Terdapat banyak faktor boleh menjadi penyebab kenapa puting gatal dan kebanyakannya tidak perlu dibimbangkan. Pun begitu, kegatalan pada bahagian puting boleh menjadi tanda bahawa sesuatu serius sedang berlaku.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kenapa puting gatal?
Banyak faktor boleh menjadi punca mengapa kegatalan pada puting payudara. Ia boleh bermula dengan masalah seperti kulit kering hinggalah keadaan yang teruk seperti petanda kanser payudara tertentu.
Berikut beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kegatalan:
1. Cuaca kering punca gatal pada puting
Cuaca sejuk dan kering boleh menyebabkan kegatalan pada seluruh badan, termasuklah pada payudara serta puting. Sekiranya itu puncanya, puting akan kelihatan merah atau melecet.
Pastikan anda mandi atau berada di bawah pancuran air untuk tempoh 10 minit. Gunakan air suam, kerana air panas akan lebih mengeringkan kulit.
Kenapa puting gatal? 2. Ekzema puncanya
Ia boleh menyebabkan ruam berkerak pada puting dan bahagian rata sekitarnya. Ini terutamanya jika anda pernah mengalami ekzema sebelum ini.
Gunakan pelembap yang mengandungi ceramide – bahan berlilin yang membantu menyembuhkan kulit. Manakala krim steroid topikal seperti hidrokortison boleh membantu mengatasi bengkak dan gatal-gatal.
Doktor boleh menetapkan salap preskripsi lebih kuat jika anda memerlukannya. Jadi pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor jika terdapat lelehan cecair atau kelembutan (tenderness) yang boleh menjadi tanda jangkitan.
3. Sabun juga punca gatal pada puting
Sabun, losyen atau detergen dobi baharu digunakan mungkin menjadi punca kegatalan puting yang dialami. Sebaiknya pilihlah sabun dan pembersih yang hipoalergenik, tanpa pewangi dan bebas pewarna.
Ini kerana bahan kimia dalam banyak produk pembersih boleh menyebabkan ruam yang dipanggil dermatitis kontak. Ia boleh muncul sebagai tompok merah gatal pada badan.
Punca puting gatal #4. Pakaian dalam
Payudara dan puting mungkin bertindak balas terhadap pewarna atau bahan elastik yang digunakan untuk membuat coli anda.
Jika anda baru memakai coli baharu, kembali gunakan bra yang lama untuk seketika dan perhatikan jika gatal itu hilang atau tidak.
5. Geseran sebabkan gatal pada puting
Puting boleh melecet apabila bergesel dengan pakaian semasa bersenam atau kerana coli yang terlalu ketat.
Ia biasanya lebih menyakitkan daripada gatal, tetapi sesetengah wanita mengatakan geseran itu boleh terasa seperti gatal-gatal atau sensasi terbakar.
6. Kehamilan
Selain berat badan bertambah, mual pagi dan perubahan hormon, puting gatal tanda awal kehamilan yang mungkin ramai tidak tahu.
Ia disebabkan perubahan hormon dan regangan kulit apabila payudara dan puting mengembang sebagai persediaan untuk menyusukan bayi.
- cocoa butter
- minyak kelapa
- salap lanolin
Bahan-bahan ini boleh membantu mengurangkan rasa gatal.
7. Menyusu badan juga punca gatal pada puting
Sisa susu, saluran susu tersumbat dan masalah lekapan semasa penyusuan juga boleh mengakibatkan kegatalan pada puting dan sakit.
Justeru, amat penting untuk ibu memastikan bahagian tersebut bersih dan kering sebelum terus mengepam susu atau menyusukan si manja.
Salap lanolin dan pad gel silikon yang disejukkan di dalam peti sejuk boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan.
8. Jangkitan kulat sebabkan puting tetek sakit
Untuk ibu menyusu, jika puting dan bahagian sekitarnya bukan sahaja gatal-gatal tetapi berkilat atau mengelupas, dan muncul sensasi tajam semasa penyusuan, lakukan pemeriksaan doktor. Ia adalah gejala jangkitan kulat.
Doktor akan memberikan krim antikulat untuk disapu pada puting dan payudara serta ubat oral.
9. Menopaus penyebab puting gatal
Pada peringkat ini, kulit menjadi lebih nipis, kering dan mudah merengsa. Puncanya hormon yang naik turun dan tahap estrogen lebih rendah.
Badan menghasilkan kurang minyak, menyukarkan kulit untuk mengekalkan kelembapan. Kegatalan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh, khususnya faraj dan puting.
Gunakan pembersih badan lembut, kerapkan menyapu pelembap dan kurangkan mandian air panas.
10. Radiasi juga punca puting tetek sakit
Rawatan untuk kanser payudara boleh menyebabkan kegatalan teruk pada payudara dan puting.
Radiasi membunuh sel-sel kulit dan menyebabkan kekeringan, terbakar dan kegatalan apabila kulit mengelupas.
Urut bahagian terkesan dengan kiub ais, pakai pakaian lembut dan longgar serta perbanyakkan pengambilan air.
Antihistamin oral boleh membantu. Doktor juga boleh menetapkan kortikosteroid untuk disapu pada kulit.
11. Penyakit Paget punca puting tetek sakit
Merupakan jenis kanser payudara jarang berlaku. Ia bermula pada saluran payudara dan merebak ke puting dan bahagian sekitarnya, selalunya hanya menjejaskan sebelah puting.
Ia kelihatan seperti ekzema dengan kulit berkerak, bersisik dan gatal. Anda mungkin melihat darah atau cecair kuning mengalir keluar.
Jika ruam tidak bertindak balas terhadap rawatan ekzema, anda mungkin memerlukan biopsi sampel tisu untuk mendapatkan kepastian. Penyakit Paget biasanya dirawat dengan pembedahan, diikuti dengan radiasi.
12. Tumor jinak sebab bahaya gatal puting
Kadangkala, tumor bukan kanser dalam saluran payudara boleh menyebabkan kegatalan puting dan berkerak.
Anda mungkin merasakan ketulan kecil atau perasan terdapat lelehan jernih atau berdarah daripada puting.
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]