Kadangkala, ketika melakukan hubungan seksual, pasangan anda melakukan penetrasi yang terlalu dalam. Keadaan ini boleh menjadi punca anda mendapat vasovagal syncope.
Kawasan serviks seorang wanita dipenuhi oleh saraf yang amat sensitif.
Jika penetrasi dilakukan terlalu kuat, mungkin secara tidak sengaja pasangan anda boleh ‘terlebih rangsang’ kawasan tersebut sehingga tercetusnya episod vasovagal syncope.
Ini boleh jadi penyebab wanita muntah ketika melakukan hubungan seks!
Jika anda mengalami simptom ini terlalu kerap semasa melakukan seks, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Ia mungkin akan menyebabkan anda rasa kurang puas ataupun takut untuk beraksi di ranjang.
Selain itu, ia juga mungkin petanda anda mengalami masalah jantung.
Vasovagal syncope bukanlah penyakit yang serius. Wanita yang mengalami keadaan ini selepas bersenggama mungkin akan rasa mual selama beberapa minit.
Namun, jaga-jaga, anda juga boleh pengsan jika pasangan anda tidak henti beraksi dengan melakukan penetrasi!
Sebagai alternatif, anda boleh minta si dia untuk melakukannnya dengan perlahan dan elakkan penetrasi yang mengejut atau terlalu dalam.
Endometriosis mungkin penyebab anda muntah

Selain itu, rasa loya selepas bersenggama juga mungkin tanda anda menghidap endometriosis!
Walau bagaimanapun, simptom endometriosis bukanlah terhad kepada rasa loya atau muntah selepas seks sahaja. Penghidap endometriosis juga akan rasa sakit ketika atau semasa melakukan seks.
Jika anda rasa sakit ketika datang bulan ataupun ketika membuang air kecil, anda patut berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Pesakit endometriosis selalunya sukar untuk mengandung. Selain itu, mereka juga alami pendarahan yang teruk ketika datang bulan.
Lazimnya, bagi mengelakkan penghidap endometriosis rasa sakit ketika melakukan hubungan seks, doktor akan memberikan ubat tahan sakit.
Oleh itu, jika anda rasa sakit selepas seks, jangan risau. Ada caranya untuk anda alami pengalaman tersebut bersama suami dengan tenang dan tanpa kesakitan.
Jika anda risau tentang endometriosis, cuba baca artikel kami di bawah:
Muntah selepas seks, lelaki juga tak terkecuali!
Post orgasmic illness syndrome (POIS) ialah satu keadaan yang amat jarang berlaku.
Lelaki yang menghidap POIS akan mengalami simptom seperti hendak demam dan sedikit loya selepas ejakulasi.
Pakar masih lagi tidak pasti apa yang mengakibatkan lelaki mengalami sindrom ini. Namun, ia mungkin penyakit autoimun yang menyebabkan lelaki tersebut mengalami tindak balas alergi terhadap air maninya sendiri.
Ada juga yang mengaitkan POIS dengan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Oleh itu, pesakit POIS mungkin akan dirawat di bawah pemantauan bahagian psikiatri.
Simptom POIS boleh berlalu dalam masa sesaat, seminit atau sejam selepas lelaki tersebut melakukan hubungan seks dan berkekalan hingga berhari-hari sebelum simptom hilang dengan sendirinya.
Lelaki yang menderita dengan sakit ini menghadapi masalah ketika melakukan hubungan seks. Tambah lagi, muntah selepas seks merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan.
Oleh itu, ada juga yang menjauhkan diri daripada melakukan hubungan seksual kerana tidak mahu berhadapan dengan simptom yang sama setiap kali melakukan hubungan seks.
Selain itu, simptom lain yang mungkin anda alami jika menghidap POIS ialah rasa penat yang amat sangat, demam, hidung tersumbat, mata gatal, lemah otot ataupun tidak mampu untuk fokus.