backup og meta

Ekzema, Alahan Makanan & Dermatitis Atopik - Apa Kaitan Di Antara 3 Penyakit Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/09/2023

    Ekzema, Alahan Makanan & Dermatitis Atopik - Apa Kaitan Di Antara 3 Penyakit Ini?

    Adakah anda ada masalah ekzema ketika kecil dan mempunyai alergi ketika menginjak dewasa? Jika ya, ia bukan satu kebetulan. Punca ekzema berlaku dan alahan saling berkait antara satu sama lain!

    Menurut kajian, jika ibu, bapa atau kedua-duanya ada punca ekzema berlaku, asma ataupun alergi, besar kemungkinan untuk anak juga mengalami masalah yang sama.

    Hingga hari ini, saintis masih lagi mengkaji punca ekzema berlaku dan alergi. Walau bagaimanapun, dengan memahami kaitan antara dua kondisi ini, anda dapat menguruskan penyakit ini dengan lebih baik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Alahan, anda boleh klik di sini.

    Apa itu ekzema dan siapa yang akan mengalaminya?

    punca ekzema berlaku

    Ekzema atau dermatitis atopik merupakan satu keadaan yang membuatkan kulit anda jadi merah dan gatal-gatal. Jika anda mula menggarunya, ia akan mula berair dan berkuping. Akibatnya, kulit akan mula menebal dan menjadi gelap.

    Kebanyakan orang yang menghidap ekzema mengalaminya ketika kanak-kanak. Namun, simptom tersebut berkurangan ketika mereka menginjak umur 5 atau 6 tahun.

    Tetapi, masih ada kebarangkalian untuk pesakit ekzema mengalami masalah ini hingga dewasa. Walau bagaimanapun, simptomnya akan jadi semakin ringan dan lebih mudah untuk diuruskan.

    Ekzema amat lazim dalam kalangan kanak-kanak. Malah, hampir 10% hingga 20% bayi mengalami ekzema. Ia bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit dan selalunya merupakan penyakit keturunan.

    Pernahkah anda dengar mengenai atopic march? Pesakit yang mempunyai atopic march akan didiagnosis dengan ekzema dan diikuti pula dengan alahan makanan, alergi rhinitis dan kemudiannya asma.

    Selalunya, penyakit ini akan didiagnosis di dalam turutan berikut. Menurut kajian, hampir 80% pesakit yang mengalami dermatitis atopik akan menghidap asma atau alergi rhinitis pada masa hadapan.

    Ekzema merupakan satu kondisi yang amat serius untuk orang dewasa. Tidak ada sesiapa yang mahu mengalami masalah kulit yang kemerah-merahan, berair dan berkuping setiap masa.

    Malah, punca ekzema berlaku juga biasa pelbagai bahagian badan sebagai contoh muka, tangan dan kelopak mata.

    Rasa gatal-gatal yang pesakit ekzema alami sering membuatkan mereka rasa tidak selesa dan menjejaskan kualiti hidup mereka.  

    Adakah alahan makanan akan menerukkan dermatitis atopik?

    punca ekzema berlaku

    Alahan makanan dan dermatitis atopik atau ekzema merupakan dua penyakit yang sering berlaku bersama-sama.

    Walaupun bukan semua individu yang menderita dengan ekzema mengalami alahan, namun hampir 20-40% kanak-kanak mempunyai alahan berkaitan dengan immunoglobulin E (IgE).

    Walaupun kedua-dua penyakit ini berkaitan, adakah alahan makanan boleh menyebabkan dermatitis atopik jadi semakin teruk?

    Menurut laman sesawang National Eczema Association, ada kajian yang mencadangkan pesakit yang mempunyai alahan telur untuk mengeluarkan telur daripada diet masing-masing untuk merawat ekzema yang dihadapi.

    Walau bagaimanapun, jika pesakit tidak mengambil telur langsung, sukar untuk mereka mengalami toleransi terhadap makanan tersebut. Sebab itulah, doktor amat berhati-hati ketika melakukan diagnosis alahan makanan.

    Selalunya, mereka yang mengalami ekzema mempunyai alahan terhadap makanan seperti susu, telur dan kekacang. Ada juga beberapa jenis alergen yang jarang dijumpai seperti coklat, jagung dan buah-buahan sitrus.

    Jaga kulit anda untuk elakkan dermatitis atopik

    Pesakit yang mempunyai ekzema dan alahan amat digalakkan untuk menjaga kulit terlebih dahulu sebelum merawat alahan makanan yang dialami.

    Sebagai pantang larang ekzema, cuba lakukan lamgkah-langkah berikut untuk mengelakkan kulit daripada kering:

    1. Gunakan pelembap kulit sekurang-kurangnya 2 kali sehari

    Krim dan losyen berupaya mengunci kelembapan di dalam kulit. Sebagai penghidap ekzema, pilih produk yang lembut terhadap kulit dan dapat berfungsi dengan baik.

    punca ekzema berlaku

    2. Kenal pasti punca ekzema berlaku dan alergi

    Cuba kenal pasti bahan-bahan yang boleh menyebabkan ekzema anda jadi semakin teruk. Sebagai contoh, sabun mandi, peluh, stres, debu dan debunga boleh menyebabkan ekzema yang anda alami jadi makin serius.

    Kanak-kanak pula mungkin akan mengalami ekzema setelah makan telur, susu, soya dan gandum. Pastikan anda peka terhadap makanan yang boleh menyebabkan anak anda mengalami alahan.

    3. Mandi terlalu lama punca ekzema berlaku

    Elakkan menghabiskan masa berjam-jam di dalam bilik mandi. Mandi terlalu lama boleh membuatkan kulit anda menjadi kering.

    Sebaiknya, habiskan masa di dalam 10 hingga 15 minit ketika mandi. Gunakan air suam dan bukan air panas.

    4. Gunakan sabun yang lembut pada kulit

    Penggunaan sabun juga memainkan peranan yang amat penting. Untuk elakkan ekzema, gunakan sabun yang mempunyai pH sederhana dan tidak mempunyai banyak bahan kimia. 

    Jika anda mengalami simptom alahan atau ekzema yang teruk, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan lanjut, lebih-lebih lagi jika luka pada kawasan kulit telah mengalami jangkitan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan