home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Mengingati Apa Yang Dibaca

Tip Mengingati Apa Yang Dibaca

Membaca, sama ada daripada media elektronik seperti telefon bimbit dan komputer, mahupun secara tradisional, contohnya seperti buku, akhbar atau pun majalah, adalah satu perkara yang baik. Namun, ramai individu mengakui sukar mengingati apa yang dibaca, walaupun mereka menyukai bahan bacaan tersebut. Berikut dikongsikan beberapa teknik untuk membantu anda mengingati apa yang dibaca.

  1. Memahami tujuan

Setiap individu mempunyai tujuan untuk membaca dan berfikir mengenai tujuan tersebut semasa membaca. Jika anda membaca sekadar untuk memenuhi masa terluang atau sekadar untuk hiburan, ia tidak akan mendatangkan banyak masalah. Tetapi sekiranya anda membaca untuk pemahaman berkaitan sesuatu topik, atau untuk pembelajaran, anda harus merangka apa yang anda ingin ketahui dan ingati daripada proses pembacaan tersebut.

  1. Membuat nota, ‘highlighting’

Pastikan anda menyediakan pensil dan pen highlight setiap kali anda membaca. Gariskan perenggan atau perkataan yang anda merasakan ia mengelirukan, menarik atau penting. Lukis rajah untuk melihat struktur idea utama. Atau sekiranya ia berkaitan sesuatu yang anda kurang fahami, anda boleh membuat rujukan dan carian lain untuk menambahkan pemahaman anda.

  1. Merancang

Bergantung kepada tujuan anda membaca, sesetengah tugas membaca adalah lebih dari sekadar membaca. Anda mungkin perlu melangkau bahan bacaan anda atau dirujuk sebagai skim teks, ia bukan bermakna anda harus melangkau keseluruhan proses bacaan. Tetapi ia membantu anda untuk mengenali dan serasi dengan topik dan kata kunci bahan bacaan tersebut agar ia bersesuaian dengan apa yang anda inginkan dari proses bacaan nanti.

  1. Gambar, imej

Pernah tak anda membaca novel dan otak anda membayangkan apa yang anda baca itu? Sebenarnya, membayangkan apa yang anda baca ke bentuk gambar atau imej adalah sangat membantu untuk anda mengingati apa yang anda baca. Imej atau gambar juga amat mudah diingati dan dihubungkaitkan untuk melengkapkan penceritaan.

  1. Mengulangi

Jika bahan bacaan anda merupakan teks yang panjang, bahagikan ia ke beberapa perenggan pendek, mengikut tahap kesesuaian bahan bacaan, sambil memikirkan dan menghuraikan apa yang anda baca. Ulangi bahan bacaan anda setiap hari untuk beberapa kali selepas hari pertama membaca.


Fahami kandungan bahan bacaan dan lihat bagaimana ia memenuhi tujuan bacaan anda, adakah ia sesuai dengan apa yang anda ingin ketahui, dapatkah anda memahami apa yang anda baca. Ia bukan sahaja untuk menggalakkan pembentukan memori, tetapi juga sebagai pemahaman.

  1. Konsentrasi

Tumpuan dan fokus adalah penting untuk membantu anda mengingati atau menghafal apa yang dibaca. Gangguan persekitaran boleh menyebabkan anda tidak fokus. Membaca ketika anda tidak dapat menumpukan perhatian adalah membuang masa. Tempoh konsentrasi normal adalah dalam 10-15 minit pada satu-satu masa. Tetapi tempoh konsentrasi itu boleh dipanjangkan sekiranya anda mempunyai dapat mendisplinkan fokus anda.

  1. Berkongsi

Ada yang mengatakan, apabila anda ingin mengingati sesuatu yang anda perolehi atau baca, anda harus melakukan sesuatu mengenainya. Berkongsi pengetahuan anda dengan individu lain, dapat membantu anda untuk lebih mengingati apa yang anda baca. Tambahan pula, jika anda merasakan anda sukar untuk menerangkannya kepada individu lain, anda mungkin perlu membacanya kembali.

  1. Kuat

Membaca dengan kuat dikatakan dapat membantu anda untuk lebih memahami dan mengingati apa yang dibaca. Menurut pakar psikologi Art Markman, menerusinya tulisan di dalam Psychology Today menyatakan, strategi ini adalah terbaik apabila terdapat beberapa kunci perkataan yang perlu anda ingati. Ini kerana perenggan yang anda baca dengan lebih kuat atau mungkin lebih jelas pada pendengaran anda adalah satu keistimewaan. Ia akan membuatkan anda mengingati bahawa anda pernah menyatakan perkataan atau perenggan tersebut dan anda memiliki memori mengenainya berbanding, perkataan yang anda baca tanpa bunyi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

8 Tips To Remember What You Read

https://sharpbrains.com/blog/2009/05/14/8-tips-to-remember-what-you-read/ /Accessed on March 4, 2019.

 

8 tricks for remembering everything you read

https://www.businessinsider.my/how-to-remember-everything-you-read-2015-9/?r=US&IR=T /Accessed on March 4, 2019.

 

Science Says This Is the Simplest Way to Remember More of What You Read

https://www.inc.com/wanda-thibodeaux/science-says-this-is-simplest-way-to-remember-more-of-what-you-read.html /Accessed on March 4, 2019.

 

The Complete Guide to Remembering What You Read

https://betterhumans.coach.me/the-complete-guide-to-remembering-what-you-read-1ffb74b4e04a /Accessed on March 4, 2019.

 

3 Best Ways To Remember What You Read

https://www.spreeder.com/3-best-ways-to-remember-what-you-read/  /Accessed on March 4, 2019.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x