backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Tak Period, Tapi Kenapa Perut Rasa Kejang? Jaga-jaga! Ia Mungkin Sebab 7 Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/02/2024

    Tak Period, Tapi Kenapa Perut Rasa Kejang? Jaga-jaga! Ia Mungkin Sebab 7 Penyakit Ini!

    “Kenapa masih kejang perut, padahal bukan tengah haid pun..” Pernahkah senario ini terjadi kepada anda? Anda pasti keliru bukan?

    Sakit ketika haid sudah cukup menyiksakan buat sebilangan wanita, apatah lagi untuk mengalaminya di luar waktu ‘berdarah’, boleh membuatkan anda sentiasa dalam kesakitan.

    Sebenarnya, masalah perut kram pada wanita bukan hanya terhad semasa ‘datang bulan’ sahaja, tapi ada pelbagai jenis kondisi kesihatan lain yang menjadi puncanya.

    Justeru, kondisi apa lagi yang menjadi penyebab dan adakah cara hilangkan kejang perut? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini okay!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Punca kejang perut tanpa haid

    Selain haid, ketumbuhan sista, sembelit, kehamilan malah kanser boleh membuatkan anda mengalami masalah kejang perut!

    Berikut adalah kondisi-kondisi kesihatan yang boleh menjadi punca, antaranya:

    Ovulasi

    Sekiranya anda belum menopaus dan masih mempunyai ovari, masalah kejang perut boleh terjadi pada pertengahan bulan, kira-kira 10 sehingga 14 hari sebelum menstruasi berlaku.

    Perut kram pada wanita ini berlaku apabila ovari mengeluarkan telur untuk menyiapkan badan anda untuk kemungkinan kehamilan.

    Selain itu, ketidakselesaan yang tidak berisiko ini dikenali sebagai mittelschmerz, yang bermaksud sakit di bahagian tengah perut.

    Anda akan mengalami kram perut bagian bawah dan ia mampu berlangsung dari beberapa minit sehingga beberapa jam.

    Tambahan itu, ia mungkin akan bertukar sisi setiap bulan atau menyerang tempat yang sama setiap kali haid.

    Sista ovari (ovarian cyst) pecah

    Sista adalah kantung cecair. Kadangkala ia mampu terbentuk pada ovari anda.

    Bagi sista jenis folikular, ia akan terbuka untuk melepaskan telur dan kemudian larut di dalam badan anda.

    Sekiranya proses ini tidak berlaku, sista yang berbeza bakal terbentuk.

    Sebilangan besar sista ini tidak berbahaya tetapi ia mampu pecah sekiranya bertambah besar!

    Pun begitu, sista ovari yang pecah tidak selalu menyebabkan kesakitan.

    Sekiranya berlaku, anda mungkin mengalami kekejangan perut yang tajam secara tiba-tiba pada kedua-dua bahagian atau kram perut bagian bawah perut anda.

    Kesakitan semasa hamil

    kejang perut
    Cara mengurangkan masalah kembung perut sewaktu haid.

    Janin yang sedang membesar akan melekat pada lapisan rahim, atau rahim.

    Ada yang mungkin keliru jika mengalami kejang perut tanda hamil. Sebenarnya kram perut hamil ini disebut sebagai kesakitan implantasi, dan merupakan tanda perkembangan dalam kehamilan.

    Anda mungkin mengalami sedikit kekejangan kira-kira 4 minggu semasa kehamilan.

    Namun, sekiranya anda tidak pasti sama ada hamil atau tidak, anda disarankan untuk melakukan ujian kit kehamilan untuk mendapatkan kepastian.

    Kehamilan ektopik boleh jadi punca kejang perut dan sakit belakang

    Perut kram pada wanita kerana kehamilan ektopik bermaksud bayi dalam kandungan berada di tempat lain selain rahim.

    Bagi kes ini, ia selalunya berlaku pada salah satu daripada dua tiub fallopio.

    Malangnya, kehamilan ektopik mampu mengancam nyawa si ibu.

    Wanita yang mengalami kehamilan sebegini akan mendapat masalah kenapa tiba tiba kram perut yang ringan diikuti dengan rasa sakit yang menyucuk pada satu sisi perut bawah.

    Lebih teruk lagi, kesakitan boleh menjadi sangat teruk sehingga pesakit akan turut merasainya di kawasan bahu dan punggung bawah.

    Sebelum kekejangan berlaku, pesakit mungkin mempunyai tanda-tanda kehamilan yang biasa, seperti berasa mual dan sakit payudara.

    Endometriosis

    Perut kram pada wanita ini merupakan komplikasi jangka panjang yang kronik di mana tisu yang serupa dengan lapisan rahim melekat dan tumbuh pada organ lain.

    Mereka yang mempunyai endometriosis akan mengalami masalah perut kram pada wanita, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan.

    Di samping itu, pesakit juga mungkin mengalami kekejangan dan sakit di bahagian bawah perut serta punggung.

    Masalah ini juga boleh memberikan kesan terhadap hubungan seks pesakit kerana ia boleh menjadi menyakitkan.

    Tambahan itu, endometriosis turut menyukarkan pesakit dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

    Kenapa tiba tiba kram perut: Penyakit radang pelvis (PID)

    Penyakit ini berkaitan dengan jangkitan bakteria yang biasanya disebarkan melalui hubungan seks.

    Ia mampu mempengaruhi bahagian penting dalam organ wanita seperti:

    • tiub
    • rahim
    • ovari
    • faraj
    • serviks

    Masalah kenapa tiba tiba kram perut sebelah kiri atau kanan biasanya dialami di kedua-dua bahagian perut dan punggung bawah pesakit. Ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan.

    PID turut menyebabkan keputihan yang tidak normal, kesakitan atau sensasi terbakar semasa melakukan hubungan seks atau kencing.

    Selain itu, haid mampu menjadi lebih banyak atau lama. Pesakit juga boleh mengalami demam, mual-mual dan muntah.

    Apendiks punca kejang perut

    kejang perut
    Apendiks boleh menjadi punca kekejangan perut.

    Apendiks mampu menyebabkan masalah keradangan dan pembengkakan dalam kantung kecil di hujung usus besar anda.

    Ia juga merupakan organ yang bersaiz 3.5 inci dari usus besar. Apendiks turut mengandungi tisu khusus yang boleh menghasilkan antibodi, fungsinya tidak dapat dipastikan sampai sekarang.

    Sakit apendiks adalah kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkannya.

    Sekiranya tidak dirawat, apendiks yang meradang akhirnya akan pecah, atau merebak serta menumpahkan bahan-bahan jangkitan ke dalam rongga perut.

    Mendiagnosis masalah kenapa tiba tiba kram perut

    Pastikan anda melakukan janji temu dengan doktor atau pakar sakit puan sekiranya mengalami kekejangan perut yang berterusan dan menyakitkan.

    Doktor mungkin akan melakukan ujian atau prosedur untuk mengetahui punca perut kram pada wanita tersebut.

    Sekiranya doktor anda mengesyaki ia berkaitan dengan rahim, atau ovari, ujian yang akan dijalani adalah seperti berikut:

    • Pemeriksaan pelvis
    • Ultrasound
    • Laparoskopi: Sejenis pembedahan eksplorasi untuk melihat struktur di kawasan pelvis, termasuk rahim, serviks, ovari, dan tiub fallopio

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan