Penyakit endometriosis adalah masalah yang sering melanda kaum Hawa, dan ia juga berpotensi mengganggu sistem pembiakan seseorang wanita.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Penyakit endometriosis adalah masalah yang sering melanda kaum Hawa, dan ia juga berpotensi mengganggu sistem pembiakan seseorang wanita.
Namun, bagaimana pula halnya bagi si gadis yang belum berkahwin?
Sekiranya perkara ini menjadi suatu persoalan buat anda, teruskan membaca kerana artikel ini bakal mengupas isu tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Endometriosis adalah gangguan yang menyakitkan di mana tisu yang serupa dengan tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim wanita, endometrium tumbuh di luar rahim.
Endometriosis selalunya melibatkan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis wanita dan jarang bagi tisu endometrium boleh merebak di luar organ pelvis.
Dengan endometriosis, tisu seperti endometrium akan menebal, pecah dan berdarah pada setiap kitaran haid.
Tetapi kerana tisu ini tidak mempunyai cara untuk keluar daripada badan, ia menjadi terperangkap.
Apabila endometriosis melibatkan ovari, sista yang disebut endometrioma mungkin boleh terbentuk.
Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan yang kadang-kadang boleh menjadi agak kronik terutamanya semasa haid.
Masalah kesuburan juga mungkin timbul. Namun jangan risau, kerana terdapat rawatan yang mampu membantu.
Tisu-tisu yang terperangkap di pelvis anda boleh menyebabkan:
Endometriosis adalah keadaan ginekologi yang biasa, yang mempengaruhi sehingga 10 peratus wanita. Anda tidak keseorangan jika mengalami gangguan ini.
Walaupun para wanita banyak mengalami kekejangan semasa haid, namun mereka yang mengalami endometriosis biasanya menggambarkan kesakitan haid yang jauh lebih teruk daripada biasa.
Kesakitan juga boleh meningkat dari masa ke masa. Tanda-tanda dan gejala endometriosis yang sering terjadi termasuk:
Antara tanda dan gejala lain ialah anda mungkin mengalami keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya, terutamanya semasa haid.
Tahap kesakitan anda tidak semestinya merupakan petunjuk yang boleh dipercayai mengenai tahap keadaan masalah ini.
Anda mungkin mengalami endometriosis ringan dengan kesakitan yang teruk, atau anda mungkin mengalami endometriosis yang kronik dengan kesakitan yang sedikit.
Endometriosis kadang-kadang disalah anggap sebagai masalah lain yang boleh menyebabkan sakit bahagian pelvis, seperti penyakit radang pelvis (PID) atau sista ovari.
Ia juga mungkin dikelirukan dengan sindrom iritasi usus (IBS), keadaan yang menyebabkan serangan cirit-birit, sembelit dan kekejangan perut.
Ya, masalah ini sememangnya boleh berlaku terhadap wanita belum berkahwin asalkan mereka sudah akil baligh, mana-mana wanita pun berisiko terhadap endometriosis.
Semasa kitaran haid, badan anda akan melapisi lapisan rahim dan ini membolehkan darah haid mengalir daripada rahim anda melalui bukaan kecil di serviks dan keluar melalui faraj anda.
Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui, dan terdapat beberapa teori mengenai penyebabnya, walaupun tidak ada satu pun teori yang terbukti secara saintifik.
Salah satu teori tertua adalah mengenai endometriosis berlaku kerana proses yang disebut menstruasi retrograde.
Ini berlaku apabila darah haid mengalir kembali melalui tiub anda ke rongga pelvis dan bukannya keluar daripada badan anda melalui faraj.
Teori lain adalah bahawa hormon mengubah sel di luar rahim menjadi sel yang serupa dengan sel yang melapisi bahagian dalam rahim, yang dikenali sebagai sel endometrium.
Ini juga mungkin berlaku kerana sel-sel di perut anda tumbuh dari sel-sel embrio, yang dapat berubah bentuk dan bertindak seperti sel-sel endometrium.
Sel-sel endometrium yang dipindahkan ini mungkin berada di dinding pelvis anda dan permukaan organ-organ pelvis anda, seperti pundi kencing, ovari, dan rektum anda.
Mereka terus tumbuh, menebal, dan berdarah sepanjang kitaran haid anda sebagai tindak balas terhadap hormon kitaran haid.
Masalah endometriosis ini juga mungkin berkaitan dengan genetik atau toksin di persekitaran.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen