Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Di era pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini, semua orang pasti akan menggunakan hand sanitizer.

Ini kerana cecair pencuci tangan yang satu ini merupakan antara senjata utama untuk memerangi wabak virus korona baharu.

Sesuai dengan namanya, ia sudah tentu akan digunakan pada tangan untuk membasmi kuman, bakteria atau virus.

Namun tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi hand sanitizer yang lain? Jom kita semua ikuti artikel ini!

Apa sebenarnya hand sanitizer?

Untuk pengetahuan anda, hand sanitizer adalah sejenis cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma.

Mikroorganisma yang dimaksudkan di sini adalah kuman, bakteria dan virus menjadikannya sangat sesuai melawan jangkitan.

Di era pandemik kini, orang ramai sering menggunakannya kerana ia adalah satu kaedah yang selesa dalam memastikan tangan tidak basah dek air dan sabun.

Tambahan pula, ia juga boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah serta dibeli di mana-mana cawangan farmasi, kedai runcit atau pasar raya.

Adakah ia begitu berkesan? Ya, tahap keberkesanannya dalam membasmi mikroorganisma pada tangan adalah sekitar 80% ke 90%!

sanitizer

Hand sanitizer hanya untuk tangan?

Sesuai dengan namanya, maka sudah tentulah ia akan digunakan pada anggota tubuh badan yang ini secara khususnya.

Pun begitu, kalian jangan terkejut jika kami kata yang sebenarnya ia telah banyak digunakan untuk tujuan yang lain.

Berikut merupakan kegunaan hand sanitizer yang mungkin anda belum tahu:

*Ini hanya sekadar idea penggunaan dan tahap keberkesanan serta risikonya masih belum dapat dipastikan.

#1. Digunakan sebagai pengganti deodoran

Deodoran adalah sejenis pewangi kulit bawah lengan dan berfungsi dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk pada ketiak.

Disebabkan itu, ada individu yang menggunakan cecair pencuci tangan ini sebagai pengganti deodoran untuk membunuh bakteria ini.

#2. Digunakan sebagai penghilang jerawat

Cecair ini dipercayai mampu berfungsi sebagai penghilang jerawat kerana kononnya ia mampu menghentikan keradangan akibat bakteria pada pori.

Selepas bakteria pada pori ini dibunuh, maka ada kepercayaan bahawa jerawat akan segera kering dan hilang selepas itu.

Fungsi hand sanitizer #3. Pembersih make up

Mungkin ada dalam kalangan wanita yang agak malas untuk ke tandas atau sinki bagi membersihkan solekan di muka mereka.

Disebabkan itu, ramai yang bertindak menggunakan cecair ini di muka untuk melunturkan lantas membersihkan segala solekan muka yang ada.

keburukan hand sanitizer

#4. Melegakan kerengsaan gigitan serangga

Gigitan serangga kecil seperti nyamuk atau semut sudah pasti akan menyebabkan rasa gatal atau rasa sakit jika dibiarkan begitu sahaja.

Oleh itu, ada individu yang menggunakan hand sanitizer pada kesan gigitan kerana mempercayai kandungan alkohol itu bersifat antiseptik.

#5. Mensterilkan luka kecil pada kulit

Dipercayai bahawa cecair pencuci tangan dengan alkohol minimum 60% boleh membantu mensterilkan luka kecil pada kulit.

Caranya adalah dengan menuangkan ia pada kapas dan sapukan serta tutupkan pada luka kecil tersebut selama beberapa saat.

Fungsi hand sanitizer #6. Pengganti syampu

Syampu adalah sangat penting untuk membuat rambut tampak lebih tersusun dan berseri namun ia bukanlah satu-satunya cara bagi mencapai tujuan ini.

Ada individu yang akan menggunakan cecair ini sebagai dry shampoo tanpa membasahkan langsung rambut dan hanya sisirkan ia dengan sikat.

#7. Melegakan kesakitan akibat rambut tumbuh ke dalam

Selain digunakan sebagai syampu, hand sanitizer ini juga dipercayai sangat bagus untuk melegakan kesakitan akibat rambut tumbuh ke dalam.

Kondisi ingrown hair ini adalah normal dan biasa terjadi, yang akan mengakibatkan rambut tumbuh ke dalam lalu menyakitkan kulit.

Wah, banyak bukan fungsinya? Namun ketahuilah bahawa fungsi-fungsi ini hanyalah sekadar idea yang dipraktikkan oleh orang lain di luar sana!

Ada lagi fungsi hand sanitizer yang lain?

covid

Di era pandemik ini juga, ramai yang telah memanfaatkan penggunaannya ke tahap maksimum sebagai cecair pencuci utama.

Segala peralatan yang kita sentuh atau pakai seperti kaca mata, komputer riba, telefon pintar dan sebagainya juga telah disapu hand sanitizer oleh orang ramai.

Adakah perbuatan ini normal? Sebenarnya, adalah tidak mengapa untuk menyapukan ia pada peralatan yang kita sentuh dengan tangan namun perlu berwaspada.

Ketahuilah bahawa ia mungkin akan mudarat jika terkena pada mata atau tertelan dengan mulut!

Konklusinya, adalah tidak salah untuk anda menggunakannya namun sila lebih berhati-hati ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Adakah suntikan vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan sampingan? Benarkah terdapat 3,000 kesan sampingan vaksin bersifat kekal seperti yang diperkatakan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Jangan Guna Hand Sanitizer Untuk Cuci Tangan Sebelum Makan! Ini Sebabnya

Tahukah anda wujud bahaya hand sanitizer terutamanya jika digunakan setiap kali sebelum makan? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 11/02/2021 . 3 minit bacaan

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi sambutan Tahun Baru Cina sepanjang wabak pandemik virus korona berlangsung...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kes bunuh

Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
pemberian imunisasi

Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan