Mengapa Faraj Keluar Darah Selepas Bersetubuh? Ada 7 Sebab, Tapi No 5 Paling MENAKUTKAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Alamak, kenapa ada pendarahan selepas seks? Rasanya baru lepas period. Habis tu, mengapa faraj keluar darah? Takutnya!

Apakah yang menyebabkan faraj keluar darah? Adakah ia bahaya? Tentu banyak persoalan di minda jika keadaan itu berlaku. Teruskan membaca bagi mengetahui sebabnya.

Mengapa berlaku pendarahan selepas seks?

Pendarahan yang berlaku selepas hubungan seks dikenali sebagai pendarahan postcoital dalam istilah perubatan. Ia boleh terjadi kepada wanita dalam semua peringkat usia. 

Bagi wanita yang belum menopaus, pendarahan yang berlaku biasanya melibatkan serviks.

Manakala wanita yang sudah menopaus, puncanya boleh disebabkan pelbagai faktor, seperti:

  • Serviks
  • Rahim
  • Labia
  • Uretra

Umumnya, faraj keluar darah disebabkan oleh keadaan yang biasa berlaku dan tidak mendatangkan kebimbangan serius.

7 punca pendarahan selepas seks

Berikut adalah 7 punca kenapa faraj keluar darah selepas aktiviti seksual, antaranya:

  1. Jangkitan

Sesetengah jangkitan boleh menyebabkan keradangan tisu pada faraj dan mengakibatkan pendarahan.

Antara jangkitan biasa adalah vaginosis bakteria atau jangkitan yis. Dianggarkan 3 daripada 4 wanita akan mengalami salah 1 jangkitan ini.

Ada yang mengatakan pendarahan bukanlah 1 simptom biasa berkaitan jangkitan vaginosis bakteria atau yis.

Ini kerana kedua-dua jangkitan ini biasanya melibatkan perubahan warna atau bau keputihan serta ketidakselesaan faraj seperti rasa gatal yang berpanjangan.

Namun menurut pakar, sebarang jangkitan yang mengakibatkan kerengsaan dan keradangan kepada faraj, boleh menyebabkan pendarahan selepas bersama suami.

7-sebab-pendarahan-selepas-seks

  1. Sindrom menopaus genitouriner (GSM)

Dahulu dikenali sebagai atrofi faraj. Ia kerap terjadi kepada wanita perimenopaus dan menopaus serta mereka yang telah membuang ovari.

Apabila semakin meningkat usia dan haid telah berhenti, badan akan menghasilkan kurang estrogen – hormon wanita yang bertanggungjawab mengawal sistem pembiakan.

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menjejaskan faraj.

Badan akan kurang menghasilkan pelincir faraj mengakibatkan faraj menjadi kering dan meradang.

Tahap estrogen yang rendah juga akan menurunkan keanjalan faraj. Tisu faraj akan menjadi nipis dan mengecut. 

Keadaan ini boleh mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit serta berisiko menyebabkan pendarahan selepas seks bersama suami.

  1. Kekeringan faraj

Faraj keluar darah boleh berlaku disebabkan masalah kekeringan vagina. Banyak faktor mempengaruhi keadaan ini selain GSM, iaitu:

  • Ibu yang menyusu badan
  • Bersalin
  • Prosedur membuang ovari
  • Pengambilan ubatan tertentu termasuk ubat demam, asma, antidepresan 
  • Melakukan hubungan seksual sebelum terangsang sepenuhnya
  • Meruang
  • Bahan kimia dalam produk pembersihan wanita, sabun pencuci pakaian atau air kolam
  • Sindrom Sjögren – penyakit keradangan sistem imun yang mengurangkan kelembapan dihasilkan kelenjar badan
  1. Polip

Ia adalah 1 pertumbuhan abnormal tisu sel bukan kanser dan terdapat dalam sistem serviks atau lapisan rahim endometrium. 

Keadaannya seperti lapisan tisu yang terbentuk pada saluran pembiakan pada serviks atau di dalam rahim. 

Kedudukan polip juga boleh berada dalam posisi tergantung pada pangkal rahim dan mungkin tersentuh atau terkena semasa aktiviti seksual.

Pergerakan tersebut boleh merengsakan tisu di sekitarnya dan menyebabkan pendarahan dari saluran darah kecil.

Saiznya pula antara beberapa milimeter (mm) hingga ke beberapa sentimeter (cm).

  1. Kanser

Ini adalah punca pendarahan selepas isteri bersama suami melakukan hubungan seks yang agak membimbangkan.

Ia dikatakan sebagai 1 simptom biasa bagi kanser serviks atau faraj, selain daripada pendarahan faraj yang tidak teratur.

Faraj keluar darah selepas aktiviti seksual adalah simptom bagi hampir 11% wanita yang didiagnosis dengan kanser serviks pada rawatan kali pertama.

Umumnya, kanser serviks jarang berlaku kepada wanita yang kerap melakukan ujian Pap Smear secara berkala. 

Darah yang keluar semasa bersetubuh akibat kanser ini adalah sedikit dan tidak menyakitkan.

Ia berlaku disebabkan sifat vaskular kanser serviks dan geseran seks yang merengsakan tisu.

faraj keluar darah

Masalah ini kerap berlaku kepada wanita berusia lebih 50 tahun atau mereka yang sudah mengalami menopaus.

Selain faktor usia, beberapa faktor berikut juga cenderung meningkatkan risiko kanser pangkal rahim seperti:

Sekiranya anda mengalami pendarahan postcoital dan menopaus, disarankan untuk anda melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Pengesanan awal akan memberikan peluang dan pilihan rawatan yang lebih baik.

  1. Fibroid

Rahim terdiri daripada tisu kelenjar dan otot, manakala fibroid adalah tisu otot yang tumbuh dan tidak berbahaya.

Saiz fibroid boleh bermula sekecil kacang pea atau lebih besar daripada limau gedang.

Dikatakan lebih daripada 75% wanita akan mengalami fibroid pada sistem pembiakan dalam 1 peringkat kehidupan mereka.

Namun tidak banyak wanita menyedari tentang kewujudan fibroid dalam badan mereka. 

Biasanya masalah fibroid yang berlaku tidak memerlukan sebarang rawatan khusus, melainkan saiznya menjadi terlalu besar.

Jika keadaan ini berlaku, antara pilihan rawatan yang ada adalah pembedahan membuang fibroid.

Kedudukan dan tempat fibroid tumbuh juga memainkan peranan dalam menyebabkan pendarahan selepas seks.

Ini terutamanya jika sebahagian atau seluruh fibroid berada di dalam rongga rahim. 

  1. Jangkitan kelamin

jangkitan saluran kencing

Mempunyai jangkitan kelamin (STD) boleh menyebabkan banyak simptom yang tidak menyenangkan, antaranya darah keluar selepas berjimak.

Ini terutamanya jika jangkitan STD menyebabkan keradangan pada serviks. 

Jangkitan STD seperti klamidia, gonorrhea dan trichomoniasis boleh mengakitkan masalah pada sistem serviks, jadi sebarang tompokan darah boleh berpunca daripada jangkitan kelamin ini. 

Kenal pasti punca

Pendarahan selepas seks biasanya disebabkan oleh kekeringan pada faraj. Namun ia juga boleh didasari oleh masalah kesihatan yang serius. 

Pendarahan postcoital ini boleh menjadi simptom bagi pelbagai jenis keadaan kesihatan, jadi adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi menentukan situasi sebenar anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Pernahkah anda dan pasangan cuba tahan air mani daripada keluar ketika seks? Sebelum lakukannya lagi, ketahui ada kesan sampingan atau tidak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza! Pun begitu, kenal pasti masalah menstruasi yang tidak harus diabaikan sekiranya anda mengalaminya. Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Pasangan Gemar Lakukan Seks Dubur? Ini Petanda STD Pada Punggung Jika Suka ‘Main Belakang’

Antara risiko seks anal adalah dijangkiti dengan penyakit jangkitan kelamin. Apa petandanya ya? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Mulut & Lidah Si Manja Ada Tompokan Putih? AWAS, Mungkin Itu PUNCA Bayi Sukar Menyusu

Perasan tak tompok putih pada lidah si kecil? Itu mungkin kandidiasis mulut yang berpunca daripada jangkitan kulat. Jom fahami puncanya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pangkal rahim

Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
sifilis wanita

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
ujian kanser serviks

Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat pada kemaluan faraj

Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan