Tahukah anda, makanan untuk period atau datang bulan boleh memainkan peranan yang besar?
Disebabkan itu, ramai wanita yang mengalami pelbagai masalah yang berbeza-beza ketika datang bulan.
Ada yang akan mendapat senggugut. Tidak kurang juga, ada yang mengalami mood swing yang menjejaskan kualiti mood harian.
Namun, sudah pasti ramai yang rasa penat dan letih ketika datang bulan. Badan pula mesti rasa sakit-sakit.
Pening kepala juga bukan sesuatu yang asing ketika period.
Pasti anda tertanya-tanya jika ada cara untuk mengurangkan rasa sakit dan stres ketika period. Jangan risau! Kami ada jawapannya!
Ikuti artikel kami untuk tahu lebih lanjut tentang makanan yang PATUT anda ambil ketika datang bulan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Makanan untuk period bagi wanita
Pada zaman ini, ramai wanita mempunyai kerjaya sendiri dan senggugut mungkin menjadi salah satu faktor untuk wanita sukar fokus semasa bekerja.
Jadi, ada di antara wanita tersebut yang mempunyai ‘makanan istimewa’ yang diamalkan pada waktu datang bulan.
Sebagai contoh, ada yang mengamalkan teh halia untuk mengurangkan senggugut. Ada juga yang makan coklat ataupun aiskrim untuk kurangkan rasa kejang perut.
Makanan ketika haid seperti ini mampu mengurangkan rasa sakit yang mengganggu wanita ketika period dan membantu memperbaiki mood supaya anda tidaklah beremosi sahaja semasa haid.
Namun, sebelum anda ambil aiskrim di dalam peti ais, cuba fikirkan jika anda boleh tukar tabiat pemakanan itu kepada sesuatu yang lebih sihat.
Ini ada 7 makanan yang lebih sihat dan boleh diamalkan semasa datang bulan.
7 makanan untuk period yang PATUT anda amalkan!
1. Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi banyak vitamin dan juga kaya dengan zat besi. Disebabkan wanita kehilangan banyak darah ketika haid, anda mungkin rasa lemah, pening dan penat lebih daripada biasa.
Sayur-sayuran ini boleh membantu mengurangkan Premenstrual Syndrome (PMS) dan mengurangkan rasa letih ketika anda datang bulan.
2. Salmon, antara makanan untuk period
Ikan salmon mempunyai asid lemak omega-3 yang boleh mengurangkan rasa sakit ketika senggugut.
Selain itu, asid lemak omega-3 juga sangat bagus untuk individu yang mempunyai masalah mood swing ketika datang bulan.
Makan ikan salmon mungkin boleh membantu anda untuk mengawal simptom PMS seperti stres dan mood yang berubah-ubah.
Semak kitaran haid dan tempoh ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Kesuburan di sini.
3. Legakan PMS dengan makan coklat!
Berita baik untuk penggemar coklat!
Menurut kajian, coklat gelap boleh melegakan sakit ketika datang bulan. Kaya dengan zat besi dan magnesium, kedua-dua komponen ini telah terbukti dapat meredakan PMS dalam kalangan wanita muda.
Baca juga: