Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 3 minit bacaan

Otak manusia, selain daripada badan adalah antara bahagian penting yang perlu dijaga. Terdapat beberapa cara meningkatkan kecerdasan otak yang perlu anda lakukan.

Kepentingan otak manusia

Apabila bercakap mengenai penjagaan kesihatan diri, pasti kita akan terlintas tentang penjagaan fizikal badan dan sebagainya. Namun, jarang sekali kita memperkatakan tentang penjagaan otak, betulkan? 

Pernahkah anda terfikir cara meningkatkan kecerdasan otak setelah seharian menggunakannya dalam melakukan tugasan harian?

Sedangkan tanpa disedari, otak manusia adalah 1 bahagian penting dan berkuasa dalam mempengaruhi kehidupan harian kita.

Umumnya, otak adalah bahagian yang bertanggungjawab untuk mengawasi keseluruhan kehidupan kita. 

Bermula daripada tindak balas kognitif, reseptor deria rasa sehinggalah kepada mengingati memori seperti hari ulang tahun ahli keluarga anda.

Tahap kesihatan otak adalah penting apabila melibatkan kemampuan untuk berfikir, bertindak dan meneruskan kehidupan dengan baik.

Justeru itu, adalah sangat penting untuk kita mengurangkan faktor risiko yang boleh menyebabkan tekanan kepada otak, dengan memastikan ia kekal aktif apabila meningkat usia.

Dalam kerisauan dan kebimbangan memikirkan tentang pandemik COVID-19 yang melanda negara, kita sebenarnya turut meningkatkan risiko mengembangkan gangguan otak seperti migrain, strok atau demensia

Jadi apakah cara meningkatkan kecerdasan otak yang boleh dilakukan?

6 cara meningkatkan kecerdasan otak

otak manusia

Menurut Pakar Neurologi di Sunway Medical Center Velocity (SMCV), Dr Kok Chin Yong, terdapat beberapa langkah atau cara meningkatkan kecerdasan otak bagi mencegah perkembangan penyakit otak dan memastikan keseimbangannya.

Ia dikenali sebagai SEMMMS, iaitu Sleep, Exercise, Medical, Medication, diet MIND & Social.

  1. Tidur kunci utama

Tidur memainkan peranan penting bagi mengekalkan fungsi asas dalam kehidupan. 

Banyak kajian menunjukkan bahawa kualiti tidur yang buruk boleh menyebabkan atau mempercepatkan penurunan fungsi kognitif.

Tahap kebersihan tidur juga kunci bagi mendapatkan tidur malam yang baik. Ia merujuk kepada kepelbagaian amalan yang dilakukan untuk mendapatkan waktu tidur malam yang berkualiti. 

Ini termasuk mengelakkan cahaya daripada gajet 1 hingga 2 jam sebelum tidur, pengambilan kafein selepas jam 3 petang, makanan berat atau aktiviti senaman berintensiti tinggi pada waktu malam.

  1. Senaman secara berkala

Mengamalkan gaya hidup sihat terbukti sebagai 1 cara meningkatkan kecerdasan otak serta tahap kesihatannya. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan bahawa manfaat gaya hidup aktif dapat dilihat mampu mengurangkan risiko mengembangkan masalah demensia.

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala dapat mengurangkan risiko strok kepada individu.

Jjadi, setiap individu amat disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 40 minit pada 1 sesi senaman, 3 kali sehari.

cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

  1. Pengambilan ubatan 

Masalah tekanan darah tinggi adalah faktor risiko paling tinggi untuk mengembangkan masalah strok. Disebabkan itu, penting untuk mengawal tekanan darah anda.

Hipertensi tidak terkawal boleh menyebabkan perubahan pada saluran darah kecil pada otak manusia dan menyebabkan anda terdedah kepada risiko mengalami strok serta demensia.

Jadi penting untuk mereka dengan masalah kesihatan diabetes, hipertensi atau tekanan darah tinggi mengambil ubat mengikut waktu yang ditentukan.

  1. Amalan meditasi

 Melakukan meditasi dipercayai dapat mengurangkan masalah berkaitan kemurungan dan ketagihan. 

Kewujudan masalah pandemik COVID-19 telah meningkatkan jumlah masalah kesihatan mental terutamanya berkaitan kegelisahan.

Sekiranya dilakukan secara berkala, meditasi seperti yoga dapat membantu memberikan ketenangan pada minda, mengurangkan kegelisahan dan menurunkan tekanan dalam diri.

  1. Diet pemakanan

Diet MIND iaitu Mediterranean-DASH for Neurodegenerative delay – gabungan Mediterranean dan DASH.

Ia terdiri daripada sayuran hijau dan berdaun hijau, bijirin penuh, beri, minyak zaitun dan ikan.

Berdasarkan kajian epidemiologi, diet ini mampu memperlambatkan penuaan otak manusia sekitar 7.5 tahun dan mengurangkan risiko Alzheimer.

Pengamalan diet pemakanan tidak sihat seperti garam berlebihan dan kurang pengambilan buah-buahan dan sayuran meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.

  1. Aktif secara sosial

Individu yang aktif secara sosial boleh menurunkan risiko mengalami demensia. Ia merupakan 1 cara meningkatkan kecerdasan otak yang mudah.

Interaksi sosial tidak hanya terhad kepada perbualan secara bersemuka.

Tetapi boleh dilakukan menggunakan kemajuan teknologi masa kini seperti panggilan video, panggilan telefon, emel mahupun medium sosial lain.

Membentuk 1 rangkaian sokongan baik secara sosial dapat membantu mengurangkan masalah kemurungan dan kegelisahan.

cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

Penyakit melibatkan keadaan otak manusia

Di Malaysia, strok adalah penyebab kematian ketiga tertinggi. Terdapat 2 jenis, iaitu:

  • Strok Iskemia – bekalan darah ke otak terjejas disebabkan pembekuan darah
  • Strok Hemoragik – arteri pada otak pecah dan mengakibatkan pendarahan

Antara cara untuk merawatnya adalah dengan melakukan rawatan Velocity Neurocentre (VNC) di SMCV. 

Di sana tersedia rawatan berpotensi untuk memulihkan aliran darah bagi pesakit dengan strok Iskemia.

Penjagaan kesihatan diri

Seringkali, masalah strok berlaku melibatkan faktor yang tidak dapat diubah seperti usia dan sejarah keluarga. 

Namun, masih ada faktor yang boleh diubah termasuk sejarah perubatan serta gaya hidup dan diet pemakanan harian.

Sekiranya anda mengalami simptom strok seperti kesukaran mengekalkan keseimbangan diri, kemerosotan penglihatan, kesukaran bertutur, kelemahan pada otot muka dan tangan, lakukan pemeriksaan dengan segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

Hubungan seks yang berlaku seharusnya melahirkan rasa kepuasan. Tetapi berlainan pula dengan anda, gangguan emosi yang dialami. Mengapakah ia berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

Mengapa hubungan seksual yang diinginkan perlu mendapatkan persetujuan bersama pasangan anda? Apakah kesan aktiviti seks paksa jika ia diteruskan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

Terdapat pelbagai variasi meditasi boleh diamalkan seperti berjalan. Berita baiknya banyak manfaat meditasi berjalan yang bagus untuk tahap kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

Bagaimana jika anda mengetahui masalah kesihatan yang cenderung untuk dialami diri? Buat kaum lelaki, ini risiko kesihatan patut diberikan perhatian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ibu mengandung

Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
gila seks

Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
patah hati

Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
hubungan seks mengecewakan

Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan