home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Keliru Waktu Kesuburan Anda, Ini 8 Cara Untuk Mengira Masa Subur, No.3 Paling Mudah!

Keliru Waktu Kesuburan Anda, Ini 8 Cara Untuk Mengira Masa Subur, No.3 Paling Mudah!

Ramai wanita akan memberitahu pasangannya bahawa pemacu seks mereka lebih kuat pada masa-masa tertentu. Itu maksudnya, waktu kesuburan sudah mulai muncul. Tapi, bagaimana cara nak kira waktu subur wanita ini?

Bukan sahaja keinginan seksual meningkat apabila ini berlaku, tetapi pasangan juga mungkin berasa lebih tertarik pada tempoh tersebut.

Semak kitaran haid dan waktu ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Ovulasi, di sini.

Memahami waktu subur wanita

Sama ada merancang untuk mengandung atau mencegah kehamilan, pengetahuan tentang waktu subur wanita dapat membantu anda menjayakan perancangan tersebut.

Namun maklumat tentang tarikh, bilangan hari dan kitaran haid mungkin memeningkan anda. Jadi, bagaimana memahaminya dengan lebih mudah? teruskan pembacaan anda.

Kehamilan boleh berlaku melalui persenyawaan ovum atau telur oleh sperma. Ovum bukanlah sentiasa tersedia sebaliknya akan dikeluarkan melalui proses ovulasi.

Sewaktu ovulasi berlaku, ovum yang matang dikeluarkan daripada ovari, kemudian bergerak melalui tiub fallopian dan tersedia untuk disenyawakan.

Ovulasi adalah satu-satunya waktu ketika kitaran haid di mana seorang wanita boleh hamil.

Apabila ovum tidak disenyawakan, anda akan mengalami haid 14 hari selepasnya. Ini disebabkan pengurangan hormon progesteron dan estrogen yang berlaku.

Apabila ovum tidak disenyawakan, maka rahim yang dipersiapkan untuk menyambut kedatangan janin, kini akan menyingkirkan lapisan yang disediakan untuk tujuan tersebut dalam bentuk darah haid.

Tip kira waktu subur wanita

kira waktu subur

1. Ambil tahu kitaran menstrual anda

Dengan mengetahui bila haid bermula dan berakhir, ia boleh membantu anda mengetahui cara kira waktu subur atau ovulasi.

Walaupun kitaran menstrual adalah berbeza untuk setiap wanita, namun ovulasi selalunya berlaku sekitar hari ke-10 hingga 16 sebelum haid anda yang seterusnya, ini bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur.

2. Cara kira waktu subur – Lihat tanda-tanda ‘spotting’

Semakin hampir anda dengan waktu subur, anda akan lihat tompokan kecil berwarna pink atau coklat kira-kira seminggu selepas haid.

Hormon yang membuatkan tubuh anda melalui ovulasi atau subur inilah yang menyebabkan spotting.

Bagaimanapun, bukan semua wanita mengalami tanda ini, namun jika anda melihat tompokan keluar pada faraj, bermakna jendela subur anda sedang terbuka.

3. Kira waktu subur – Dapatkan bantuan daripada kalkulator ovulasi

Cara kira waktu subur yang paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator atau pengiraan ovulasi.

Bagi mengira tempoh ovulasi anda, hanya masukkan hari pertama haid bagi menstrual yang terdahulu dan purata panjang kitaran menstrual anda yang terjadi sebelum ini.

4. Melakukan pemeriksaan serviks

Semakin dekat dengan waktu subur, serviks anda akan rasa berbeza dari hari ke hari. Mendekati waktu subur, serviks akan menjadi lembut, tinggi, terbuka dan basah.

Anda boleh periksa serviks dengan cara memasukkan jari tengah ke dalam faraj. Pastikan jari anda bersih sebelum melakukannya.

Jika kerap periksa serviks, anda akan tahu perbezaannya ketika waktu subur.

5. Lihat jika ada sakit belakang atau perut

Rata-ratanya, wanita boleh mengenali bila waktu ovulasi mereka. Namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu. Petanda paling biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita ialah sakit ringan pada bahagian perut atau sakit sedikit pada bahagian belakang badan.

Jika mengalaminya, anda dinasihatkan untuk menanda di kalendar kerana ia boleh membantu mengesan corak kitaran haid bulanan anda.

6. Periksa mukus serviks

Semasa kitaran, mukus serviks akan berubah. Semasa ini, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil jika mukus berubah jernih, meregang dan licin. Ia kelihatan seperti bentuk putih telur mentah.

Perhatikan mukus serviks anda semasa bulan haid dan kenal pastinya kerana ia membantu untuk mengetahui bila waktu subur yang terbaik.

7. Catat suhu badan

Semasa ovulasi, suhu badan anda akan sedikit meningkat. Termometer diperlukan untuk memastikan anda mengesan suhu dengan betul.

8. Cara kira waktu subur – Gunakan kit penguji ovulasi

Kit ovulasi bantu mengesan hormon yang dilepaskan betul-betul sebelum ovulasi untuk menunjukkan hari paling subur dalam kitaran tersebut.

Waktu Subur Wanita: Perubahan Diri Ketika Mengalaminya

kira waktu subur

Berikut adalah beberapa tanda yang mungkin boleh diperhatikan ketika kira waktu subur:

1. Payudara menjadi lebih lembut

Semasa tempoh ovulasi, payudara akan terasa berat, sakit, sensitif dan lebih lembut. Ini kerana semasa ovulasi, banyak hormon yang dipanggil progesteron berkumpul, lantas menyebabkan payudara berasa lain.

2. Anda lebih seksi

Anda tidak perlu memakai solekan untuk rasa seksi. Ini kerana, semasa waktu subur, anda boleh nampak beberapa perubahan pada penampilan diri.

Pada ketika itu, bibir lebih tebal, anak mata besar, kulit yang lebih lembut, dan sedikit perubahan pada suara. Ini berlaku kerana peningkatan hormon estrogen.

Menurut kajian, perubahan positif ini bukan sahaja menjadikan anda lebih yakin, malahan pasangan juga akan lebih tertarik pada anda semasa tempoh ini. Perkara ini akan meningkatkan lagi emosi untuk bersama dengan suami.

3. Lebih sensitif kepada bau

Kajian terbaru menunjukkan bahawa deria bau wanita menjadi lebih sensitif pada hari terakhir kitaran haid yang normal.

Wanita dalam tempoh ini mudah tertarik kepada pheromone androstenone lelaki. Itulah sebabnya wanita berasa bau badan pasangan mereka lebih kuat daripada biasa.

4. Meningkatkan pemacu seks

Sekiranya anda berasa lincah, ini mungkin kerana ovulasi sedang berlaku. Wanita sering menyedari peningkatan pemacu seks di sekitar ovulasi.

Para penyelidik mengesan tahap Hormon Peluteinan (LH) wanita melonjak sejurus sebelum ovulasi dan ketika wanita itu bersetubuh.

Apa yang mereka dapati, wanita lebih cenderung melakukan seks di sekitar masa ovulasi (ketika mereka mempunyai LH).

Punca menjejaskan kesuburan

kira waktu subur

Terdapat banyak sebab yang boleh menjejaskan kesuburan tanpa anda mengetahui tentangnya. Ini termasuklah:

  1. Fibroid atau endometriosis. Simptom biasa termasuklah kesakitan pinggul atau ketidakselesaan yang melampau. Ini akan meningkatkan risiko masalah kesuburan anda. Ramai wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai masalah ini sehinggalah mendapati diri sukar untuk hamil.
  2. Jangkitan kelamin. Mempunyai jangkitan kelamin boleh menyebabkan kerosakan serius pada ovari, tiub fallopian dan organ lain. Disebabkan itu, ia boleh meningkatkan risiko kemandulan.
  3. Merokok. Kajian menunjukkan merokok boleh merosakkan telur, menjejaskan ovulasi dan membuat anda lebih cenderung mengalami keguguran. Ini akan menjadi lebih teruk jika pasangan anda juga merokok.

Jika anda tidak mempunyai sebarang perkara yang disebutkan di atas, tahniah! Anda benar-benar mempunyai badan yang sihat untuk merancang kehamilan.

[embed-health-tool-ovulation]

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Ovulation Made Simple: A Four Phase Review https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/intermountain-moms/2014/02/ovulation-made-simple-a-four-phase-review/ Accessed on May 21, 2019.
  2. When are you more likely to conceive? https://www.yourfertility.org.au/everyone/timing Accessed on May 21, 2019.
  3. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/female-fertility/art-20045887#:~:text=Female
  4. https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/age-and-fertility/
  5. https://www.healthywomen.org/content/article/19-ways-help-boost-your-fertility

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 21/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x