Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Nak Beli Coli Tapi Selalu Salah Saiz? Ladies, Ini Cara Tepat Ukur Bra Sendiri, Semudah ABC!
Sering sakit leher dan belakang badan, tetapi tidak buat apa-apa aktiviti berat? Semua ini mungkin berlaku disebabkan pemakaian bra yang salah! Sebab itulah, semua wanita perlu tahu cara ukur bra yang betul. Ada banyak cara ukur saiz bra, salah satunya adalah menggunakan pita ukur.
Tidak ada pita ukur di rumah? Tiada masalah! Anda boleh minta bantuan jurujual yang bertugas untuk mengukur saiz bra anda.
Tetapi, penting ke ukur saiz baju dalam? Lagipun, saya dah tahu saiz bra sendiri!
Menurut sebuah kaji selidik, hampir 90% wanita di United Kingdom sebenarnya memakai bra yang salah.
Jadi, jangan sesekali pandang rendah mengenai saiz baju dalam. Bra yang salah saiz bukan sahaja boleh mendatangkan sakit badan dan ketidakselesaan, bahkan ia juga boleh menyebabkan wanita rasa rendah diri disebabkan postur badan yang tidak menarik.
Tetapi, bagaimana hendak tahu sama ada bra yang dipakai sesuai dengan saiz dan bentuk badan kita?
Cuba pandang cermin dan periksa baju dalam anda. Jika ada lemak terkeluar di sana sini, besar kemungkinan bra tersebut tidak sesuai untuk anda!
Cara ukur bra yang sesuai
Sebenarnya, anda boleh ukur sendiri saiz bra di rumah menggunakan pita ukur. Dengan 4 langkah ini, anda pasti terkejut selepas mengetahui cara ukur saiz bra sebenarnya semudah ABC!
Sebelum bermula, pastikan anda memakai baju dalam biasa yang tidak mempunyai sebarang span. Jika tidak, kiraan anda mungkin akan salah.
Cara ukur saiz bra anda.
Di bawah, kami senaraikan cara ukur saiz bra menggunakan pita ukur:
Ukur lilit baju dalam
Mula-mula, ukur kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda
Pastikan pita ukur ditarik ketat, namun masih lagi dalam keadaan selesa
Tuliskan bacaan ukur lilit dalam inci
Ukur saiz cup
Letakkan pita pengukur pada kawasan payudara yang paling tinggi. Anda tidak perlu tarik pita pengukur sehingga ketat, cukuplah sekadar memastikan ia tidak longgar
Catatkan ukuran anda dalam inci
Ketahui saiz cup anda (A, B, C atau D)
Ambil saiz cup dan tolak dengan saiz ukur lilit
Perbezaan yang dicatatkan merupakan saiz cup
Jika saiz ukur lilit anda adalah 32 inci dan saiz cup pula sekitar 34 inci, perbezaan saiz antara dua ukuran ini adalah 2 inci. Maksudnya, anda mempunyai cup saiz B. Saiz bra anda pula ialah 34B.
Ha, siapa kata cara ukur bra itu susah, mudah sahaja kan!
Macam mana mengetahui sama ada bra yang dibeli sesuai dengan badan?
Baju dalam yang sesuai selalunya selesa dipakai dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan. Ia dapat memberikan sokongan dengan baik dan membuatkan anda rasa yakin sepanjang hari.
Tidak terlalu longgar. Baju dalam terbaik sepatutnya muat-muat dengan anda. Hanya 1 jari sahaja yang boleh muat di bawah getah baju dalam.
Pastikan tali bra tidak mudah jatuh. Ikat dan ketatkan tali bra untuk pastikan tali terletak dengan elok.
Lihat sisi badan pada cermin. Buah dada anda sepatutnya terletak di tengah-tengah bahu dan siku. Jika tidak, anda mungkin perlukan bra yang mempunyai lebih sokongan.
Beli bra yang muat jika disangkut pada hook yang paling hujung. Baju dalam kita akan meregang. Apabila bra semakin longgar, anda boleh gunakan hook yang paling ketat.