home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

Media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita pada hari ini kerana tanpanya, terasa seakan tidak lengkap pula kehidupan seharian kita.

Pun begitu, ketagihan inilah yang akan mendatangkan pelbagai masalah ekoran platform yang berguna ini telah berubah menjadi ‘toksik’.

Ini disebabkan oleh sifat segelintir pengguna yang narsisistik, tidak sensitif, gemar membuli serta menyampaikan pelbagai berita tidak sahih.

Untuk menyelesaikan masalah ini, ramai yang berfikir untuk memadam akaun media sosial bukan? Nanti dulu, ada perkara lain boleh buat!

Media sosial di Malaysia, lebih banyak buruk daripada baik?

Kewujudan pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat, Whatsapp dan sebagainya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Pada dasarnya, ia dicipta untuk menghubungkan individu agar lebih mudah bersapa, berkomunikasi serta berdiskusi secara ilmiah pelbagai perihal kehidupan.

Namun lain pula jadinya kerana ada segelintir individu yang salah menggunakannya untuk tujuan tidak baik seperti mengaibkan orang lain.

Kesan negatif media sosial di Malaysia adalah sangat berat kerana ia akan menjejaskan kesihatan mental bahkan fizikal terhadap penggunanya.

Jadi, silalah gunakan media sosial atau medsos ini dengan bijak! Bagaimana?

ketagihan media sosial

Tidak perlu padam akaun media sosial, tapi amalkan ini!

Memadamnya bukan satu pilihan yang baik kerana ia akan membuat kalian terputus hubungan secara terus dengan dunia luar dalam lingkungan masyarakat anda.

Sebaliknya, silalah gunakan medsos secara bijak dengan cara:

#1. Kecilkan skop media sosial anda

Seperti mana yang kita semua tahu, terdapat banyak platform untuk bersosial dan ini sebenarnya merupakan masalah yang utama.

Ini kerana semakin banyak kita menghadap skrin, semakin ketagih kita terhadap teknologi yang seterusnya akan menjejaskan kehidupan.

Oleh itu, cuba kecilkan skop media sosial kepada beberapa yang penting sahaja!

Sebagai contoh, mungkin kalian boleh menggunakan beberapa platform asas seperti aplikasi Whatsapp sahaja untuk berhubung dengan kenalan.

#2. Hadkan kenalan anda di media sosial

Jika anda periksa kembali senarai kenalan di platform medsos milik sendiri, sudah pasti ada mereka yang tidak pernah dikenali bukan?

Sebenarnya, adalah tiada guna untuk berteman di atas talian jika tidak pernah bertegur dan anda sendiri perlu melakukan perubahan dengan segera.

Caranya, hadkan kenalan anda di media sosial ini kepada individu yang anda kenal atau yang rapat dengan anda sahaja untuk lebih menjamin keharmonian.

ketagihan media sosial

#3. Cuba komen dan balas dengan baik

Antara fitur platform medsos yang popular adalah kita semua mampu meluahkan apa sahaja yang ada di fikiran melalui hujung jari.

Namun kebanyakan unsur yang dikomen atau dibalas itu adalah perkara yang tidak elok terutamanya jika pengirimnya sendiri bersifat toksik.

Cara untuk mengubahnya adalah cuba komen dan balas setiap kiriman kenalan sosial anda itu dengan baik agar tidak mengundang perbalahan secara atas talian!

#4. Selenggara notifikasi medsos anda

Notifikasi medsos adalah antara fitur yang sangat penting kerana ia akan memberitahu anda segala perkembangan semasa yang kalian ikuti.

Pun begitu, adakah anda mahu telefon pintar berdering setiap kali ada notifikasi yang masuk? Ini terutamanya jika notifikasi tersebut adalah berita tidak baik!

Maka, mungkin anda mahu cuba selenggara dan nyahfungsi notifikasi perkara yang boleh merosakkan mood anda, contohnya kiriman yang berunsur negatif.

Sebaliknya, hanya terima notifikasi daripada berita dan kemaskini perkara yang anda minat sahaja untuk menceriakan hari selain menjimatkan bateri.

media sosial

#5. Social media boundaries

Medsos memang dicipta untuk kita lebih mudah berhubung pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang kita hajati, namun ia perlu diubah segera!

Sebenarnya, terdapat 3 aspek utama yang kalian perlu ambil tahu tatkala bermain media sosial iaitu:

Masa

Dalam sehari, anda wajar menetapkan bila masa yang paling sesuai untuk bermain medsos dan bukannya setiap ketika.

Contohnya, cuba tetapkan pada waktu rehat tengah hari semasa pekerjaan anda. Sudah tentu ia juga tidak akan mengganggu tugasan anda!

Tempat

Selain itu, anda juga wajar menetapkan di mana tempat yang paling sesuai untuk bermain medsos dan bukannya di setiap pelosok lokasi.

Mungkin di kamar tidur tatkala sebelum ingin melelapkan mata? Dengan ini, anda juga tidak akan dipanggil kera sumbang!

Kandungan

Akhir sekali, sila tetapkan kandungan yang anda minat dan perlu untuk lihat sahaja.

Sebagai contoh, anda mungkin harus menyekat kandungan berunsur lucah, politik atau toksik yang hanya akan mengeruhkan kesihatan mental dan fizikal anda!

Ya, media sosial di Malaysia mungkin diperlukan untuk menghubungkan anda namun ia harus digunakan dengan betul agar tidak mendatangkan kesan negatif.

Oleh itu, lihatlah dengan mata hati dan tegah jari daripada berbicara perkara tidak elok okay?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.self.com/story/social-media-mental-health-tips
  2. https://www.helpguide.org/articles/mental-health/social-media-and-mental-health.htm
  3. https://www.lifespan.org/lifespan-living/social-media-good-bad-and-ugly
  4. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/tween-and-teen-health/in-depth/teens-and-social-media-use/art-20474437
  5. https://knowledge.wharton.upenn.edu/article/impact-of-social-media/
Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Farid pada 26/01/2021
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
x