backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Atasinya Dengan 9 Cara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Atasinya Dengan 9 Cara Ini!

    Masalah bengkak susu sememangnya satu keadaan yang amat memeritkan. Pada ketika itu, payudara anda terasa amat keras, sangat sensitif terhadap sebarang sentuhan.

    Silap hari bulan, emosi anda turut akan terganggu; rasa ingin marah sahaja. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan tahu betapa terseksanya jiwa raga ketika itu.

    Tetapi apakah sebenarnya masalah bengkak susu ini? Dan adakah kaedah rawatan bengkak susu?

    Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu bengkak susu berketul?

    Bengkak susu merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayi, selain daripada isu kekurangan susu, puting melecet dan sebagainya.

    Namun, setiap masalah yang dihadapi, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Tetapi sebelum itu apa kata kita fahami terlebih dahulu mengenai masalah bengkak susu ini. 

    Bengkak susu merupakan satu keadaan yang terjadi apabila payudara membengkak. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan susu ibu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan. Keadaan ini menyebabkan payudara akan berasa sakit akibat mengeras.

    Masalah ini akan berlaku apabila susu ibu yang dihasilkan adalah secara berlebihan tetapi bayi hanya menyusu sedikit sahaja. Ia seperti situasi supply dan demand yang tidak seimbang. Kesannya payudara akan menjadi keras dan membengkak. Ini sekali gus menyukarkan ibu untuk menyusukan bayi. 

    Selalunya masalah bengkak susu berlaku pada kawasan dada sehingga ketiak. Beberapa simptom bengkak susu berketul yang boleh dikenal pasti, antaranya:

  • Payudara mengalami bengkak, keras, ngilu dan sakit
  • Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh
  • Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu
  • Kelenjar pada bahagian ketiak turut mengalami bengkak dan sakit 
  • Walau bagaimanapun masalah ini jarang berlaku pada kedua-dua bahagian payudara secara serentak. Ada masanya ia hanyalah bengkak pada bahagian areola atau ketiak sahaja.

    Dalam sesetengah kes, ibu yang berdepan keadaan ini turut mengalami demam ringan. Namun, bengkak susu ini merupakan satu masalah yang boleh dirawat di rumah dan tidak memerlukan rawatan bengkak susu di hospital. 

    Atasi masalah bengkak susu

    masalah bengkak susu
    Petua mengatasi bengkak susu di rumah.

    Berikut adalah beberapa cara hilangkan bengkak susu tersumbat yang boleh dilakukan di rumah.

    • Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar
    • Anda juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, jangan lupa untuk membuat urutan secara membulat pada bahagian payudara.
    • Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut
    • Anda juga boleh membuat urutan perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak
    • Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola
    • Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap
    • Anda juga boleh menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi
    • Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil bagi mengelakkan saluran penyusuan daripada tersumbat
    • Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu

    Elak 2 perkara rawatan bengkak susu

    bayi kerap menyusu
    Sukatan susu mengikut umur bayi.

    Daun kubis

    Ada yang mengatakan penggunaan daun kubis boleh membantu mengurangkan masalah bengkak susu yang dialami.

    Namun, dalam masa yang sama di dalam kubis mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut dan ini boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu berkurangan.

    Seandainya anda masih mahu meletakkannya, disarankan untuk meletakkan dalam tempoh yang sekejap sahaja.

    Pam susu

    Sememangnya bengkak susu ini berlaku kerana susu yang berlebihan tidak dikeluarkan. Tetapi sebaiknya, anda elakkan daripada mengepam susu ketika payudara masih terlalu bengkak.

    Ini kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan berisiko mengakibatkan keadaan semakin melarat.

    Pilihlah untuk menggunakan tangan. Tangan anda boleh merasai setiap satu saluran pada payudara. Malah, keadaan tangan yang panas juga dipercayai dapat melancarkan aliran susu yang tersumbat.

    Apabila keadaan bengkak pada payudara sudah berkurangan, anda boleh memilih untuk menggunakan pam susu. Namun, pastikan anda menggunakan mod mengepam yang paling ringan. 

    kesan bengkak susu
    Susu formula untuk bayi.

    Jangan ambil mudah masalah bengkak susu

    Bengkak susu berketul bukanlah satu perkara yang boleh dianggap sebagai satu perkara remeh. Walaupun ia bukan satu masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital. Tetapi keadaan ini, jika dibiarkan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu. 

    Jadi kepada ibu yang menyusukan bayi, pastikan kerap melakukan sesi penyusuan badan kepada bayi. Tidak ada sebarang jadual penyusuan bayi.

    Susukanlah bayi anda anda 10 hingga 12 kali sehari. Proses penyusuan ini merupakan antara saat untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang dari anda dan bayi. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan