backup og meta

Aplikasi Telefon Pintar Untuk Wanita Rancang Keluarga, Adakah Ia Berhasil?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    Aplikasi Telefon Pintar Untuk Wanita Rancang Keluarga, Adakah Ia Berhasil?

    Aplikasi telefon pintar yang serba canggih sangat penting dalam kehidupan moden masa kini sehingga ia juga mungkin boleh bantu anda yang ingin atau elak hamil!

    Ya, tidak hairan jika aplikasi sebegini juga wujud ekoran kemajuan teknologi masa kini. Namun benarkah bahawa ia boleh bantu dalam usaha anda merancang keluarga?

    Untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut, ayuh teruskan membaca artikel!

    Aplikasi telefon pintar untuk rancang keluarga!

    Memahami bagaimana sistem dan fungsi biologi pada tubuh badan anda adalah salah satu daripada usaha yang sangat penting ketika merancang keluarga.

    Pada hari ini, kesemuanya berada di hujung jari anda sahaja. Dengan hanya satu klik, anda mungkin dapat tahu bila waktu anda tidak atau paling subur.

    Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis dan jenama aplikasi telefon pintar untuk rancang keluarga yang juga boleh diakses secara percuma di jalur lebar.

    Aplikasi-aplikasi ini dicipta khas untuk tujuan menjejak kitaran menstrual seorang wanita bagi mengetahui waktu bila anda dan pasangan perlu bersama.

    aplikasi telefon pintar

    Ia mungkin sangat bagus buat mereka yang ingin atau elak hamil. Namun, adakah ia berkesan?

    Adakah aplikasi rancang keluarga ini berkesan?

    Mungkin anda semua akan terfikir dan tertanya bagaimana aplikasi ini mampu untuk mengetahui tahap kesuburan seseorang wanita hanya dengan klik pada skrin.

    Menurur Pakar Kesuburan & Kesihatan Reproduktif Dr Jessica Chan, aplikasi telefon pintar ini bekerja dengan cara menganggar bila wanita akan berovulasi.

    “Melainkan jika wanita itu memeriksa proses ovulasi secara fizikal, aplikasi sebegini hanya akan memberitahu anggaran hari mereka subur sahaja”, jelas beliau lagi.

    Secara tidak langsung, beliau telah memberi gambaran bahawa cara ini mungkin tidak begitu berkesan kerana ia adalah sama seperti kiraan pada kalendar.

    Kajian pada tahun 2018 pula telah mendapati bahawa ketepatan anggaran tarikh yang diberikan oleh aplikasi-aplikasi ini mungkin hanyalah pada paras 21%.

    Apa yang anda perlu tahu tentang ovulasi?

    Menurut American Pregnancy Association, kitaran menstrual buat seorang wanita yang sihat dan normal tubuh badan adalah berpurata sekitar 28 ke 32 hari.

    Bermula pada hari pertama mereka tamat datang haid, ramai wanita akan menjalani proses ovulasi pada sekitar hari yang ke-11 hingga 21, bergantung pada individu.

    Kebiasaannya, mereka akan berovulasi pada tengah-tengah kitaran menstrual mereka meskipun ia sangat bergantung kepada kitaran datang haid normal atau tidak.

    Terdapat beberapa faktor yang akan menjejaskan proses ini termasuklah masalah hormon yang perlu diselesaikan melalui ubatan atau rawatan terlebih dahulu.

    aplikasi telefon pintar

    Bagaimana aplikasi ini masih boleh bantu?

    Walaupun aplikasi telefon pintar untuk rancang keluarga ini dianggap tidak begitu berkesan, ia mungkin masih boleh buat wanita faham akan kitaran menstrual.

    Ini kerana kebanyakan wanita mungkin tidak tahu atau peduli akan kitaran menstrual melainkan jika mereka sedang dalam usaha ingin atau elak kehamilan.

    Disebabkan itu, data-data daripada aplikasi sebegini sangat penting dan boleh jadi rujukan para doktor untuk menilai tahap kesuburan seseorang wanita.

    Dalam erti kata lebih mudah, anda boleh menggunakan data-data daripada aplikasi ini sebagai rujukan doktor untuk rancang keluarga dengan lebih mudah.

    Alternatif untuk aplikasi rancang keluarga?

    Memandangkan tahap keberkesanan aplikasi sebegini adalah rendah, maka penting untuk anda ada alternatif lain yang lebih efektif untuk rancang keluarga.

    Antara salah satu alternatif yang paling popular adalah penggunaan kit pengesan ovulasi yang bersifat lebih fizikal dan dipercayai lebih efektif untuknya.

    Menurut World Health Organization (WHO), kit pengesan ovulasi adalah jauh lebih berkesan untuk rancang keluarga berbanding aplikasi telefon pintar.

    Ini kerana pemeriksaan secara fizikal itu adalah jauh lebih tepat jika hendak dibandingkan dengan pemeriksaan data yang didapati oleh peranti moden.

    aplikasi telefon pintar

    Pun begitu, sebaik-baiknya anda dan pasangan disarankan untuk berjumpa doktor untuk merancang keluarga!

    Sila berjumpa doktor untuk merancang keluarga!

    Paling penting, anda dan pasangan perlu berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor kerana kehamilan itu mungkin adalah sesuatu yang agak rumit.

    Ini kerana anda mungkin akan hamil walaupun tidak mahu atau sebaliknya kerana ia melibatkan pelbagai faktor termasuklah keadaan kesihatan tubuh badan.

    Konklusinya, sama ada anda dan pasangan ingin hamil atau elak hamil, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut tentangnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan