backup og meta

PRU15: Ini 17 Perkara Penting Anda MESTI Tahu Sebelum, Semasa & Selepas Mengundi!

PRU15: Ini 17 Perkara Penting Anda MESTI Tahu Sebelum, Semasa & Selepas Mengundi!

Musim mengundi 2022 telah tiba dan seluruh rakyat Malaysia akan membuang undi masing-masing pada 19 November 2022. Memandangkan pilihan raya umum ini hanya datang setiap 5 tahun sekali, adakah anda tahu apakah yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas mengundi? Ini kami kongsikan beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian pada hari mengundi. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Sebelum mengundi 2022

mengundi 2022

Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum hari pengundian, khususnya bagi mereka yang perlu pulang ke kampung untuk mengundi.

Antara perkara penting tersebut adalah:

  1. Bagi mereka yang hendak balik ke kampung, rancang perjalanan anda sebaiknya. Memandangkan kebanyakan kerajaan Negeri mengumumkan cuti khas pada hari Jumaat, 18 November 2022, anda mempunyai lebih masa untuk pulang ke kampung. Jika laluan ke kampung anda dijangkakan sesak pada waktu pagi, memandulah pada waktu malam atau sebelum subuh.
  2. Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, pastikan anda membawa bersama peralatan perubatan dan ubat-ubatan anda.
  3. Maklumkan kepada pihak polis berhampiran kediaman mengenai ketiadaan anda sepanjang berada di kampung untuk mengundi 2022. Daftar dan berikan maklumat lengkap melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol atau VSP agar pihak polis boleh membuat rondaan berkala untuk mengawasi kediaman anda sepanjang berada di kampung

Semasa hari mengundi

mengundi 2022

Hari mengundi merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap individu. Namun hari inilah yang paling banyak anda perlu berikan perhatian.

Sila semak perkara di bawah ini:

  1. Sebelum hadir ke pusat mengundi, sila semak daftar mengundi anda melalui portal ‘MySPR Semak’. Ia juga boleh dimuat turun menerusi telefon pintar. Tekan ‘Semakan Daftar Pemilih’ dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Setelah itu, semak maklumat peribadi anda seperti nama dan nombor kad pengenalan. Anda juga boleh mengetahui maklumat lain seperti pusat mengundi, saluran, cadangan masa mengundi dan juga bilangan. Ini penting terutamanya jika anda pernah memohon tukar tempat mengundi
  2. Selain itu, anda juga boleh mengetahui nombor bilangan anda dalam aplikasi tersebut. Anda tidak perlu lagi beratur di barung atau khemah SPR sebelum memasuki bilik mengundi untuk mendapatkan nombor bilangan. Catat nombor bilangan tersebut sebelum hadir ke pusat mengundi 2022. 
  3. Elakkan memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti yang bertanding kerana pusat pengundian adalah zon bebas selain tempoh berkempen yang sudah tamat. Anda tidak dibenarkan memasuki pusat pengundian jika memakai pakaian dengan nama calon atau logo parti. 
  4. Sebaiknya, pakai pelitup hidung kerana kawasan pengundian akan dipenuhi ramai orang. Bagi penghidap diabetes, bawa bersama snek manis atau air kotak sebagai persediaan.
  5. Beratur di pusat pengundian mengikut saluran anda.
  6. Berikan kad pengenalan serta kertas yang tertera nombor saluran dan bilangan anda kepada petugas SPR yang pertama. 
  7. Tunggu nama anda disebut dan setelah itu, bergerak ke petugas SPR yang kedua untuk mencalit dakwat kekal pada jari anda. Petugas SPR tersebut akan memeriksa jari anda dahulu bagi memastikan tiada sebarang calitan dakwat kekal pernah dilakukan. 
  8. Setelah proses calitan jari, bergerak ke petugas SPR ketiga untuk mendapatkan kertas undi. Bagi musim mengundi 2022 di Negeri Pahang, Perak dan Perlis, anda akan mendapat dua jenis kertas undi iaitu untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga Dewan Rakyat (Parlimen). Bagi negeri-negeri lain pula, anda akan mendapat satu kertas undi sahaja iaitu untuk pengundian calon Dewan Rakyat. 
  9. Pergi ke petak mengundi dan buat undian anda. Buat tanda ‘X’ pada kotak nama calon atau parti yang anda mahu undi. Anda hanya dibenarkan untuk memilih satu calon sahaja bagi satu kertas undi. 
  10. Lipat semula kertas undi dan masukkan ke dalam peti undi mengikut peringkat undian (DUN atau Parlimen). 
  11. Terus keluar daripada bilik mengundi mengikut laluan yang telah ditetapkan. 

Selepas mengundi 2022

mengundi 2022

  1. Gunakan hand sanitizer sejurus anda selesai mengundi. Ingat, COVID-19 masih ada di luar sana.
  2. Bagi mereka yang menghidap diabetes, semak paras gula darah anda untuk mengelakkan kejadian hipoglisemia atau gula darah rendah. Jika alami gejala hipoglisemia, segera makan snek dan minum air kotak yang dibawa.
  3. Biarkan dakwat kekal pada jari anda sehinggalah waktu mengundi tamat. Kemudian, barulah disarankan untuk dicuci. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Semak Maklumat Pengundian Sebelum Mengundi. https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/kenyataan-media/semak-maklumat-pengundian-sebelum-mengundi. Accessed on November 11, 2022. 

Know Your Rights. https://www.aclu.org/know-your-rights/voting-rights. Accessed on November 11, 2022.

Buku Panduan Rakyat. Pilihanraya & Demokrasi. https://www.malaysianbar.org.my/cms/upload_files/document/RG9bm.pdf. Accessed on November 11, 2022.

Cukup tempoh lima tahun, buatlah pilihan raya. https://negerikita.org/cukup-tempoh-lima-tahun-buatlah-pilihan-raya/. Accessed on November 11, 2022.

Pilihan Raya Umum Ke-15. https://qgenanalysts.org/isu-pilihan-raya-umum-ke-15/. Accessed on November 11, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

KEMBALI MENGGANAS! Ini 8 Simptom Yang Mungkin Anda Alami Jika Dijangkiti Subvarian Terbaru Omicron COVID-19


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan