backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Nak Snek Sihat & Lazat? Ini 5 Tip Penyediaan Sandwic Untuk Pesakit Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/06/2022

Nak Snek Sihat & Lazat? Ini 5 Tip Penyediaan Sandwic Untuk Pesakit Diabetes

Sandwic merupakan makanan kegemaran ramai terutama sewaktu sarapan pagi. Jika kena caranya, sandwic boleh jadi makanan yang sihat dan kaya dengan nutrisi. Malah, ada juga resepi sandwich untuk pesakit kencing manis yang menyihatkan!

Pesakit kencing manis perlu mengambil makanan yang rendah gula dan kalori. Pada masa yang sama, mereka juga perlu memastikan makanan tersebut kaya dengan serat, lemak sihat serta karbohidrat.

Penghidap kencing manis boleh makan sandwic kegemaran mereka sebagai sarapan pagi. Walau bagaimanapun, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam penyediaannya!

Jadi, bahan apakah yang perlu dititikberatkan oleh pesakit diabetes ketika menyediakan sandwic? Sebagai panduan, jom ikuti tip kami di bawah!

5 tip resepi sandwich untuk pesakit kencing manis

Mengambil makanan yang seimbang merupakan sesuatu yang amat penting bagi pesakit diabetes.

Untuk mengawal kadar gula dalam darah, pesakit kencing manis perlu lebih berhati-hati dengan apa yang mereka makan.

Resepi sandwich untuk pesakit kencing manis yang bagus terdiri daripada beberapa perkara. Sebagai contoh:

1. Pilih bahan yang mempunyai indeks glisemik rendah

sayuran

Indeks glisemik (GI) merupakan satu unit yang digunakan untuk mengukur kadar karbohidrat yang terkandung dalam satu-satu makanan.

Ia juga memberikan panduan mengenai makanan yang dapat meningkatkan kadar gula dalam darah.

Pesakit kencing manis digalakkan untuk melakukan diet indeks glisemik. Diet ini dapat membantu pesakit menurunkan berat badan serta mengelakkan penyakit kronik seperti masalah kardiovaskular.

Tidak dinafikan, karbohidrat amat penting sebagai sumber tenaga utama badan. Walau bagaimanapun, karbohidrat yang dicerna terlalu cepat boleh menyebabkan kadar gula dalam darah melonjak naik.

Sebab itulah, pesakit kencing manis perlu memilih karbohidrat yang dicerna secara lebih perlahan.

Gunakan telur, sayuran hijau seperti bayam, brokoli atau ikan sebagai inti sandwic anda.

Semua makanan ini bukan sahaja berkhasiat untuk penghidap diabetes, malahan ia juga tidak akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dengan mendadak.

Resepi sandwich untuk pesakit kencing manis #2. Gunakan roti yang lebih sihat

resepi sandwich untuk pesakit kencing manis

Pada zaman ini, kita boleh dapatkan pelbagai jenis roti di pasaran. Oleh sebab itu, jika anda menghidap diabetes, terdapat roti khas dengan indeks glisemik yang rendah terjual di pasaran.

Pada masa yang sama, jangan lupa mengenai faktor lain seperti jumlah karbohidrat, lemak serta kalori dalam roti yang diambil.

Roti merupakan salah satu sumber karbohidrat yang penting untuk badan. Ketika proses pencernaan, karbohidrat akan diraikan kepada glukosa yang akan digunakan pula oleh badan untuk menjana tenaga.

Ada dua jenis karbohidrat: karbohidrat berserat dan gula. Roti jatuh dalam kategori karbohidrat berserat.

Ketika membeli roti, pilih roti yang mesra pesakit kencing manis. Elakkan membeli roti yang diperbuat daripada tepung biasa.

Sebaiknya, pilih roti daripada tepung gandum atau tepung oat. Roti multigrain juga merupakan opsyen yang baik untuk penghidap kencing manis.

3. Berhenti menggunakan mayones

Suka padankan sandwic anda dengan mayones atau sos? Kali ini, cuba gantikannya dengan yogurt sebagai sos atau pencicah roti anda.

Yogurt merupakan sumber probiotik yang dapat mengekalkan kesihatan perut. Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Bagaimana hendak menyediakan yogurt dalam sandwic anda? Mudah sahaja!

Pilih herba kegemaran anda kemudian campurkan dengan lada hitam, bawang putih, sedikit jus lemon, garam dan juga beberapa sudu minyak zaitun.

Gaulkan semuanya bersama dan sapukan di atas roti. Hidangkan bersama inti ayam atau ikan kegemaran anda!

4. Gunakan hummus sebagai pengganti keju

Inginkan alternatif yang lebih sihat berbanding marjerin dan keju? Gunakan hummus untuk sandwic yang lebih sedap dan berkrim!

Hummus merupakan makanan yang berasal dari Timur Tengah dan diperbuat daripada kacang kuda. Selalunya, hummus mengandungi jus lemon, garam dan minyak sebagai perasa tambahan.

5. Tambahkan kekacang dalam sandwic anda

resepi sandwich untuk pesakit kencing manis

Jangan lupa, tambah kacang kegemaran anda seperti kacang almond, gajus dan pistachio ke dalam sandwic.

Kacang mempunyai kandungan serat dan lemak sihat yang tinggi. Pada masa yang sama, kandungan karbohidratnya yang rendah juga membuatkannya sesuai untuk pesakit kencing manis.

Kacang amat sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada resepi sandwich untuk pesakit kencing manis.

Malah, menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Circulation Research, pesakit diabetes yang suka makan kacang didapati mempunyai risiko penyakit jantung dan kematian yang lebih rendah.

Kajian tersebut juga mendapati kacang seperti walnut, almond dan pistachio mempunyai kebaikan yang terbanyak dari segi pengurangan risiko serangan jantung.

Kesimpulan

resepi sandwich untuk pesakit kencing manis

Sedang mencari resepi sandwich untuk pesakit kencing manis? Kini, anda tidak perlu risau lagi!

Jangan lupa, pilih isi sandwic yang sihat seperti dada ayam atau ikan. Kemudian, pilih roti yang sihat seperti roti multigrain atau sebarang roti yang mempunyai GI yang rendah.

Elakkan sos yang mengandungi kalori yang tinggi seperti mayones dan sos cili atau tomato. Tukarkannya dengan yogurt yang lebih sihat dan baik untuk sistem pencernaan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan