backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/02/2023

    Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

    Jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung, adakah berisiko mendatangkan bahaya kepada bayi? Ini penjelasan yang bakal ibu perlu fahami.

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Fahami mengenai jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung

    Jangkitan kulat atau yis adalah keadaan yang tidak berbahaya. Namun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan boleh berulang kembali.

    Umumnya, jangkitan kulat ini disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Candida albicans

    Dianggarkan 3 daripada setiap 4 wanita akan mengalami sekurang-kurangnya satu jangkitan yis sepanjang hayat mereka. Manakala lebih 45% wanita akan mendapat 2 atau lebih jangkitan.

    Bagi wanita hamil pula, jangkitan kulat pada faraj lebih kerap untuk berlaku. 

    Berdasarkan kajian, kira-kira 20% wanita mempunyai jangkitan kulat Candida dalam faraj secara normal. Angka itu meningkat sehingga 30% semasa kehamilan

    Kulat lebih cenderung untuk menyebabkan jangkitan semasa kehamilan kerana turun naik hormon. 

    jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung

    Punca jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung

    Jangkitan ini biasanya berlaku apabila jumlah kulat yang normal dalam faraj meningkat secara berlebihan sehingga menyebabkan timbulnya simptom. 

    Faktor paling biasa membuatkan wanita cenderung mendapat jangkitan kulat pada faraj termasuklah:

    • Kehamilan 
    • Diabetes
    • Penggunaan pil kawalan kelahiran, antibiotik, atau kortikosteroid
    • Gangguan yang melemahkan sistem ketahanan badan, seperti HIV

    Semasa mengandung, perubahan tahap hormon mengubah keseimbangan pH di dalam faraj. Ini mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk yis membiak.

    Komplikasi jangkitan kulat pada wanita hamil

    Bagi wanita tidak hamil yang mempunyai sistem imun normal, jangkitan yis jarang menyebabkan komplikasi serius.

    Malah, untuk wanita hamil, jangkitan kulat pada faraj biasanya tidak menyebabkan kesan berbahaya pada bakal ibu.

    Walau bagaimanapun, anda boleh menyebarkan kulat ini kepada bayi semasa proses kelahiran normal. Oleh sebab itu, penting untuk ibu hamil mendapatkan rawatan sewajarnya. 

    Jangkitan yis yang berlaku pada bayi, kebanyakannya terjadi pada kawasan sekitar bahagian mulut dan lampin. 

    Baca juga:

    Risiko komplikasi serius

    Pun begitu, dalam kes yang jarang berlaku, jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung ini boleh menyebabkan komplikasi yang serius pada bayi. Keadaan ini disebabkan oleh sistem kekebalan si manja yang belum berkembang dengan sepenuhnya. 

    Sekiranya berlaku, pelbagai masalah kesihatan boleh timbul. Contohnya, ia boleh merebak ke seluruh tubuh bayi dan menjejaskan fungsi pernafasan dan ritma jantung si manja. 

    Situasi tersebut kerap terjadi kepada bayi yang ada masalah sistem daya tahan tubuh mereka, seperti bayi yang tidak cukup bulan atau mempunyai jangkitan.

    Jangkitan kulat pada faraj ini juga boleh mengakibatkan kesan dan komplikasi serius pada seluruh badan wanita yang mempunyai sistem imun lemah disebabkan masalah kesihatan seperti HIV. 

    Simptom dan tanda jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung

    Sekiranya mengalami jangkitan disebabkan oleh Candida albicans, anda berkemungkinan akan berasa gatal pada bahagian faraj dan vulva. 

    Vulva adalah bahagian luar alat sulit yang merangkumi bahagian:

    Anda juga mungkin akan melihat keputihan berwarna putih. Pelepasan daripada faraj ini mungkin tampak serupa seperti keju kotej dan tidak berbau.

    jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung

    Tanda-tanda jangkitan kulat pada faraj lain termasuk:

  • Rasa kesakitan pada faraj dan vulva
  • Sensasi terbakar semasa membuang air kecil
  • Ruam pada vulva dan kulit di sekitarnya. Adakalanya, ruam juga boleh muncul pada pangkal paha
  • Gejala ini boleh berlanjutan selama beberapa jam, hari atau minggu.

    Pertumbuhan kulat Candida ini juga boleh terjadi pada mulut terutamanya bagi bayi yang baru lahir serta wanita yang lemah sistem imun. Keadaan ini dikenali sebagai kandidiasis mulut.

    Keadaan lain boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan jangkitan yis, adalah seperti:

    • Reaksi alergi terhadap produk seperti kondom atau sabun yang digunakan pada bahagian faraj
    • Penyakit kelamin (STD) seperti klamidia dan gonorrhea
    • Vaginosis bakteria, sejenis jangkitan 

    Bolehkah jangkitan kulat dirawat?

    Untuk merawat jangkitan kulat pada faraj, selalunya doktor akan menyarankan untuk guna krim antikulat atau supositoria. Krim ini akan dapat menghilangkan simptom yang dialami dalam tempoh 7 hari. 

    Kedua-dua ubat antikulat oral dan topikal akan digunakan untuk merawat jangkitan kulat yang dialami oleh wanita yang tidak mengandung. 

    Tetapi bagi wanita hamil, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor sebelum melakukan sebarang rawatan. Ini kerana ubat oral mungkin tidak selamat untuk digunakan dalam tempoh kehamilan. 

    Berdasarkan kajian tahun 2016 mendapati, wujud kaitan antara risiko keguguran yang lebih tinggi dengan penggunaan ubat antikulat oral semasa kehamilan.

    Ubat oral ini juga dikaitkan dengan risiko kecacatan kelahiran.

    jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung

    Mencegah jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung

    Bagi wanita hamil dan tidak hamil, terdapat beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan sebagai langkah pencegahan, antaranya:

    • Pakai seluar dalam daripada material kapas atau sutera berbanding sintetik dan ganti setiap hari
    • Basuh seluar dalam dengan air panas dan sabun serta bilas sebanyak 2x untuk memastikan sebarang perengsa dapat disingkirkan sebelum memakainya
    • Tukar pakaian renang atau pakaian sukan yang basah secepat mungkin setelah berenang atau bersenam 
    • Elakkan memakai pakaian ketat kerana ia boleh mewujudkan persekitaran lembap dan hangat, sekali gus mendorong perkembangan bakteria dan yis
    • Jangan lakukan meruang
    • Elak menggunakan produk keras seperti pembasmi kuman berhampiran faraj
    • Sentiasa lap bahagian sulit daripada depan ke belakang selepas ke tandas

    Amalkan langkah-langkah di atas dan pastinya anda boleh mencegah jangkitan kulat pada faraj semasa mengandung.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan