa haid, berat badan, keinginan makan, bahkan keinginan seks anda.

    Bagi ramai wanita, ia berjalan lancar, tetapi bagi yang lain, ia adalah sesuatu yang buruk pada setiap perubahan hormon. Pelbagai sebab dalam kitaran anda boleh menjejaskan diri. 

    Dengan andaian anda tidak mengambil hormon kawalan kelahiran, yang mengubah turun naik hormon. 

    Bilakah anda akan berasa paling empati?

    Kajian menunjukkan bahawa progesteron boleh menghalang keupayaan anda untuk membaca emosi orang lain melalui ekspresi muka mereka.

    Oleh itu, sekitar lima atau enam hari kitaran anda, apabila progesteron berada pada tahap yang rendah, anda mungkin mendapati bahawa anda secara semula jadi berhubung lebih baik dengan orang lain.

    Bilakah anda akan merasa paling seksi?

    wanita bujang 30 tahun

    Apabila badan anda bersiap untuk melepaskan telur – umumnya antara hari kelima dan ke-13 kitaran anda – kenaikan estrogen yang memberi rasa senang hati. Anda mungkin akan berasa sangat yakin, feminin, dan seksi pada tempoh ini sebelum waktu paling subur terjadi. 

    Bilakah anda akan berasa paling Zen?

    Estrogen dan testosteron tiba-tiba turun sekitar hari ke-16 (walaupun ini boleh berlaku pada bila-bila masa antara hari kelima dan ke-22 dari kitaran anda), mencetuskan pembebasan telur.

    Pada masa yang sama, anda akan mengalami kenaikan progesteron, yang kadang-kadang dirujuk sebagai “hormon menenangkan atau hormon duduk rumah.’

    Anda mungkin merasakan memerlukan lebih banyak rehat dan mempunyai beberapa keinginan yang serius pada masa ini, yang mungkin merupakan cara badan anda melindungi dirinya sendiri sekiranya berlaku kehamilan.

    PMS – Perubahan emosi semasa haid 

    haid selepas melahirkan anak

    Bagi kebanyakan wanita, tanda pasti zaman reproduktif bukanlah kehamilan tetapi PMS – khususnya simptom yang berkaitan dengan mood.

    Sindrom Prahaid (PMS) adalah sekumpulan simptom yang dikaitkan dengan kitaran haid. Simptom PMS berlaku satu hingga dua minggu sebelum tempoh haid anda (haid atau pendarahan bulanan) bermula.

    PMS boleh menyebabkan perubahan mood liar yang tidak dapat dikawal pada sesetengah wanita, yang mungkin pergi daripada tempoh menangis hingga kepada letusan kemarahan dan serangan rasa cemas, kemudian kembali kepada keadaan emosi yang stabil – semuanya dalam satu hari.

    Simptom emosi PMS yang paling biasa terjadi adalah:

    • Cepat marah
    • Kemarahan
    • Kemurungan
    • Menangis
    • Terlalu sensitif
    • Rasa resah dan cemas
    • Berselang-seli kesedihan dan kemarahan

    Bagi ramai wanita, perubahan gaya hidup boleh menjadi sebahagian daripada rawatan PMS yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami PMS yang teruk, ubat mungkin diperlukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 10/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan