Demam biasa berlaku apabila seseorang itu dijangkiti subvarian BA.5 ini.
Oleh itu, apabila anda mengalami demam disertai dengan simptom-simptom lain seperti di atas, berkemungkinan besar anda telah dijangkiti dengan subvarian BA.5.
#5. Keletihan
Apabila dijangkiti COVID-19, tubuh badan mudah untuk menjadi lesu atau tidak bermaya. Keletihan yang dialami ini juga merupakan antara tanda utama anda telah dijangkiti subvarian BA.5.
#6. Sakit kepala
Anda juga mungkin akan mengalami simptom Omicron seperti sakit kepala. Sakit kepala yang dialami boleh jadi seperti pening kepala atau serangan migrain.
#7. Sakit otot
Ramai individu yang dijangkiti virus COVID-19 melaporkan bahawa antara simptom utama yang sering dialami ialah sakit-sakit badan atau otot.
#8. Hilang deria rasa
Walaupun simptom kehilangan deria rasa ini agak jarang berlaku, namun ia juga boleh menjadi antara tanda jangkitan COVID-19.
Masih boleh dijangkiti walaupun telah divaksin
Mereka yang telah divaksin atau pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini mempunyai pertahanan diri atau imuniti yang lebih baik daripada mereka yang tidak divaksin atau tidak pernah dijangkiti.
Namun, golongan ini juga masih berisiko untuk dijangkiti sekali lagi terutamanya dengan subvarian BA.5.
Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan yang berlaku tidak menyebabkan komplikasi atau sakit yang teruk, berbanding sewaktu permulaan pandemik berlaku di mana tiada seorang pun yang mempunyai imuniti untuk menangkis jangkitan COVID-19.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen